Tuesday, June 1, 2010

Ustaz Nasharuddin Mat Isa ketuai serah Memo ke Kedutaan Amerika

KUALA LUMPUR : PAS hari ini menyerahkan satu memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi mendesak negara itu menghentikan bantuan askar mereka kepada Israel untuk mencabul hak dan menzalimi rakyat Palestin.


Penyerahan memorandum tersebut diketuai Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa bagi mewakili Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Turut serta pada penyerahan itu termasuk Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Dr. Dzulkefly Ahmad serta Dr. Lo' Lo' Ghazali.

Pemuda PAS pula disertai Timbalan Ketua, Azman Shapawi, Setiausaha Kamaruzaman Mohamad, Exco Riduan Mohamad Nor serta pemuda PAS sekitar Lembah Kelang.

sumber harakahdaily.net.

No comments:

Post a Comment