Sunday, December 19, 2010

Menteri Keris Tolong Jawab Pendedahan Anwar

DS Anwar bersama Ustaz Azizan Razak MB Kedah di Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Kedua ,Kepala Batas.


Dalam penggulungan DS Anwar menjelaskan isu APCO kepada sidang perwakilan.Di samping itu DS Anwar menyentuh isu Wikileaks.

“Adakah saya ada bukti? Lihat ini. Buktinya ada di tangan saya, sebahagian saya sudah jawab, sebahagian lagi ada pada saya." tegas Anwar mengulas isu APCO.


“Tetapi saya tidak diberi peluang untuk menjelaskan pendirian saya di Parlimen minggu lalu.


“Daripada membenarkan saya memberi penjelasan, mereka gantung saya selama enam bulan,” kata Anwar.


DS Anwar memberikan penjelasan panjang lebar dengan menunjukkan beberapa dokumen berkaitan pelantikan APCO sebagai firma perhubungan awam dalam menggubal dan menggerakkan konsep 1 Malaysia.


Anwar yang mengemukakan bukti mendakwa , dokumen kontrak lantikan itu ditandatangani oleh seorang pegawai Kementerian Kewangan dan pegawai akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Bagi DS Anwar bedasarkan pengalamannya menjadi menteri ,apa yang beliau tahu mengikut protokol kerajaan pegawai akhbar menteri atau perdana menteri tidak boleh menjadi saksi bagi kontrak yang didakwa menelan bayaran hampir RM70 juta.

“Sebenarnya saya tidak mahu menjawab isu ini, tetapi (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng tunjuk saya satu kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (mengenai APCO),” kata Anwar lagi


Dalam kenyataannya Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno mencabar Anwar agar membuktikan yang APCO Worldwide ada hubungan dengan Israel.


Hishammuddin berkata, Patakan Rakyat belum membuktikan ugutannya untuk mendedahkan hubungan antara APCO dengan agensi keselamatan Israel, Shin Bet, meskipun beberapa kali berjanji untuk mendedahkannya.


DS Anwar menyindir Hishammuddin dengan berkata menteri itu “buta” fakta.


“Umno tahu saya ada bukti, mereka terlalu takut bahawa saya ada bukti, bahawa saya ada maklumat

No comments:

Post a Comment