Sunday, October 9, 2011

Hukum Hudud:Umpama gali kubur mayat hancur lebur-Zahid Hamidi.


Berikut kenyataan Setiausaha Akbar YAB Menteri Besar Kelantan melalui facebook TG Nik Aziz. [setiausaha akhbar] Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di dalam Berita Minggu hari ini yang menyifatkan usaha kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud seperti 'menggali kubur mayat yang hancur lebur' sangat mengguris hati. Tidak adakah perumpamaan lain yang nak disebut dalam hal yang membabitkan hukum Allah SWT ini? Sedarkah Zahid Hamidi bahawa Hari Hudud disambut setiap tahun dan bukannya pada tahun pilihanraya sahaja? Menyatakan usaha melaksanakan hukum hudud seperti 'menggali kubur mayat yang hancur lebur' boleh diibaratkan seperti menghina usaha menegakkan hukum Allah SWT..

Kini berita ini di sesawang internet tidak boleh dibuka.Penulis cuba membukanya berkali-kali tapi hampeh!
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Umpamagalikuburmayathancurlebur/Article

No comments:

Post a Comment