Wednesday, June 2, 2010

Rani Aktivis PKR Bukit Gantang Keuzuran.-Kini dirawat di wad C2,Hospital Taiping.

Sdr Abdul Rani Kasim Naib Ketua Cabang PKR Bukit Gantang ini sedang dirawat di Wad ICU C2.Beliau difaham mengidap barah usus.Mereka yang ingin ziarah bolehlah pergi ke Hospital Taiping.

Sdr Rani sebelum ini telah menjadi perwakilan PKR Bukit Gantang ke Kongres PKR Nasional di Kota Bharu.

Sdr Rani bekas Ahli Majlis Perbandaran Taiping semasa kerajaan PR Perak.Beliau amat dedikasi dengan tugas.

Pimpinan Pas Kawasan Bukit Gantang diketuai Sdr Fadhil Idris,Sdr Zainudin Hamzah,Sdr Basheer Ahmad dan Sdr Bonyamin Isahak telah melawat beliau tengahari tadi.

Pimpinan PKR Cabang Bukit Gantang juga telah mengadakan majlis bacaan yasin agar Sdr Rani cembuh sembuh dan diberi kekuatan.

Bagi pihak PAS Bukit Gantang kita mengharap pihak keluarga beliau bersabar dan mendoakan keselamatan beliau dan semoga cepat sembuh.

No comments:

Post a Comment