Wednesday, January 4, 2012

Biar betul Masjid Daerah Taiping tiada kuliah Maghrib lagi.

Masjid Daerah Taiping kini sepi tanpa kuliah Maghrib.Satu sumber mendakwa pengurusan Masjid Daerah Taiping menangguh majlis pengajian selepas solat Maghrib.Kuliah untuk kaum ibu juga didakwa ditangguhkan juga..


Penduduk sekitar Taiping membantah pemberhentian guru dan penangguhan majlis ilmu,kuliah magrib,kuliah muslimat di Masjid Daerah Taiping itu.


Mereka mempersoal semasa Dato' Mahmood Morsidi ,Pegawai Daerah LMS jadi pengerusi masjid Daerah Taiping ,perkara ini tidak berlaku.Mutakhir ini mereka mendakwa pengerusi yang baru telah cuba menghalang majlis pengajian untuk penduduk sekitar Taiping ini.


Penulis akan cuba mendapat info yang lebih banyak lagi,kenapa Masjid Daerah Taiping,sunyi tanpa kuliah Maghrib lagi.Tunggu pembongkaran selanjutnya.

No comments:

Post a Comment