Sunday, June 6, 2010

Tazkirah Ustaz Nordin Jaafar- Bahaya Buruk Sangka

Sewaktu Mesyuarat Perhubungan PAS Perak baru-baru ini YDP Bukit Gantang diminta Pesurujaya untuk menyampaikan Tazkirah sebelum mesyuarat.

Tazkirah amat menarik dan sesuai untuk semua petugas Islam.Juga bersesuaian untuk Wakil Rakyat dan Pimpinan .Selamat membaca.

BAHAYA BURUK SANGKA( SUUDZHAN) DALAM JEMAAH

Sahabat2

Buruk sangka atau biasa disebut dengan Suudzhon adalah sifat yang sangat dilarang oleh Allah swt, banyak sekali kisah-kisah dan nasehat yang menggambarkan betapa besarnya kerugian yang diakibatkan oleh buruk sangka tersebut. Apakah berburuk sangka itu? Para ulama mendefinisikan buruk sangka:-

Adanya rasa curiga dan kekhawatiran yang tidak beralasan baik kepada saudara, sahabat dan manusia secara umum sementara tidak ada bukti atau alasan yang bisa membuktikannya.


يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ ٱجْتَنِبُواْ كَثِيراً منَ ٱلظَّن

إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّن إِثْمٌ وَلاَ تَجَسَّسُواْ

وَلاَ يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضاً أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ

لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتاً فَكَرِهْتُمُوهُ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ


Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka (kecurigaan), karena sebagian dari prasangka itu dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.(QS Al Hujurat: 12)


عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

“إِياَّكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيْثِ،

وَلاََ تَجَسَّسُوْا وَلاَ تَحَسَّسُوْا، وَلاَ تَنَافَسُوْا، وَلاَ تَحَاسَدُوْا،

وَلاَ تَبَاغَضُوْا، وَلاَ تَدَابَرُوْا، وَكُوْنوُاْ عِبَادَ اللهِ إِخْوَاناً”.(رَوَاهُ الْبُخَارِيْ)


Dari Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah saw bersabda,”Jauhilah oleh kamu sekalian berprasangka, karena sebenarnya berprasangka itu adalah suatu kebohongan yang besar, janganlah saling mengintip-ngintip dan memcari-cari aib orang lain, janganlah saling menjatuhkan dalam bersaing, janganlah saling mendengki, saling membenci, saling menolak satu sama lain, akan tetapi jadilah kamu sekalian hamba-hamba Allah yang saling bersaudara” (HR Bukhori)


Sahabat2

Ayat dan hadis di atas adalah sebuah isyarat sekaligus sebuah ancaman betapa besarnya bahaya yang akan timbul akibat dari berprasangka buruk terhadap orang lain terlebih lagi antara sesama Muslim. Sebuah silaturahmi yang telah terjalin dengan baik akan menjadi sia-sia bahkan menjadi satu permusuhan yang mengakibatkan dendam yang berkepanjangan…Nauzu Billah min Zalik..


Cara menghindari dan mengatasinya

Lantas bagaimanakah cara kita menghindarinya…Rasulullah memerintahkan kepada kita untuk selalu menghindari dengan segera segala sesuatu yang akan menghantarkan kita kepada dosa dan maksiat. Hal ini beliau tegaskan dalam sabdanya yang berbunyi:


عَنْ حَارِثَة َبْنِ النُعْمَانِ : قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ -

صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ثَلاَثٌ لاَزِمَاتٌ ِلأُمَّتِىْ

: ” اَلطِّيَرَةُ وَالْحَسَدُ وَسُوْءُ الظَّنِّ ” : فَقَالَ رَجُلٌ :

مَا الَّذِىْ يُذْهِبْنَ ياَ رَسُوْلَ اللهِ مَنْ هُنَّ فِيْهِ؟ قَالَ :

” إِذَا حَسَدْتَ فَاسْتَغْفِرِ اللهَ ، وَإِذاَ ظَنَنْتَ فَلاَ تُحَقِّقْ ، وَإِذاَ تَطَيَّرْتَ فَامْضِ

” ” .(رَوَاهُ الْبَيْهَقِىْ )


Dari Haritsah bin Nukman ra bahwaRasulullah saw pernah bersabda: ada tiga hal yang tidak bisa dihindari oleh umatku, yaitu meramal hal-hal yang buruk, dengki dan buruk sangka. Berkata seorang laki-laki: apakah yang bisa menghilangkannya apabila seseorang berada dalam kondisi tersebut?

Rasulullah bersabda,”apabila engkau dengki maka segeralah beristighfar kepada Allah,

apabila engkau mulai berprasangka, maka janganlah engkau memastikannya

dan apabila engkau meramal hal-hal yang buruk maka segeralah melupakannya. (HR Baihaqi).


