Tuesday, June 1, 2010

Kabinet Senator- Rugi Duit Rakyat

Kerajaan tidak menepati janji rakyat didahulukan .Dengan perlantikan Senator baru semata-mata untuk menjadikan mereka Timbalan Menteri.Apabila melantik mereka sebagai Senator,gaji senator dan segala kemudahan mereka akan dapat.

Jika Ahli Parlimen yang dipilih rakyat dilantik,mereka hanya perlu ditambah gaji timbalan menteri.Jelas Najib bukan bijak,bazir wang rakyat bayar gaji senator,sedang ramai Ahli Parlimen layak.

Empat senator turut dilantik sebagai timbalan menteri yang baru ialah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G. Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi; Datuk Donald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri Kewangan); Naib Presiden Kanan Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk Maglin Dennis D'Cruz (Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) dan Gan Ping Shou@Gan Ping Sieu (Timbalan Menteri Belia dan Sukan).

Kata Najib Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan Senator Datuk Donald Lim Siang Chai, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz dan Senator Gan Ping Shou@Gan Ping Sieu sebagai Ahli Dewan Negara berkuat kuasa hari ini.

Perkasa pun tak bising ,kerana Najib lantik ramai orang Cina dan orang bukan Melayu.Bab membazir duit rakyat lagi Perkasa tak keriau!

Pemuda Umno terus senyap.Dapat pijak bendera Israel,langsung APCO nasihat Najib jangan lantik juragan pemuda.

No comments:

Post a Comment