Saturday, October 8, 2011

MCA lebih kurang ajar daripada DAP-Ustaz Idris Ahmad

Dato Adnan Ibrahim tidak istiqomah dengan UMNO,dia istiqomah dengan kebenaran dan hak.Dia tidak seperti Dr Mahathir yang istiqomah tolak hudud dari muda hingga tua.


Changkat Jering-Ustaz Idris Ahmad,Pengarah Tarbiah Pas Malaysia menerangkan MCA lebih kurang ajar berbanding DAP.

DAP masih menghormati hak Kelantan atau PAS untuk melaksanakan hudud.Berbanding MCA mengugut UMNO ,jika mereka menerima hukum hudud MCA akan keluar BN,jelas Ustaz Idris Ahmad.

Ustaz Idris Ahmad meminta ahli PAS menerangkan sikap kurang ajar MCA itu kepada masyarakat Melayu.Bagi Ustaz Idris Ahmad DAP menghormati Islam berbanding MCA yang terlalu biadab.

No comments:

Post a Comment