Wahai sahabat2,

Berhati-hatilah dengan sifat tersebut, marilah kita selalu berbaik sangka terhadap orang lain, terlebih lagi kepada sesama ahli jemaah. Karena seorang Muslim yang baik itu adalah mereka yang tidak menghabiskan waktu yang tidak ada manfaatnya bagi dirinya bahkan membahayakan orang lain. Hal ini sesuai dengan anjuran Rasulullah saw serta sebagai ciri dari mukmin yang sejati:


عن عَلِيِّ بنِ حُسَيْنِ قَالَ ،: قَالَ رَسُولُ الله :

«إِنَّ مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ المَرْءِ تَرْكَهُ مَالاَ يَعْنِيهِ (رَوَاهُ التَّرْمِذِيْ)


Dari Ali bin Husein bahwasanya Rasulullah saw pernah bersabda,

”Sesunnguhnya sebaik muslim itu adalah orang yang meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat bagi dirinya.(HR Turmuzi)

Sahabat2

*Manakala lawan daripada sifat suudzhan ialah HUSNU ZAN (Baik Sangka)


BAIK SANGKA salah adalah satu cabang iman yang patut di pegang oleh muslimin dan muslimat kita untuk pembentukan kehalusan iman yang hakiki.

Sekiranya kita terlalu mudah BURUK SANGKA , ia akan menjadi duri di dalam daging kita sendiri dan menjadi musuh di dalam selimut kita sendiri.

Andaian kita terlalu jauh di dalam hati seseorang ; malah sifat takabur dan bongkak akan lebih menjadi bertambah buruk bahananya kerana BURUK SANGKA adalah seperti nanah dari kudis yang ada.

Husnu Zan akan menjuruskan kepada keredhaan Allah, redha dengan segala ketentuan buruk yang Allah berikan kepada dia. Dan seorang yang berbaik sangka akan sentiasa berfikiran positif dan tidak takut dengan segala cabaran iman yang ada. Cekal dan tetap di dalam pendirian nya sendiri.

Berbaik sangka juga akan menjadikan kita mulia hati dan sentiasa bersifat lapang dada dan tidak takut itu dan tidak takut ini. Ia akan membuat kita BERANI.

Berbaik sangka sesame kita juga, akan memudahkan segala perjalanan di dalam urusan pentadbiran Parti, kerajaan, urusan perniagaan dan juga urusan di dalam rumahtangga baik untuk persahabatan secara rasmi mahupun urusan tidak rasmi.

Sahabat2.

Dalam konteks hubungan sesame ahli jemaah dan sahabat-sahabatnya. Apabila di beri teguran yang membina, seorang yang mempunyai sifat baik sangka akan menerimanya sebagai satu ingatan bukan sebagai satu penghinaan malah akan berterima kasih di atas pemberi ingatan kerana hakikatnya manusia itu sentiasa lupa dan lalai.

Tetapi orang yang sentiasa berburuk sangka dan mempunyai sifat dangkal di dalam hati, akan hanya menambah dosa yang ada. BODOH SOMBONG di namakan di dalam islam. Dia menggelapkan jiwa yang bertambah gelap. Contoh yang nyata apabila dia ditegur ia akan berkata:

“Aku tahu lah aku buat salah..tetapi tak payahlah nak tegur tegur. Jaga tepi kain sendiri lah. Tak payah nak berceramah panjang. Macam lah dia baik sangat. Baik sangat ke awak ni”

Dan kemudian terus mempersoalkan keburukan orang dan mencari kesalahan dalam diri orang lain.

Sifat buruk sangka dengan kebaikan yang orang hendak tunjulkan di dalam diri sendiri inilah yang di katakan Takabur. Maka dari sifat Takaburlah , sang Iblis di campak keluar dari syurga oleh Allah dengan penuh hina dan dina.

Sebalik nya ....Orang yang berbaik sangka akan berkata

“Bagus juga lah awak beri nasihat kat saya. Sekurang-kurangnya memberi keringanan dalam diri saya dari terus rasa marah dan menambah dosa yang telah ada ni”

Orang yang berbaik sangka akan mewujudkan sifat Mahasabah dan sentiasa menerima tunjuk ajar dengan baik. Itulah kelembutan hati yang membenarkan pintu kebaikan menuju ke arahnya.

Sahabat2

Kiranya ada baiknya ,,,,,,,,buat ahhirnya kita merenungkan syair yang dituliskan oleh Imam Syafi’i tentang tips membuang jauh-jauh sifat jelek-jelek dari dalam diri kita..


