Thursday, December 16, 2010

Saman malu jika menang kes -Mat Sabu.

Sebentar tadi Tuan Haji Mat Sabu memberitahu orang ramai yang mendengar ceramah beliau di Musolla BT 8,Jalan ChangkatJering- Trong beliau akan menyaman mereka yang memecah cermin kereta beliau sewaktu cuba ditahan dulu.

Dengan keadaan kes yang mereka tidak boleh menang Haji Mat Sabu yakin beliau tidak bersalah.Namun kes beliau akan diputuskan pada 28 Disember ini.

Dalam pada itu Mat Sabu memberitahu pendengar bahawa terdapat dua kes yang beliau sedang hadapi.Satu kes demo PROTES dan satu kes kononnya menghalang penjawat menjalankan tugas.


Sementara itu
saksi kes dakwaan menghalang pejawat awam menjalankan tugas terhadap Haji Mohamad Sabu mengaku di mahkamah majistret 16 Disember,Khamis, bahawa waran tangkap yang diserahkan kepada Mohamad Sabu bukan yang dipohonnya.


Pegawai penyiasat kes perhimpunan Bersih, ASP Idris Rejab berkata, beliau memohon mahkamah majistret mengeluarkan saman untuk satu kes jenayah kepada Mohamad Sabu namun yang dikeluarkan oleh majistret adalah waran tangkap.


Waran tangkap itu pula, katanya, tanpa tarikh dan nama majistret yang mengeluarkannya.


Idris memberikan keterangan di Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang sebagai saksi pihak pendakwa terhadap Mohamas Sabu dan sembilan yang lain atas dakwaan menghalang tugas pejawat awam.

Mereka didakwa berbuat demikian pada 7 Disember 2007 di Tol Bukit Tambun, Pulau Pinang ketika Mohamad sabu dan keluarganya dalam perjalanan pulang di majlis perkahwinan anaknya.


Ketika itu, polis dikatakan mahu menyerahkan waran tangkap kepada Mohamad Sabu kerana terlibat dengan perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur namun Mohamad enggan bekerjasama sehingga pintu keretanya dipecahkan.

Dalam keterangan di mahkamah hari ini, ASP Idris Idrus mengaku kesilapan itu bermakna penyerahan dan tangkapan pada 7 Disember 2007 itu menghadapi risiko tidak sah kerana ia bukan berdasarkan waran tangkap yang sah.


Waran tangkap yang diserahkan kepada Mohamad Sabu pada 7 Disember itu adalah waran tangkap yang lain, bukan waran tangkap yang diperolehi oleh ASP Idris kerana salinan asalnya kekal bersama beliau.


Waran tangkap itu bertarikh 4 Disember 2007 sedangkan waran tangkap yang dipohon beliau adalah tanpa tarikh dan tanpa nama majistret yang mengeluarkan waran itu.


Mohamad Sabu dan sembilan yang lain di dakwa di bawah seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang pejawat awam menjalankan tugasnya.


Beliau dan sembilan yang lain diwakili oleh Sdr Mohamed Hanipa Maidin bersama Sdr Amirudin Zulkifli dan Pn Yusnita Yusof manakala pendakwaan dibuat oleh ketua pendakwa Pulau Pinang.


Hakim Bicara kes Mat Sabu dan 9 yang lain Tuan Majistret Mohd Izham Ali.

No comments:

Post a Comment