Wednesday, June 2, 2010

UMNO dulu kini dan selamanya suka judi.

Umno parti tunjang kerajaan BN ,parti Melayu pertama dalam sejarah Malaysia yang bertangungjawab memperkenalkan kilang arak.

Presiden UMNO selepas merdeka yang juga Perdana Menteri Malaysia pertama sanggup merasmikan kilang arak Guiness di Sungei Way.Hingga kini terus wujud.Kini daki dan sisa peninggalan UMNO di Selangor yang dihadapi PR.

Di bawah UMNO taukeh yang mendapat lesen judi dilayan khususnya semasa PRU,Lim Goh Tong,Ananda Krishnan,dan Vincent Tan.

Siapa tidak kenal Pengerusi Genting pertama Tan Sri Mohammad Noar Omar,datuk Najib dan Hishamudin.Kasino pertama di Genting.Kini terdapat kasino Pulau Tioman dan kasino Bukit Tinggi.

Tan Sri Khir Johari yang menghapus tulisan jawi di sekolah,pernah menjadi Timbalan Pengerusi Magnum sejak 1986.Hanif Omar ,pernah menjadi Timbalan Pengerusi Genting dan Resorts Wolrd.Cuba bayangkan bekas Ketua Polis Negara,mengeluarkan ungkapan tidak pernah menjumpai ayat al -Quran yang melarang perjudian.Saksi fasik semasa kes DS Anwar 1.

Maaf terpaksa kita sebut,Perdana Menteri Pertama meluluskan Kasino Satu Malaysia di Genting Highlands pada 1969-1970.

Rani Aktivis PKR Bukit Gantang Keuzuran.-Kini dirawat di wad C2,Hospital Taiping.

Sdr Abdul Rani Kasim Naib Ketua Cabang PKR Bukit Gantang ini sedang dirawat di Wad ICU C2.Beliau difaham mengidap barah usus.Mereka yang ingin ziarah bolehlah pergi ke Hospital Taiping.

Sdr Rani sebelum ini telah menjadi perwakilan PKR Bukit Gantang ke Kongres PKR Nasional di Kota Bharu.

Sdr Rani bekas Ahli Majlis Perbandaran Taiping semasa kerajaan PR Perak.Beliau amat dedikasi dengan tugas.

Pimpinan Pas Kawasan Bukit Gantang diketuai Sdr Fadhil Idris,Sdr Zainudin Hamzah,Sdr Basheer Ahmad dan Sdr Bonyamin Isahak telah melawat beliau tengahari tadi.

Pimpinan PKR Cabang Bukit Gantang juga telah mengadakan majlis bacaan yasin agar Sdr Rani cembuh sembuh dan diberi kekuatan.

Bagi pihak PAS Bukit Gantang kita mengharap pihak keluarga beliau bersabar dan mendoakan keselamatan beliau dan semoga cepat sembuh.

Tuesday, June 1, 2010

Kabinet Senator- Rugi Duit Rakyat

Kerajaan tidak menepati janji rakyat didahulukan .Dengan perlantikan Senator baru semata-mata untuk menjadikan mereka Timbalan Menteri.Apabila melantik mereka sebagai Senator,gaji senator dan segala kemudahan mereka akan dapat.

Jika Ahli Parlimen yang dipilih rakyat dilantik,mereka hanya perlu ditambah gaji timbalan menteri.Jelas Najib bukan bijak,bazir wang rakyat bayar gaji senator,sedang ramai Ahli Parlimen layak.

Empat senator turut dilantik sebagai timbalan menteri yang baru ialah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G. Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi; Datuk Donald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri Kewangan); Naib Presiden Kanan Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk Maglin Dennis D'Cruz (Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) dan Gan Ping Shou@Gan Ping Sieu (Timbalan Menteri Belia dan Sukan).

Kata Najib Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan Senator Datuk Donald Lim Siang Chai, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz dan Senator Gan Ping Shou@Gan Ping Sieu sebagai Ahli Dewan Negara berkuat kuasa hari ini.

Perkasa pun tak bising ,kerana Najib lantik ramai orang Cina dan orang bukan Melayu.Bab membazir duit rakyat lagi Perkasa tak keriau!

Pemuda Umno terus senyap.Dapat pijak bendera Israel,langsung APCO nasihat Najib jangan lantik juragan pemuda.

Ustaz Nasharuddin Mat Isa ketuai serah Memo ke Kedutaan Amerika

KUALA LUMPUR : PAS hari ini menyerahkan satu memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi mendesak negara itu menghentikan bantuan askar mereka kepada Israel untuk mencabul hak dan menzalimi rakyat Palestin.


Penyerahan memorandum tersebut diketuai Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa bagi mewakili Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Turut serta pada penyerahan itu termasuk Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Dr. Dzulkefly Ahmad serta Dr. Lo' Lo' Ghazali.

Pemuda PAS pula disertai Timbalan Ketua, Azman Shapawi, Setiausaha Kamaruzaman Mohamad, Exco Riduan Mohamad Nor serta pemuda PAS sekitar Lembah Kelang.

sumber harakahdaily.net.

Qunut nazilah dalam solat lima waktu-TG Haji Hadi

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan seluruh ahli, kepimpinan dan penyokong PAS serta eminta mumat Islam di seluruh dunia agar membaca Qunut Nazilah dalam tiap-tiap sembahyang lima waktu bermula hari ini.

Demikian dimaklumkan oleh setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily, sebentar tadi.

Ini, katanya bagi memohon kepada Allah agar dibinasakan rejim zionis Israel serta diberikan kekuatan kepada kumpulan sukarelawan yang sedang ditahan dan berhadapan dengan rejim zionis itu di Gaza dan seluruh dunia.

Bicara Petang-Apa khabar Gaza?

Kita ditanya teman-teman perkembangan program kemanusian untuk Gaza.Kita menjawab terdapat sukarelawan kita yang masih belum dapat dikesan.

Kita memberi pandangan bahawa sukarelawan itu sudah bersedia untuk mati syahid.Bagi kita mereka sudah tahu risiko.Mereka juga tahu perangai Israel.Jadi kita memberitahu supaya kita mendoakan mereka selamat .Jika ditakdirkan sebaliknya.

Marilah kita mengharapkan syahid untuk mereka.Hanya Allah s.w.t yang mengetahui.Kita mengharap kaum keluarga mereka bersabar.Ketahuilah mereka telah dipilih Allah s.w.t untuk menyertai pasukan bantuan kemanusian itu.Satu ujian untuk mereka yang cintakan syahid.

Begitu juga kita diberitahu Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar masih belum dapat dihubungi.Mohd Nizar semasa sekolah menengah dahulu,bersekolah di Maahad Tarbiyyah Bt 8,Jln Trong ,Taiping. Mohd Nizar merupakan murid NYDP Bukit Gantang Ustaz Zulkifli Ahmad.Mungkin tarbiyyah Ustaz Zulkifli,Mohd Nizar wakil rakyat BN itu juga mencintai syahid.

Berdoalah kita supaya semuanya selamat dan kepada keluarga sukarelawan Gaza,bertawakallah kepada Allah s.w.t.Bukan semua rakyat Malaysia boleh menjadi seperti mereka.

12 Rakyat Malaysia di atas Kapal Mavi Marmara

12 Rakyat Malaysia di atas Kapal  Mavi Marmara

31 Mei – Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa hari ini.


  1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
  2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
  3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
  4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
  5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
  6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
  7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal Malaysia (AMAL MALAYSIA)
  8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
  9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
  10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
  11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
  12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO

Mustafa Mansur yang mewakili MAPIM menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan.(yayasan amal)