وَعَيْنُ الرِّضاَ عَنْ كُلِّ عَيْبٍ كَلِيْلَةٌ..كَمَا أَنَّ عَيْنَ السُّخْطِ تُبْدِيْ الْمَسَاوِيْ..


Mata apabila dibalut dengan rasa cinta, maka yang nampak hanyalah yang indah-indah saja… Tetapi apabila mata dibalut dengan rasa benci, maka yang nampak hanyalah yang keji-keji saja…

Wallahu a’lam

Mudahan2 tazkirah yg ringkas ini dpt memberi pengajaran kpd saya terutamanya dan kpd sahabat2

أقول قولى هدا ....وأستغفرالله لى ولكم والسلام عليكم ورحمة الله وبركتة

Mashitah Ibrahim Takut Najib berbanding Allah s.w.t



Sewaktu makan bersama penduduk dan tuan rumah di rumah kenduri tengahari tadi kita mendengar DS Nizar menyatakan Mashitah Ibrahim dan Jamil Khir takutkan Najib berbanding Allah s.w.t.

Jadi dua -dua Senator itu lebih sayangkan jawatan .Mereka tidak berani berkata benar bahawa judi itu haram kepada Najib.Sampai kini mereka diam membisu dan Jamil Khir masih tidak bercakap untuk menyokong majoriti rakyat yang tahu judi itu dosa besar.

Bagi kita baik Jamil atau Mashitah mereka lebih suka orang beriman rosak akhlak dan aqidah,apabila menolak hukum Allah s.w.t.

Seorang Tua Memberitahu Kita- Ini rupanya Vincent Tan

Kita hari ini mengikut DS Nizar dan YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin ke kenduri kahwin penduduk Bukit Gantang.

Dalam kesibukan DS Nizar bersalaman dengan orang ramai ,Nizar sempat memberitahu penduduk sikap kerajaan terhadap judi.

Lalu seorang penduduk memberitahu kita apa yang dia dapat melalui DS Nizar.Rupanya Vincent Tan sudah mengaut keuntungan lesen judi lebih 6 bilion.Kalau sekadar 525 juta derma kepada yayasan keluarga Better Malaysia Foundation bukannya Vincent boleh rugi atau papa kedana.

Beliau tercengang apabila Vincent Tan ada saham menjatuhkan kerajaan Perak.Di samping itu dia mendengar DS Nizar menyatakan kerajaan bukan tak tahu,jika dibuat tender terbuka lesen judi bola kerajaan BN ini kerajaan boleh kaut bilion juta ringgit,tetapi jasa Vincent Tan perlu dihargai.Bagi Nizar ,cukai udi bukan banyak kerana kita punya hasil mashul negeri banyak.Tetapi kerajaan UMNO ini diketuai cucu kepada pengasas Genting Highland,sudah tentu terikut jejak datuk ,minat dengan judi.

Penduduk itu terkejut lagi apabila DS Nizar memberitahu Pangkor Laut,satu pulau kepunyaan Vincent Tan.Nizar bagi tahu kepada penduduk itu,"saya tak serah satu inci atau jual kepada Cina".Tapi UMNO sudah jual banyak tempat kepada orang asing.

Saturday, June 5, 2010

Kerajaan dikecam kerana enggan senarai barang Yahudi- Ghani Shamsuddin

Pengerusi Sekretariat Ulama Asia, Ghani Shamsuddin mengecam keengganan kerajaan Malaysia mengeluarkan sebarang senarai barangan Israel yang wajar diboikot bagi menunjukkan sokongan padu kepada rakyat Palestin.

"Memang sesuatu keganjilan apabila dari satu sudut kita menentang dan tidak menyukai keganasan Israel tetapi dalam sudut lain, kita panggil dan biayai khidmat mereka untuk memulihkan imej. Ini adalah tindakan yang sangat bertentangan," katanya.

Kata Ghani, sudah tiba masanya kerajaan Malaysia bukan hanya memboikot produk keluaran Israel sebaliknya memperketat kawalan ke atas kemasukan jenama baru dari negara Zionis itu.

Beliau kesal kerana kerajaan Umno BN tidak konsisten dalam menyatakan pendirian apabila ia melibatkan kepentingan negara Israel. (sumber)

Untuk rekod, Malaysia antara negara yang menghalang rakyatnya memasuki wilayah Israel tetapi merelakan produknya berleluasa di pasaran tempatan.

Malah kerajaan Malaysia melantik Apco Worldwide, sebuah firma perunding yang diresapi anasir zionis memberi nasihat dari sudut pentadbiran.

"Kita melarang rakyat Malaysia menziarahi Israel tetapi dalam masa sama, kita pula mengundang mereka. Bukan sahaja datang tetapi memberi mereka berpuluh juta untuk khidmat mereka," katanya.

