Friday, October 14, 2011

Iwan Dangdut keluar nasyid dangdut ,suaranya sedap-DS Nizar

Iwan Dangdut dulu sering bersama penyanyi Amelina .Zaman dulu-dulu pernah bergelar raja dangdut Malaysia .Kebelakangan ini aktif semula dengan nasyid dangdut buat kata DS Nizar.


Baru-baru ini DS Nizar berceramah dengan Iwan Dangdut,di Taman Melewar. Nizar memuji suara Iwan. Lagu Iwan sedap ,kata DS Nizar .


Iwan juga memberi album Segalanya Allah kepada DS Nizar."Tuan-tuan kenal tak Iwan Dangdut,dulu selalu menyanyi sama Amelina"tanya DS Nizar.


Sekarang Iwan sudah berubah,kata DS Nizar.


Syukur Iman sudah berubah, beliau telah mendapat hidayah Allah .Raut wajahnya telah berubah .Kini berserban.Tak tinggal solat dan menyampaikan lagu ,lagupun ,nasyid dangdut.

Album Segalanya Allah mengandungi 10 buah lagu. Kesemua lagu dan liriknya dicipta oleh Iwan sendiri. Album tersebut telah berada di pasaran sejak 2 bulan lalu.


Menerusi kemunculan album terbarunya itu, beliau yang sebelum ini hanya dikenali dengan Iwan turut melakukan perubahan terhadap namanya dengan menamakan dirinya sebagai Iwan Syahman.

No comments:

Post a Comment