Tuesday, June 1, 2010

Bicara Petang-Apa khabar Gaza?

Kita ditanya teman-teman perkembangan program kemanusian untuk Gaza.Kita menjawab terdapat sukarelawan kita yang masih belum dapat dikesan.

Kita memberi pandangan bahawa sukarelawan itu sudah bersedia untuk mati syahid.Bagi kita mereka sudah tahu risiko.Mereka juga tahu perangai Israel.Jadi kita memberitahu supaya kita mendoakan mereka selamat .Jika ditakdirkan sebaliknya.

Marilah kita mengharapkan syahid untuk mereka.Hanya Allah s.w.t yang mengetahui.Kita mengharap kaum keluarga mereka bersabar.Ketahuilah mereka telah dipilih Allah s.w.t untuk menyertai pasukan bantuan kemanusian itu.Satu ujian untuk mereka yang cintakan syahid.

Begitu juga kita diberitahu Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar masih belum dapat dihubungi.Mohd Nizar semasa sekolah menengah dahulu,bersekolah di Maahad Tarbiyyah Bt 8,Jln Trong ,Taiping. Mohd Nizar merupakan murid NYDP Bukit Gantang Ustaz Zulkifli Ahmad.Mungkin tarbiyyah Ustaz Zulkifli,Mohd Nizar wakil rakyat BN itu juga mencintai syahid.

Berdoalah kita supaya semuanya selamat dan kepada keluarga sukarelawan Gaza,bertawakallah kepada Allah s.w.t.Bukan semua rakyat Malaysia boleh menjadi seperti mereka.

No comments:

Post a Comment