Tuesday, December 21, 2010

Mereka yang bersalah tidak akan dilepaskan



Salah satu intipati ucapan YB Karpal yang menarik perhatian kita di Konvensyen PR baru-baru ini ialah tindakan tetap diambil ke atas mereka yang bersalah melakukan rasuah.

Apa yang kita dengar YB Karpal menjelaskan kerajaan baru tetap mendakwa mereka yang rasuah.

Walaupun nada DS Anwar Ibrahim agak lembut dengan mereka yang disyaki rasuah,tetapi pandangan YB Karpal ,Pengerusi DAP perlu diberi perhatian.

Apa yang kita faham ,hatta jika Rosmah didapati melakukan salahguna kuasa,beliau juga perlu didakwa.

Di sinilah ketakutan pemimpin BN jikalau BN hilang kuasa.Contohnya laporan terhadap Rafidah Aziz semasa Ezam Mohd Nor menjadi pimpinan Pemuda PKR belum ditarik balik.

Begitu juga laporan yang dibuat oleh Ahmad Lutfi Othman,Ketua Pengarang Harakah terhadap beberapa orang pimpinan UMNO masih tersimpan.

2 comments:

  1. Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
    Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
    Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

    ReplyDelete
  2. harap mereka yg lahir dari sistem kuota juga ditarik balik kedudukan

    woo 30863 PMR 9A

    ReplyDelete