Saturday, March 6, 2010

Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat Pas Bukit Gantang Kali 27-

Dewan Muslimat Pas Kawasan Bukit Gantang mengadakan mesyuarat sebentar tadi pukul 2 petang.

Mesyuarat itu dirasmikan Pn Hanisah Bt Hamidon,Setiausaha Dewan Muslimat Perak .Turut hadir YDP Pas Kawasan Bukit Gantang,Ustaz Mohd Nordin Jaafar.

Ketua Dewan Muslimat Bukit Gantang ,Zaharah Mohamad menyatakan perlunya kita mengembalikan roh kemenangan PR Bukit Gantang.

Antaranya meminta kita terus bekerjasama dan meningkat perjuangan PR.PN Zaharah meminta muslimat perlu kehadapan,wanita yang berjuang untuk masyarakat.

Muslimat melaksanakan satu reform dan bergerak ketengah masyarakat.Kehadiran muslimat yang ramai mengikut cawangan,satu perkembangan yang baik .

Pn Zaharah meminta muslimat meningkatkan iltizam dan bukan hanya berpeluk tubuh.Bangun untuk bersiap sedia menghadapi PRU 13.

Ketua Dewan juga kita melihat sesuatu dengan mata hati.

YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar mengharapkan mesyuarat dalam keadaan mahabbah.Pas Bukit Gantang mengucapkan syabas dan tahniah kepada DMK Bukit Gantang yang mengada mesyuarat petang ini.

Golongan muslimat penting dalam perjuangan pas.Komposisi wanita yang melebihi 50 % peratus ,perlunya muslimat melibatkan diri dalam politik.

Muslimat ditengah masyarakat ,menjadi penyuntik kepada masyarakat.Muslimat perlu mengikuti sistem tarbiah.Pimpinan muslimat perlu dengan tarbiah.Perlu realisasikan Visi Dewan.

Pendekatan dengan generasi muda penting.Hiburan yang mendidik perlu dipupuk.Muslimat harus jadi ikon dengan masyarakat.Muslimat pelaksanaan kebajikan seperti ,guaman dan kebajikan.Jadikan kerja asas bukan bermusim.Tenaga perlu turun keakar umbi,agar wanita mendapat naklumat.

Pemimpin yang iltizam akan mampu memimpin perubahan.Mesyuarat agung untuk melihat kejayaan sesuatu program dan untuk kita muhasabah.Perjuangan dakwah tidak boleh dilihat secara cepat.

Thursday, March 4, 2010

UMNO Menyerang PAS menerang

Apabila UMNO mula menyerang rakyat dengan isu lapok mereka.Pas perlu mengorak langkah untuk menerang kebaikan PR.Kita memerintah Kedah,Selangor,Pulau Pinang dan Kelantan dan dahulunya Perak,dengan contoh kebaikan Kerajaan PR,kita mampu menerang.

Peduli apa dengan UMNO yang majoriti rakyat telah menolak mereka.Mereka kuat kerana mempunyai agensi kerajaan,mereka mempunyai polis dan SPRM.Kuat lagi dengan mempunyai senjata Undi Pos.

Apa yang penting PAS dan PR perlu berhadapan dengan rakyat penuh hikmah .Kita yang mula-mula bangkit membantu rakyat.Kita perlu berdepan rakyat dengan fakta.Kita perlu berhujah secara rasional .Apabila Umno menyerang kita akan menangkis .Cukup fakta kita pula menyerang.

Wednesday, March 3, 2010

Solat Hajat Dan Bacaan Yassin- Jangan Khianat Amanah Rakyat


18 Rabiulawal 1431H

Solat hajat dan bacaan Yassin akan diadakan khas untuk Ahli Parlimen Bagan Serai (yang khianat kepada PR) pada :

Tarikh : 4hb Mac, 2010 (Khamis malam Jumaat)
Waktu : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid Athar, Masjid Tinggi

Semua dijemput hadir.

Kalau Tidak Ada Pedinding Jangan Jumpa Najib.

Memang betul Najib PM Malaysia.Justeru itu itu dia keras dan banyak "ilmu".Jadi tidak hairan kini Mohsin Fadzil Samsuri tunduk dengan ubat guna-guna.

Wee Choo Keong juga sudah berjumpa Najib di Putra Jaya.Selalunya mengikut teman sepersilatan orang Cina ini susah sangat untuk ditundukkan dengan "ilmu",kerana mempunyai "kung fu" aras tinggi.Namun kita jangan hairan kerana Wee Choo Keong bekas DAP Bukit Bintang.

