Friday, October 14, 2011

Pak Lang Nan Tukang Urut DS Najib kini sakit terlantar ?

Pak Lang Nan ,dahulu pekerjaannya tukang urut.Beliau menjadi tukang urut kepada pemimpin kerajaan BN,termasuklah DS Najib semasa Najib menjadi Menteri Pertahanan,dakwa penduduk.Ramai menteri yang telah diurut oleh Pak Lang Nan. Pak Lang Nan ahli UMNO.Tapi sekarang tiada siapa yang peduli.

Kini Pak Lang sakit terlantar di rumah beliau di Kampung Pauh, kubu kuat UMNO dalam parlimen Bukit Gantang.Beliau dijaga isterinya yang suka dipanggil Mak Lang.Difahamkan mendapat bantuan bulanan Baitulmal RM150.Hal ini tidak cukup,untuk membeli lampin pakai buang ,pun kena ditambah oleh Mak Lang.

Satu bukti DS Najib tidak ingat dengan mereka yang sudah menolong beliau,dakwa penduduk.

Bagi mereka yang ingin membantu boleh berhubung dengan talian pusat khidmat AP 05-8483950.

No comments:

Post a Comment