Thursday, January 5, 2012

Siapa berani buat demo depan rumah Dr Hassan Ali?.

Kasihan Dr Hassan Ali yang masih mahu dirinya dipecat?Kenyataannya membuat penulis berasa marah dan getik.

Hassan Ali ibarat api dalam sekam.Hassan Ali ibarat duri dalam daging. Kenyataan dan kelakuan Hassan Ali kalau tidak dibendung ,mengganggu tugas Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya.

Kenapa Dr Hassan Ali berasa seronok dan suka sampai ke telinga jika media arus perdana menemu-bual beliau.


Berikut merupakan kenyataan Dr Hassan Ali yang tak beradab itu. apabila mengulas isu DS Anwar. "Walaupun terdapat arahan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman bagi ahli-ahli (PAS) supaya hadir, saya merasakan bahawa ini adalah tidak sesuai."


"Saya telah semak sebelum ke sidang media ini, tidak terdapat arahan oleh mana-mana pesuruhjaya PAS negeri lain yang mengeluarkan arahan seumpama itu. Tiada juga arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin atasan supaya hadir. Oleh itu, saya tidak akan hadir," katanya.

No comments:

Post a Comment