Sunday, August 23, 2009

Persamaan Osman Jailu dan Mohd Radzhi Salleh dua-dua PKR

Kita tahu perasaan pengundi Dun Lunas,Parlimen Padang Serai.10323 majoriti pengundi tidak akan merestui tindakan Mohd Radzhi. Tindakan Mohd menggores hati pengundi.Pengumuman disaat pengundi Permatang Pasir akan mengundi membuktikan terdapat komplot untuk menjatuhkan Kerajaan PR Kedah.

Jikalau Adun Behrang,Jamaludin dan Adun Changkat Jering Osman Jailu disiasat SPRM.Setelah disiasat dan didakwa mereka pun memberi seribu alasan untuk meninggalkan PR."Kami tidak sehaluan dengan PKR" kata mereka."Suara kami tidak didengar semasa mesyuarat exco"kata Osman Jailu.

Lalu apabila diugut untuk dibicarakan dan didakwa akan menerima hukuman penjara,masing-masing keluar PKR,jadi wakil Bebas.Mahkamah pula seakan sepi untuk membicarakan mereka."Mungkinkah selepas PRU 13? " dakwa Pak Jang pengundi tegar Dun Changkat Jering.

Melihat Osman Jailu,senarionya hampir sama dengan Adun Lunas,Mohd Radzhi antara exco yang didakwa membuat tuntutan berlebihan .Beliau dikatakan exco dalam perhatian SPRM.Untuk selamat beri sokongan terbuka kepada bapa 1 Malaysia.Jadi beliau setakat ini akan berasa selamat.

Osman Jailu ,exco pelancongan,anak syarikat pelancongan kepunyaan Kerajaan Perak,difahamkan dipengerusi isteri muda Osman Jailu.Nyaris-nyaris SPRM terlambat tahu,jikalau tahu,lagi cepat "jatuhnya" kerajaan Perak.

Untuk mencari isteri baru ,memburukkan isteri tua itulah Osman Jailu.Kenapa Jabatan Agama Perak tidak siasat?

Namun bagi DS Nizar,beliau tidak memburukkan Osman,Jamaluddin yang mempengaruhi Osman.Tetapi mereka kedua-duanya tiada prinsip.

Dahulu PRK Bukit Gantang DS Nizar,kami terima pesan Tok Guru .Sekarang Permatang Pasir Pun Sama





Ditulis oleh Te@M.IT
SUNDAY, 23 AUGUST 2009

KOTA BHARU, 23 Ogos - "Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan," pesan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu teks pesanan beliau hari ini.

"Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno-BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang," katanya.

"Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadan itu pernah membawa kemenangan yang besar?

Selain itu, Mursyidul Am juga berkata bahawa kerusi yang telah dikuasai oleh Pakatan Rakyat ini perlu dikekalkan sambil cuba untuk mendapatkan kerusi tambahan daripada UMNO-BN sekiranya berlaku pilihanraya kecil.

Ini juga sebagai langkah untuk mengambil kemudi di Putrajaya tidak lama lagi dan seterusnya Malaysia akan mengalami proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar.

Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyatakan keyakinannya bahawa kemenangan akan memihak kepada calon PAS dalam pilihan raya kecil N11 ini.


MB Kedah Nanti Keputusan Pimpinan PKR sebelum tentu Adun Lunas


BUKIT MERTAJAM, 23 Ogos-- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata status Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas, Mohd Radzhi Salleh sebagai Anggota Exco Kerajaan Negeri akan ditentukan oleh pucuk pimpinan PKR setelah beliau mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.

Katanya, sebagai Menteri Besar, beliau berhak menggantikan mana-mana Anggota Exco Kerajaan Negeri yang tidak lagi mewakili parti-parti pakatan pembangkang setelah memaklum dan diperkenankan oleh Sultan Kedah kelak.

"Saya masih menunggu surat rasmi dari PKR mengenai kedudukan Radzhi dan jika pucuk pimpinan parti itu minta saya gantikan orang lain (Anggota Dewan Undangan Negeri dari PKR) maka saya akan ganti dengan orang lain,".

"Setakat ini saya cuma mendengar berita mengenai tindakan Radzhi yang keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas tetapi saya belum dimaklumkan oleh beliau sendiri," katanya kepada Bernama di sini pada Ahad.

Datuk Seri Azizan berkata, beliau tidak mahu mengulas mengenai tindakan Mohd Radzhi kerana ia adalah urusan dalaman PKR.

Mohd Radzhi hari ini mengumumkan keputusan keluar parti hari ini untuk menjadi wakil rakyat bebas.

Bagaimanapun, beliau tidak melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri.

Beliau mendakwa sebanyak 200 anggota PKR Padang Serai turut keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinannya setelah perjuangan parti itu kini tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya.

Kedah mempunyai mempunyai lima ADUN dari PKR dan tiga daripadanya termasuk Mohd Radzhi dilantik sebagai Anggota Exco Kerajaan Negeri.

PAS mempunyai 16 ADUN dan tujuh daripadanya dilantik sebagai Anggota Exco Kerajaan negeri. BN pula mempunyai 14 ADUN manakala DAP hanya mempunyai seorang ADUN.

