Saturday, July 4, 2009

SARANAN USTAZ NORDIN -YANG PERLU DIIKUTI

Pada 3 Julai,Liqa Alfikri Kawasan Bukit Gantang telah berlangsung.Tiga bulan Pas Kawasan tidak menganjurkannya.Kesibukan pilihanraya kecil dan mesyuarat agung kawasan dan Muktamar Pas Pusat menyebabkan program liqa alfikri ditangguhkan.

Liqa alfikri,kadang-kadang dipanggil Usrah Kawasan diadakan pada minggu pertama hari Jumaat.Program bulanan itu bertempat di Pusat Tarbiyyah Kawasan,Bukit Cempedak.

Banyak perkara menarik yang boleh dikongsi .Setiap cawangan perlu mengadakan usrah di setiap cawangan.Pas Cawangan boleh menjemput Ustaz Ahmad Khairani dan juga Ustaz Yusof Din untuk dijadikan Naqib.

Dalam mempertahankan kemenangan Cawangan perlu pastikan penambahan pengundi baru.Justeru kita di peringkat kawasan mempunyai 3 orang PPS.(Penolong Pendaftar Sementara)N15, Encik Zainol,N14 Cik Mahfuzah dan N13 Kak Jiaranah Yahya.Harapan kita cawangan mengambil perhatian dan bertindak segera.

Pas Bukit Gantang ,dengan jumlah cawangan 50 buah,perlu mempunyai pasukan solat jenazah.Setiap cawangan disarankan mempunyai 5 orang yang boleh dipanggil bila-bila masa untuk melaksanakan tanggungjawab solat jenazah.Dengan ini 250 orang ahli Pas bersedia untuk menunaikan fardu kifayah itu.Kita cuba tiru ahli kita di Kedah,Kelantan dan Terengganu.

Kini Pas Bukit Gantang mempunyai 4 orang ahli Badan Perhubungan Pas Perak,Cikgu Khairul Anwar,Pn Amizan Baharudin,termasuk YDP dan Setiausaha.Tahniah untuk Cikgu Khairul Anwar dan Pn Amizan.

No comments:

Post a Comment