Thursday, December 23, 2010

Saman Wikileaks-Saman Australia- Cabar Nizar kepada Najib.


DS Nizar sedang menyampaikan maklumat di Kg Tengah ,Changkat Ibol dalam program ceramah anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Gantang.
"Saman Wikileaks,saman Australia"cabar DS Nizar malam tadi.


Pada malam kelmarin DS Nizar mendedahkan Malaysia dalam keadaan ditekan oleh negara asing.

Beliau memberi contoh bagaimana Singapura berjaya menekan Najib sehingga memberi tanah Keretapi Tanah Melayu di Tanjung Pagar yang bernilai bilion ringgit.

Kemudian DS Nizar mendedahkan bagaiman Barack Obama berjaya menekan Najib dengan menghalang urusniaga Petronas dangan Syarikat Minyan Iran .Walaupun hampir 23 tahun petronas mermpunyai hubungan dagang dengan Iran.Di samping itu Amerika Syarikat berjaya menekan kerajaan Najib supaya tidak mempunyai hubungan ketenteraan dan keselamatan dengan Iran.

DS Nizar mendedahkan bagaimana laporan Wikileaks mendedahkan kelemahan pentadbiran Najib.Khususnya mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya .

"Saman Wikileaks,saman Australia" cabar Nizar kepada DS Najib ,jikalau tidak benar.

Kita juga mengetahui bahawa DS Anwar Ibrahim melalui peguam Sankara Nair telah menghantar notis saman kepada Wikileaks dan Utusan yang menyiarkan berita fitnah itu.

No comments:

Post a Comment