Sunday, December 12, 2010

Nurul Izah - jangan ambil wang rakyat.




YB Nurul Izah Naib Presiden PKR di Seminar Pakatan Rakyat Perak pada 11 Disember.



Nurul Izah sedang memberi pendapat di Seminar Pakatan Rakyat Perak.


Kita diberitahu seorang teman keistimewaan dan kelebihan Nurul Izah Anwar .Antaranya YB Nurul Izah mempunyai hubungan antarabangsa yang luas.Selain DS Anwar,beliau lebih dikenali berbanding pimpinan PKR lain.Nurul Izah mampu berhujah dengan fakta.Beliau tidak terpengaruh dengan gaya Anwar atau Wan Azizah.Menurut teman itu lagi Nurul Izah pemimpin masa hadapan.

Lagi satu teman tadi menceritakan satu peristiwa yang berlaku di parlimen.Teman tadi melihat sendiri Nurul Izah menegur dan menasihat Pegawai Khas beliau yang mengambil satu bungkusan kertas A4 untuk kegunaan di pejabat pusat khidmat Lembah Pantai.

Nurul Izah menyuruh pegawai beliau memulang kembali kertas tadi,walaupun Nurul Izah mempunyai hak selaku Ahli Parlimen.

Teman tadi seakan mendengar Nurul Izah memarahi pegawainya yang mengambil kertas tadi."
"Ini wang rakyat ,jikalau guna kita sudah salah"Guna duit parti,untuk urusan parti"

Justeru itu teman tadi menyatakan Nurul Izah seorang pemimpin amat teliti dan berhati-hati.Nurul bukan pemimpin yang suka mengambil kesempatan .

gambar sumber blog Batu Gajah Mari

4 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Harap sikap sebegini dapat dikekalkan serta dipupuk dalam setiap jiwa rakyat Malaysia. Lebih elok ikut contoh akhlak Nabi Muhammmad SAW. Tidak mengambil kesempatan di atas keistimewaan beliau selaku nabi akhir zaman.

    Baginda begitu merendah diri dan tidak berkata sesuatu yang buruk pada seteru agamanya, hatta bangsa Yahudi pun Baginda melayan baik selagi tidak mengganggu urusan agama Islam.

    Pemimpin sekarang pantang ada peluang, kesempatan diambil bagi memburuk-burukkan pihak lain yang tidak sama ideologi politiknya.

    Puak-puak ini juga mengambil kesempatan dengan penguasaan mereka ke atas media-media cetak dan elektronik bagi menjayakan matlamat "nakal" mereka...

    ReplyDelete
  2. wah, bagus bagus.kalau semua yb macam ni kan aman.

    ReplyDelete
  3. Biar kita jujur dalam segala hal,,,,
    tulisan pun kena jujur kalau betoi pu tak perlu nak hebah nanti riak.
    Harap2 org muda akan bangkit semoga bumi ini akan menjadi seperti MESIR,

    ReplyDelete