Sunday, October 9, 2011

Duit hangus RM 28 juta,Zambry boleh bina 560 buah rumah penduduk miskin.

Pendedahan bahawa projek marina di Pulau Mentagor,Pulau Pangkor tidak langsung boleh digunakan walaupun sudah 5 tahun siap pembinaannya amat mengejutkan.


RM 28 juta duit rakyat hangus begitu saja akibat projek yang tiada kajian dan perancangan ini.


Projek itu di bawah pemerhatian Adun Pangkor dan juga Exco Kerajaan Negeri Perak DS Zamry Kadir pada masa itu. Timbul persoalan kenapa projek sakit itu DS Zambry Kadir tidak mahu bertanggungjawab.


Sepatutnya RM 28 juta itu boleh digunakan untuk menyiapkan 560 buah rumah kepada golongan miskin di dalam negeri Perak yang berharga RM50 ribu setiap satu.


Satu lagi projek gajah putih dan pembaziran duit rakyat Perak.Satu bukti Zambry Kadir bukanlah ADUN yang baik.


IPOH – Kerajaan Negeri akan menyiasat semula projek pembinaan Marina di Pulau Mentagor, Pulau Pangkor kerana walaupun telah siap dibina sejak lima tahun lalu, namun, sehingga kini masih tidak digunakan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, projek yang menggunakan kos lebih RM28 juta itu, adalah salah satu projek yang tidak digunakan dan ia telah menyebabkan berlakunya pembaziran wang kerajaan.

Menurutnya, Kerajaan Negeri menganggap ianya satu masalah yang serius kerana untuk pembinaannya sahaja terpaksa menggunakan kos yang begitu banyak.

“Malah kita juga telah berkali-kali mengingatkan pihak berwajib supaya dapat mengambil langkah lebih baik agar setiap projek yang telah siap dapat digunakan dan kita juga bimbang akhirnya ia akan rugikan pihak kerajaan,” katanya.

Zambry berkata, oleh yang demikian, pihaknya telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Rahman Hashim supaya menyiasat perkara tersebut.

“Kita harap laporan lengkap dapat disediakan terhadap projek berkenaan dan tindakan segera akan diambil bagi mengatasi masalah projek yang berada di bawah Kementerian Pengangkutan ini,” katanya.

Tambah beliau lagi, difahamkan juga bahawa jeti terapung yang ada di Marina kini sudah mula hilang satu-persatu disebabkan ia tidak dijaga.

“Malah skru-skru yang ada juga sudah ada yang terkeluar sekali gus menyebabkan apungan jeti sedia ada dihanyutkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment