Tuesday, March 2, 2010

Apabila UMNO cuba guna polis-gagalkan Program DS Nizar

Apabila DS Nizar kerap turun bertemu rakyat di Parlimen Bukit Gantang,UMno sudah mula seperti cacing kepanasan.

DS Nizar bertemu semua rakyat.DS Nizar berjumpa rakyat tanpa protokol dan tanpa gangguan daripada petugas keselamatan beliau.Inilah yang UMno takut.

Justeru apabila DS Nizar dijadual pada 5 Mac ini akan menyampaikan Kuliah Maghrib Memperingati Perjuangan Rasulullah s.a.w di Taman Berkat,Simpang ,mereka mula membuat aduan kepada polis supaya tidak membenarkan program itu berjalan.

Mereka lupa PAS Bukit Gantang parti sah,mempunyai jentera sendiri.Tempat atau lokasi yang kita hendak buat,premis parti .Premis parti milik kita,tanpa permit kita boleh membuat program.

Program PAS ,polis senang ,pihak berkuasa mudah.PAS mempunyai Unit Amal yang membantu pihak berkuasa mengawal lalu lintas dan keselamatan kenderaan.

Walaupun terdapat kereta polis dilepaskan angin tayar mereka oleh agen provokasi kerana disorok jauh daripada pandangan orang.Unit Amal tetap membantu mereka.

No comments:

Post a Comment