Saturday, March 6, 2010

Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat Pas Bukit Gantang Kali 27-

Dewan Muslimat Pas Kawasan Bukit Gantang mengadakan mesyuarat sebentar tadi pukul 2 petang.

Mesyuarat itu dirasmikan Pn Hanisah Bt Hamidon,Setiausaha Dewan Muslimat Perak .Turut hadir YDP Pas Kawasan Bukit Gantang,Ustaz Mohd Nordin Jaafar.

Ketua Dewan Muslimat Bukit Gantang ,Zaharah Mohamad menyatakan perlunya kita mengembalikan roh kemenangan PR Bukit Gantang.

Antaranya meminta kita terus bekerjasama dan meningkat perjuangan PR.PN Zaharah meminta muslimat perlu kehadapan,wanita yang berjuang untuk masyarakat.

Muslimat melaksanakan satu reform dan bergerak ketengah masyarakat.Kehadiran muslimat yang ramai mengikut cawangan,satu perkembangan yang baik .

Pn Zaharah meminta muslimat meningkatkan iltizam dan bukan hanya berpeluk tubuh.Bangun untuk bersiap sedia menghadapi PRU 13.

Ketua Dewan juga kita melihat sesuatu dengan mata hati.

YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar mengharapkan mesyuarat dalam keadaan mahabbah.Pas Bukit Gantang mengucapkan syabas dan tahniah kepada DMK Bukit Gantang yang mengada mesyuarat petang ini.

Golongan muslimat penting dalam perjuangan pas.Komposisi wanita yang melebihi 50 % peratus ,perlunya muslimat melibatkan diri dalam politik.

Muslimat ditengah masyarakat ,menjadi penyuntik kepada masyarakat.Muslimat perlu mengikuti sistem tarbiah.Pimpinan muslimat perlu dengan tarbiah.Perlu realisasikan Visi Dewan.

Pendekatan dengan generasi muda penting.Hiburan yang mendidik perlu dipupuk.Muslimat harus jadi ikon dengan masyarakat.Muslimat pelaksanaan kebajikan seperti ,guaman dan kebajikan.Jadikan kerja asas bukan bermusim.Tenaga perlu turun keakar umbi,agar wanita mendapat naklumat.

Pemimpin yang iltizam akan mampu memimpin perubahan.Mesyuarat agung untuk melihat kejayaan sesuatu program dan untuk kita muhasabah.Perjuangan dakwah tidak boleh dilihat secara cepat.

No comments:

Post a Comment