Thursday, January 19, 2012

YB Zuraida dan Rafizi sedia muflis untuk bongkar penyelewengan Shahrizat.

Shahrizat semakin berani. Cuti diisi dengan memfailkan saman.Menerusi writ saman yang difailkan itu, Shahrizat menuntut ganti rugi am disebabkan fitnah secara lisan yang memudaratkan berjumlah RM50 juta serta ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM50 juta lagi.


Sementara itu mengulas lanjut mengenai perkembangan terbaru ini, Mohd Rafizi menyifatkan tindakan saman berkenaan merupakan langkah politik bagi menutup mulut beliau dan Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang daripada terus membuat pendedahan.


"Risikonya memang lebih berat di pihak saya dan Zuraida yang berdepan dengan kemungkinan muflis jika kalah, sedangkan Datuk Seri Shahrizat hanya perlu membayar kos guaman dan pentadbiran jika saman beliau ditolak."jelas Rafizi.


"Tetapi jika pimpinan Umno seperti Datuk Seri Shahrizat beranggapan mereka boleh menutup mulut dan akal rakyat seperti saya dengan mengemukakan saman seperti ini, mereka tersilap besar."tegas Rafizi lagi.


"Peluang di mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk membongkar lebih banyak penyelewengan dan bakal diikuti oleh lebih ramai rakyat," kata Rafizi.

No comments:

Post a Comment