Friday, January 20, 2012

Kecelaruan fakta sejarah Hang Tuah kerana UMNO.

Isu Hang Tuah ,menimbulkan polimik baru dalam penulisan sejarah Hang Tuah.Sepanjang 54 tahun UMNO memerintah roh perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan Roh Perlembagaan Malaysia telah dilanggar UMNO.

Contoh isu PPSMI,isu biasiswa dan isu tanah rezab Melayu semuanya telah dilakukan parti Umno.


Sementara itu seorang pakar arkeologi hari ini mempertahankan kewujudan Hang Tuah berdasarkan bukti arkeologi.


"Saya percaya tokoh ini wujud. Nama Hang memang sudah wujud di alam Melayu. Panggilan Hang ada di Padang Lawas Sumatera, Indonesia.


"Tetapi nama yang empat orang lagi itu (Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu) mungkin boleh dikaji lagi," kata Yang Dipertua Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman.


Dr Nik Hassan menegaskan meskipun tiada kajian khusus dijalankan, namun kajian arkeologi membuktikan terdapat beberapa penemuan daripada tinggalan seramik atau tembikar yang menunjukkan kesan pada abad ke-15.


"Kajian khusus tidak ada, tetapi kalau makam, ia ada walaupun nama tidak tertulis padanya," katanya kepada pemberita di ibunegara Jumaat."kata Dr Nik Hassan.


Dr Nik Hasan mengulas mengenai pendapat ahli sejarah Prof Tan Sri Khoo Kay Kim bahawa Hang Tuah tidak wujud dan lebih merupakan tokoh mistik.


Prof Khoo Kay Kim menjelaskan tiada bukti dan rekod tentang kewujudan Hang Tuah begitu juga dengan Puteri Hang Li Po dari China yang dikatakan telah berkahwin dengan Sultan Melaka di abad ke-15.

No comments:

Post a Comment