Tambah beliau, Malaysia yang mengisytihar pendirian sebagai negara Islam, sepatutnya sudah memboikot produk negara Isreal yang diketahui jelas menyalurkan kewangan kepada rejim Zionis.

"Sudah sampai masanya kerajaan Malaysia harus bersikap amanah terhadap pendirian mereka, agama dan identiti sebagai seorang Muslim - memusuhi keganasan, kezaliman, ketidakadilan dan penjajahan semua bentuk," katanya.

6 Jun Jumpa DS Nizar di Bukit Gantang!

Esok DS Nizar akan berada di Bukit Gantang.Jika terdapat mereka yang berkesempatan bertemu DS Nizar ,diharap pertemuan itu penuh makna.

DS Nizar esok sepanjang hari akan pergi ke majlis walimatul urus rakyat Bukit Gantang.DS Nizar dijangka akan pergi ke DUN Trong,seterusnya ke majlis perkahwinan rakyat di DUN Changkat Jering dan jadual akhir ke walimatulurus rakyat di DUN Kuala Sapetang.

InsyaAllah DS Nizar akan memenuhi kesemua jemputan rakyat.Kita juga akan turut bersama DS Nizar esok.Bagi mereka yang mengenali kita selamat bertemu.Mungkin ada maklumat yang boleh ditulis.

Jika terdapat cerita menarik dari rakyat bolehlah kita kongsi bersama rakyat.Mana tahu rakyat sudah getik dengan UMNO.

Friday, June 4, 2010

Orang Selesema yang tak tahu bau busuk UMNO!

UMNO tak tahu dirinya mengidap demam selesama.Mereka tidak menciumi bau busuk dan bau busuk nanah diri mereka.

53 tahun pentadbiran kerajaan BN.Jumlah penagih dadah nombor satu Melayu,anak luar nikah 2009 hampir 17 ,000 orang Melayu.Kes rasuah yang ditangkap SPRM majoriti orang Melayu.Penasihat yahudi Apco,UMNO Najib yang panggil.Kalau di Taiping setiap hari 4 kes dilaporkan kerana rogol/zina bawah umur.

Negara hampir bankrap,Idris Jala yang mencetuskan.Mereka yang duduk dalam sistem pendidikan tahu sememangnya tahu kerajaaan tiada duit.Terbaru keputusan pekerja/guru cemerlang sampai sekarang senyap sahaja.

Jadi kita kena bagi ubat untuk hilangkan selesema ahli UMNO ataupun kita kena fikirkan macamana mahu ubah orang Melayu supaya tidak dijangkiti virus selesema UMNO itu.

Jalan kita PRU 13,bermula sekarang kita mesti bekerja keras dan berdakwah.Kita kena ke hadapan ,PAS perlu mendepani nasib ummah.PAS perlu mengganti UMNO sebagai alternatif kerajaan baru.Busuk UMNO semakin ketara,sehingga sekarang tiada doktor yang dapat merawat UMNO.

Dengan itu kita perlu matikan UMNO pada PRU 13 dan kebumikan ,sebelum masyarakat Islam dan rakyat Malaysia terus menerima natijah pemerintahan UMNO.

Khutbah Jumaat -Buat Zambry Panas Punggung

Khutbah Jumaat kelmarin amat menarik.Tok Khatib menyentuh isu judi.Khutbah Jumaat itu senada dengan pendapat Islam dan sudah tentu senada dengan PAS.

Seorang teman yang juga Tok Khatib Masjid Daerah memberitahu ,D.O meminta beliau memberi teks khutbah itu.Kononnya beliau membaca teks tanpa kebenaran pejabat agama.Beliau menjelaskan kepada kita teks itu ,dari Pejabat Agama,mempunyai cop JAIP.

Teks ini menyentak Zambry Mahkamah sehingga meminta Jabatan Agama Islam Perak menghantar kepada beliau ,untuk Zambry kaji dan semak.Beliau menyangka JAIP tidak menyediakan teks itu.Setelah disemak Zambry dan Najmuddin Adun Batu Kurau ,baru mereka tahu Agensi Kerajaan BN sendiri yang menyediakannya.

Kini kita dikhabarkan Zambry mahu tahu siapa yang menulis teks itu,jika diketahui orangnya Zambry dikatakan akan menukar kakitangan itu ke jabatan lain.

Zambry panas punggung takut jawatan Menteri Besar Perak beralih tangan.MB yang paling cepat sokong Kabinet Senator ,Zambry Kadir!Zambry kini menunggu masa untuk jadi ADUN Pangkor sahaja!