Wednesday, July 1, 2009

PAS TANDING DUN CHANGKAT JERING PRN PERAK?

Alfadhil Ustaz Mohd Nordin Jaafar sedang menyampaikan Ucap Utama Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Pas Kawasan Bukit Gantang pada 16 Mei 2009.Ustaz Mohd Nordin merupakan Tuan Guru dikebanyakan masjid dan surau dalam DUN Changkat Jering.Beliau pernah bertanding di DUN Changkat Jering PRU 11 dalam tahun 2004.
Pilihanraya Negeri Perak(PRN) dijangka diadakan pada bulan Oktober 2009 .Menurut sumber yang boleh dipercayai,krisis politik yang berlanjutan di negeri Perak memerlukan penyelesaian segera.Pembangunan negeri tidak begitu rancak,khususnya agensi kerajaan yang terbabit dalam mengurus pembangunan seperti JKR,JPS dan PBT.Bajet perlu dibentangkan pada bulan Oktober,sedang krisis 2 Tuan Speaker DUN Perak tidak selesai.
Di sinilah kebijakan pimpinan PR untuk memenangkan kerusi yang ditandingi.Bagi pengundi DUN Changkat Jering N 14,Pas perlu bertanding di N 14.Jikalau masih watak seperti Osman ,PR tidak boleh menang di Changkat Jering.
Apakah rasional Pas bertanding di N 14? Pas mempunyai 22 buah cawangan.Keahlian 1500 orang.Juga mempunyai Kelab Penyokong Pas. Pusat Tunas Islam (PASTI)l enam buah.Setiap daerah mengundi(unit peti undi ) mempunyai markaz.Aktiviti parti lebih terserlah.Jentera pemuda dan hal ehwal wanita amat aktif,sementara itu urusan ulamak bergerak cergas di 9 buah masjid dalam DUN. Di samping Markaz Tarbiyyah PAS Perak,terletak di UPU Kg Air Kuning.
Unit peti undi ,di 11 daerah mengundi mempunyai dana untuk bergerak .YDP Pas Kawasan Ustaz Mohd Nordin Jaafar ,boleh menjadi calon PRN Perak.Apa yang penting PAS sememangnya sudah bersedia untuk PRN Perak.Kita tidak mahu pisang berbuah kali,yang tidak ada kualiti. Kapten Osman Jailu ADUN yang tidak aktif semasa jadi YB PKR.Banyak masalah rakyat tidak selesai,jadi PKR sudah diberi peluang,prestasi KPI jatuh merudum .Rakyat inginkan PAS memimpin mereka?

1 comment:

  1. Memang sepatutnya PAS ambil balik kerusi tu.Harap pimpinan PR dapat bincang pembahagian kerusi di negeri Perak khususnya dan Malaysia amnya dalam pilihanraya akan datang.Di sesetengah tempat PKR hanya menumpang ehsan bantuan PAS baik di peringkat DUN mahupun Parlimen.PAS juga sepatutnya boleh bertanding di beberapa kawasan majoriti non muslim kerana semakin ramai ahli Kelab Penyokong PAS di kawasan tertentu.

    ReplyDelete