Tahniah pengundi Bagan Serai yang sekarang sedang demontrasi di hadapan Pejabat Ahli Parlimen supaya Mohsin jikalau anak Banjar meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen.Semua pengundi Banjar yang kita temui ,menyatakan malunya kerana tidak pernah berlaku anak Banjar menjadi pengkhianat amanah rakyat .

Kita jangan marah sama rakyat jika mereka menyatakan wakil rakyat PKR,tidak tahan diuji dan tidak setiakawan bersama Anwar Ibrahim.Kita jangan marah kerana kita yang menghukum Anwar Ibrahim walaupun mahkamah belum menjatuhkan hukuman.Kita jangan marah jika rakyat menuntut hak mereka untuk PAS bertanding pada PRU 13 di kerusi itu.

Hendak Tau Pandangan Nizar Tentang Khianat Rakyat -Jumpa Nizar 5 Mac ini!

Masyarakat Parlimen Bukit Gantang dan kawasan sekitar yang ingin tahu pandangan DS Nizar berkenaan khianat amanah rakyat,boleh bertemu DS Nizar pada 5 Mac ini.

DS Nizar dijadual berceramah bersama dengan YB Sdr Nga Kor Meng pada 9.30 malam di Bt 8,Jln Changkat Jering-Trong.

Sebagai tanda sokongan dengan Pakatan Rakyat kita datang beramai-ramai tanda sokongan kepada DS Nizar selaku Pengerusi Pakatan Rakyat Perak.

Ayuh kita tingkatkan perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman BN.Kini kita tekadkan diri untuk memberi satu orang satu undi untuk Pakatan Rakyat dalam PRU 13.

Sementara itu mereka yang berdekatan Taman Berkat ,Jln Simpang-Bagan Serai boleh mendengar Kuliah Maghrib DS Nizar di sini.

Tuesday, March 2, 2010

Kawan Semasa Susah Hanya Sedikit Aduhai DSAI

Kita diberitahu seorang teman rapat ahli PKR sejak zaman reformasi lagi,beliau hairan semasa reformasi tidak wujud tetapi apabila PR menang Perak ahli jadian reformasi banyak.

Lalu semasa beliau menelefon tanya khabar DS Nizar,beliau turut bersimpati.Sempat memberitahu kita ramai yang akan lompat kerana mereka percaya DSAI akan dipenjara oleh mahkamah yang berketuakan Ketua Hakim Negara Ahli UMNO.

Jadi mereka beranggapan peluang untuk mengaut hasil negeri dan negara tidak akan tercapai kerana PRU 13 bukan milik rakyat lagi.

Lantas jalan terbaik menjadi wakil rakyat bebas ,dengan mendapat habuan yang bukan sedikit.Mereka memberi contoh Osman Jailu yang sudah kaya raya.

Anwar kawan menangis amat sedikit dan kawan ketawa terlalu banyak.Kasihan DSAI dijatuhkan hukuman oleh ahli parlimen sendiri!

Apabila UMNO cuba guna polis-gagalkan Program DS Nizar

Apabila DS Nizar kerap turun bertemu rakyat di Parlimen Bukit Gantang,UMno sudah mula seperti cacing kepanasan.

DS Nizar bertemu semua rakyat.DS Nizar berjumpa rakyat tanpa protokol dan tanpa gangguan daripada petugas keselamatan beliau.Inilah yang UMno takut.

Justeru apabila DS Nizar dijadual pada 5 Mac ini akan menyampaikan Kuliah Maghrib Memperingati Perjuangan Rasulullah s.a.w di Taman Berkat,Simpang ,mereka mula membuat aduan kepada polis supaya tidak membenarkan program itu berjalan.

Mereka lupa PAS Bukit Gantang parti sah,mempunyai jentera sendiri.Tempat atau lokasi yang kita hendak buat,premis parti .Premis parti milik kita,tanpa permit kita boleh membuat program.

Program PAS ,polis senang ,pihak berkuasa mudah.PAS mempunyai Unit Amal yang membantu pihak berkuasa mengawal lalu lintas dan keselamatan kenderaan.

Walaupun terdapat kereta polis dilepaskan angin tayar mereka oleh agen provokasi kerana disorok jauh daripada pandangan orang.Unit Amal tetap membantu mereka.