Wednesday, October 12, 2011

Ahli Parlimen Lompat YB Zahrain cadang guna cukai arak untuk maju sukan bola sepak.

Kalau sudah menjadi pengkhianat kepada rakyat itu,ucapanpun ucapan tak masuk akal. Jenis sudah makan ,makanan UMNO.Cadangan yang dikemukakan cadangan akal pendek


Bagaimana Zahrain YB lompat boleh mencadangkan guna cukai rokok dan cukai arak untuk meningkat mutu bolasepak Malaysia.


Arab Saudi dan Iran contohnya tidak menggunakan cukai arak untuk membangunkan sukan bolasepak,sudah acapkali masuk bolasepak Piala Dunia.

******iklan untuk zahrain*********

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran meningkatkan pendapatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebanyak RM30 juta setahun menggunakan kutipan cukai rokok dan arak bagi meningkatkan mutu bola sepak Malaysia agar setanding dengan negara maju.


Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim berkata, kerajaan perlu memandang serius isu bola sepak jika ingin memperbaiki mutu permainan kerana ia membabitkan soal kewangan.


"Sukan bola sepak pada hari ini memerlukan dana kewangan yang kukuh. Kita tidak boleh lari daripada elemen itu.


"Jika dibandingkan dengan pendapatan bola sepak Jepun iaitu kira-kira AS150 juta setahun, jumlah yang diterima FAM tidak mencukupi," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Rabu.


Sehubungan itu, Zahrain yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) berharap agar kerajaan mempertimbangkan saranan tersebut selepas penajaan dan pengiklanan rokok serta arak sebelum ini diharamkan.


"Bola sepak adalah sukan rakyat...adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan ia terbela dan mempunyai dana yang mencukupi,” katanya.mstar

No comments:

Post a Comment