Monday, December 27, 2010

Esok 28 Disember keputusan kes Mat Sabu.

Esok 28 Disember Hakim Majistret Jawi Tuan Mohd Izham Ali,Pulau Pinang akan memberi keputusan Kes Haji Mohd Sabu menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Bagi mereka yang berdekatan bolehlah ke Mahkamah Majistret Jawi Pulau Pinang mendengar keputusan Hakim yang muda untuk memberi keputusan. Bagi penduduk berdekatan jumpa Abang Mat Sabu kita di Mahkamah Majistret,Jawi ,esok 9 pagi, kita beri sokongan moral.

Mereka yang kena tuduh sepuluh orang termasuk Tuan Haji Mohd Sabu ,AJK Pas Pusat.Kita nantikan keputusan Hakim yang muda itu.

Semoga pada kali ini Hakim muda Tuan Majistret Mohd Izham Ali itu bersikap adil berdasarkan perlembagaan Malaysia.Dengan kita mengharapkan hakim muda itu mengakui kedaulatan undang-undang dan menghormati keluhuran perlembagaan.

Selamat berjuang Haji Mohamad Sabu dan teman-teman orang kena tuduh.Abang Mat Sabu akan menghantar notis saman malu jika beliau tidak didapati bersalah(klik)


1 comment: