Thursday, July 23, 2009

Penulis Blog Kena Tahu Undang-undang

Undang-Undang Statutori Menentukan Liabiliti Fitnah Kepada Penulis Blog

KUCHING, 23 Julai -- Persoalan sama ada pemilik tapak blog atau editor boleh memfitnah bergantung sangat pada undang-undang statutori negara, menurut seorang peguam dari Britain Dr Venkat Iyer.

Beliau yang juga seorang pensyarah kanan di Univerisity of Ulster's School of Law, United Kingdom, berkata hakim-hakim perlu melihat pada perundangan kerana ia mengambilkira pendekatan deskripsi yang menyatakan bahawa kedua-dua boleh memfitnah atau sebaliknya melainkan perhatian pembaca dalam talian kepada khasnya satu kenyataan perundangan yang sukar.

"Kadang-kadang mereka yang memiliki tapak blog mungkin tidak menyedari bahawa siaran tertentu yang telah dibuat, dalam keadaan itu, anda akan, anda perlu berhati-hati bukan untuk menghukum editor tetapi jika didapati pemilik tapak blog itu menyedari dengan kandungan yang disiarkan, barulah saya akan menyatakan adalah wajar menyatakan bahawa pemilik tapak blog dan editor berkenaan boleh memfitnah," katanya pada ceramah "Media Law, Right to Privacy and Bloggers" di Kompleks Mahkamah Kuching di sini Rabu malam.

Beliau menjawab soalan Hakim Besar Sarawak dan Sabah Tan Sri Richard Malanjum sama ada pemilik dalam talian atau poster boleh dipertanggungjawabkan dengan implikasi dan kenyataan negatif yang disiarkan dalam portal talian.

Malanjum berkata agak malang sedikit bahawa mahkamah telah dijadikan mangsa "kenyataan dahsyat" oleh kebanyakan portal dalam talian di Malaysia, yang kadang-kadang menyiarkan komen yang pembaca tidak sedikit pun dapat menerimanya.

Mengenai bergunanya klausa penafian kepada pemilik tapak blog, Iyer berkata, ia tidak mungkin digunakan bahawa kekebalan sepenuhnya akan dinikmati kerana tidak seperti media biasa, blog tidak dalam keadaan sederhana dalam kebanyakan kes.

"Blog sama ada berita atau pandangan tidak statik kerana kebanyakan lembaga buletin atau perbincangan forum bertindak sebagai satu perantaraan antara akhbar," kata beliau.

Sungguhpun cabaran perundangan agak serius, termasuk memfitnah, menghina mahkamah, gangguan, perlanggaran hakcipta, ancaman keselamatan nasional yang bukan sentiasa dalam aspek undang-undang substantif, tambah beliau, bahawa ada keperluan untuk pendekatan pragmatik daripada undang-undang yang agak berat.

"Anologi dengan undang-undang British mengenai kerahsiaan sumber wartawan mungkin menjadi satu contoh baik untuk diikuti kerana pada akhirnya, ia untuk hakim mengaplikasikan undang-undang itu dengan sewajarnaya," katanya.

Pada masa sekarang penulisan blog melalui nisbah fenomenal dan peningkatan sebanyak 68 peratus di United Kingdom pada tahun lepas, kata beliau.

Setelah melawat banyak mahkamah di negara-negara Komanwel, beliau tertarik dengan kemudahan dan dedikasi yang ditunjukkan oleh pegawai di Kompleks Mahkamah, Kuching.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment