Sunday, June 6, 2010

Seorang Tua Memberitahu Kita- Ini rupanya Vincent Tan

Kita hari ini mengikut DS Nizar dan YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin ke kenduri kahwin penduduk Bukit Gantang.

Dalam kesibukan DS Nizar bersalaman dengan orang ramai ,Nizar sempat memberitahu penduduk sikap kerajaan terhadap judi.

Lalu seorang penduduk memberitahu kita apa yang dia dapat melalui DS Nizar.Rupanya Vincent Tan sudah mengaut keuntungan lesen judi lebih 6 bilion.Kalau sekadar 525 juta derma kepada yayasan keluarga Better Malaysia Foundation bukannya Vincent boleh rugi atau papa kedana.

Beliau tercengang apabila Vincent Tan ada saham menjatuhkan kerajaan Perak.Di samping itu dia mendengar DS Nizar menyatakan kerajaan bukan tak tahu,jika dibuat tender terbuka lesen judi bola kerajaan BN ini kerajaan boleh kaut bilion juta ringgit,tetapi jasa Vincent Tan perlu dihargai.Bagi Nizar ,cukai udi bukan banyak kerana kita punya hasil mashul negeri banyak.Tetapi kerajaan UMNO ini diketuai cucu kepada pengasas Genting Highland,sudah tentu terikut jejak datuk ,minat dengan judi.

Penduduk itu terkejut lagi apabila DS Nizar memberitahu Pangkor Laut,satu pulau kepunyaan Vincent Tan.Nizar bagi tahu kepada penduduk itu,"saya tak serah satu inci atau jual kepada Cina".Tapi UMNO sudah jual banyak tempat kepada orang asing.

No comments:

Post a Comment