Friday, December 10, 2010

Ubah Sekarang-Pakatan Rakyat Mendahului Zaman

Tinggal lapan hari lagi, persiapan Konvensyen ke-2 Pakatan Rakyat di Pulau Pinang 19 Disember ini telah masuk fasa akhir dengan hampir 80 peratus persiapan telah disempurnakan.Tahniah kerajaan Pulau Pinang kerana membenarkan Konvensyen PR kali kedua ini.Kita boleh jadikan Piagam Madinah sebagai satu rujukan untuk mengurus negara atau Pakatan Rakyat.


Sementara itu Pengerusi JK Penganjuran, Dr. Mujahid Yusof, konvensyen kali ini menerangkan tiga sasaran konvensyen kali kedua ini.


Pertama, mengukuhkan solidariti parti-parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS-PKR-DAP.


Kedua, mempamerkan keupayaan Pakatan Rakyat kepada seluruh rakyat negara ini melalui kejayaan yang telah ditunjukkan oleh negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.


Ketiga, membincangkan persiapan Pakatan Rakyat berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang disebut-sebut Mac atau April tahun hadapan.


Kita seharusnya menawarkan satu polisi kepada rakyat tentang keupayaan Pakatan Rakyat khususnya sebagai parti yang mampu menggantikan BN memerintah negara.


Dengan keadaan UMNO akan menggunakan apa cara untuk mengekalkan kuasa,kita perlu terus ke hadapan untuk menyakinkan rakyat.


Bagi kita pendokong Pakatan Rakyat perlu berjuang untuk semua kaum.Keadilan untuk semua.Biarkan UMNO seperti katak di bawah tempurung.

No comments:

Post a Comment