Tuesday, January 3, 2012

Zambry Kadir dan calon katak nasibnya sama saja?

Kenyataan Zambry Kadir berkaitan calon piliharaya Perak semakin bercelaru,sekejap calon yang tewas boleh menjadi calon PRU,sekejap ingin mengemukakan calon muda.Hal ini menggambarkan Zambry takut kehilangan kuasa seperti Khir Toyo ataupun macam TS Tajol Rosli .


Zambry Kadir seolah-olah sudah mambaca kedududukannya dalam politik UMNO Perak.Beliau dalam wawancara khas dengan The Star, Zambry pada 31 Disember lalu dilaporkan menyatakan, menyerahkan soal kedudukannya sama ada akan diletakkan bertanding di parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada kepimpinan parti.


"Menjadi menteri besar bukan tujuan muktamad saya. Harapan saya adalah bersama Barisan untuk berkhidmat kepada rakyat," kata Zambry untuk menyejukkan hati.


Dalam pada itu Dewan Pemuda PAS Perak berpendirian Zamry gagal menandingi kerja Menteri Besar sebelumnya Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin.


"Walaupun rakyat Perak sedar Datuk Seri Zambry sering meniru kerja-kerja Datuk Seri Nizar sejak mula menduduki kerusi menteri besar Perak sehinggalah sekarang, namun masih tidak berjaya." kata Salman Saleh,Setiauasaha Dewan Pemuda PAS Perak.


"Dan bagi kami lagi, marilah kita sama-sama melihat siri-siri drama yang akan berlaku dalam Umno negeri Perak dalam menentukan orang nombor satu mereka," kata Salman lagi.


Menurut spekulasi yang tersebar sejak kebelakangan ini, Zambry dikatakan akan digugurkan dan jawatan itu akan diisi oleh Menteri Kewangan II, Datuk Husni Hanadzlah.


Apa jadi dengan calon katak,seperti Osman Jailu,sudah tentulah nasibnya macam Zambry Kadir?

No comments:

Post a Comment