Tuesday, March 2, 2010

Kawan Semasa Susah Hanya Sedikit Aduhai DSAI

Kita diberitahu seorang teman rapat ahli PKR sejak zaman reformasi lagi,beliau hairan semasa reformasi tidak wujud tetapi apabila PR menang Perak ahli jadian reformasi banyak.

Lalu semasa beliau menelefon tanya khabar DS Nizar,beliau turut bersimpati.Sempat memberitahu kita ramai yang akan lompat kerana mereka percaya DSAI akan dipenjara oleh mahkamah yang berketuakan Ketua Hakim Negara Ahli UMNO.

Jadi mereka beranggapan peluang untuk mengaut hasil negeri dan negara tidak akan tercapai kerana PRU 13 bukan milik rakyat lagi.

Lantas jalan terbaik menjadi wakil rakyat bebas ,dengan mendapat habuan yang bukan sedikit.Mereka memberi contoh Osman Jailu yang sudah kaya raya.

Anwar kawan menangis amat sedikit dan kawan ketawa terlalu banyak.Kasihan DSAI dijatuhkan hukuman oleh ahli parlimen sendiri!

No comments:

Post a Comment