Thursday, January 5, 2012

601:Perhimpunan Aman Bantah Tindakan Masjid Taiping Tiada Kuliah Maghrib.

Esok 6 Januari ,Penduduk Islam sekitar bandar Taiping akan mengadakan perhimpunan aman .Perhimpunan aman umat Islam dari sekitar Taiping itu akan diadakan di perkarangan Masjid Daerah Taiping,Bandar Taiping. Selesai solat Jumaat,6 Januari ,penduduk Islam dan Jemaah Masjid Daerah Taiping akan membuat bantahan itu.






Penduduk Islam mengadakan perhimpunan aman itu untuk membantah tindakan Pengurusan Masjid Daerah Taiping yang kini telah menangguhkan majlis pengajian atau kuliah maghrib serta kuliah untuk kaum wanita daripada dilaksanakan .






Penduduk mendakwa tuan-tuan guru atau ustaz diminta tidak menyampaikan kuliah di Masjid Daerah Taiping lagi.

No comments:

Post a Comment