-- BERNAMA

Saturday, August 22, 2009

YB Lunas jangan jadi YB Osman Jailu-Pengkhianat Rakyat

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah kawasan Lunas Mohd Radzhi Salleh yang juga Anggota Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia, hari ini keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mengisytiharkan dirinya wakil bebas kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR.(bernama)

Beliau berkata, pelantikannya memegang portfolio itu dibuat oleh Sultan Kedah dan bukannya oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Bagaimanapun katanya, jika Sultan Kedah menitahkan beliau untuk melepaskan jawatan itu, beliau akan patuh untuk berbuat demikian.(mstar)

.Sewajarnya beliau menyertai PAS dan tidak perlu jadi wakil bebas.Hilang kepercayaan kepada pimpinan PKR, namun diharap beliau tidak seperti Osman Jailu kini dihina.Apabila balik pun terpaksa memakai cermin mata gelap,takut bertentang mata sama pengundi.

Jikalau sayang dengan kuasa rakyat,harapan kita YB Mohd Radzhi Salleh tidak akan menjadi Adun BN.

MENJAWAB ISU-ISU UMNO DI PRK PERMATANG PASIR

Apa kata Ustaz Idris Hj Ahmad,Ketua Penerangan Pas Malaysia:

Tuduh Tuan Guru Nik Aziz kata Undi Pas masuk syurga
  • Tok Guru nafikan dalam sidang akhbar 18/8/2009 di Kota baharu
  • Tok Guru hendak saman surat khabar tersebut.
  • Kes YB Dato’ Haji Mahfuz yang menang saman fitnah terhadap Utusan Malaysia dan Berita Harian di Mahkamah Tinggi adalah buktinya. Berita Harian diarah bayar RM120.000 dan Utusan Malaysia kena bayar RM150.000.
  • Ini menunjukkan bahawa akhbar ini akan buat apa sahaja untuk fitnah terhadap Pas, kerana mereka tidak takut neraka dan dosa.

Pas dengan Umno sama sahaja

  • Jawabnya tak sama kedua-dua ini.
  • Macam ikan keli dengan semilang, nampak sama tapi tidak serupa. Keli-keli, semilang-semilanglah
  • Dasar Pas ialah Islam yang merangkumi perkara dunia dan akhirat
  • Islam yang diperjuangkan oleh Pas ada pahala dan neraka.
  • Umno tidak ambil kira soal ini.
  • Isteri pemimpin umno dan ahlinya kebanyakan tidak menutup aurat, sedangkan ini ayat yang qat’I yang diarahkan oleh Allah.

SIAPA MENANG PUN SAMA SAHAJA, KAMI TIDAK DAPAT APA-APA

  • Dakwaan ini tidak betul
  • Kita pilih pemimpin bukan untuk kira kepentingan peribadi kita sahaja.
  • Tetapi kena tengok secara menyeluruh apa yang rakyat dapat daripada sebuah kerjaan tersebut.
  • Pilihanraya bukan soal berapa panjang parit dan longkang dikorek, bukan berapa meter paip air yang disalur
  • Kerajaan PR ia memikirkan pembangunan dan kebajikan rakyat sepenuhnya. Contoh elaun guru KAFA dinaikkan, potongan air, perbelanjaan wang kerajaan secara berhemah. Mengarahkan semua exco naik kapal terbang kelas ekonomi, duduk di hotel biasa.
  • Dengan cara ini ia menjimatkan wang rakyat PP.
  • Bijaknya kerajaan PR memerintah sehingga berjaya mengatasi bajet Majlis Perbandaran Seberang Perai difisit sepanjang 8 tahun, mampu kembali untung sebanyak RM3juta pada ogos 2009.
  • Inilah erti memilih pemimpin yang mendatangkan manfaaat kepada keseluruhan penduduknya.
  • Jangan kita fikirkan pilihanraya berapa ringgit yang kita dapat, lepas pilihanraya nanti dia tindas rakyat dengan mengenakan cukai yang bermacam-macam. Inilah yang dilakukan oleh pemimpin umno
  • Sekarang kerana rakyat bagi kuasa kepada BN di Pusat selepas PRU 12, menyebabkan rakyat kena bayar kadar letrik yang mahal tidak lama lagi, menaikkan tambang bas 30%, insyuran kereta motor naik 100% . Misalnya dulu kita bayar RM100 sekarang sudah naik RM200.
  • Kalau pilih calon PAS maka ia menjadi penyambung kepada kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat. Maka banyaklah manfaat yang akan diperolehi oleh rakyat bukan untuk kroni wakil rakyat Pas

-Pas melukut di tepi gantang

  • Dulu kenapa Umno yang menjadi KM PP tidak ada pembelaan pada orang Melayu
  • Sekarang Pas diberi peranan dalam ahli Majlis Kerajaan Tempatan, syarikat GLC, JKKK, kalau zaman Umno dulu Pas tidak ada apa langsung
  • Pas diberi peranan untuk bebas mengajar dan berkhutbah di masjid.
  • Di kawasan ADUN Pas ada juga peruntukan diberikan. Di zaman Umno tidak ada peruntukan yang diberi kepada almarhum Haji Hamdan.
  • Walaupun tak jadi Exco tapi PAS bersama kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Pulau Pinang. PAS ada suara dalam kerajaan tempatan, dalam jawatankuasa ad-hoc, anak syarikat kerajaan negeri GLC dan JKKK.
  • PAS bersama kerajaan negeri, suara Pas membela kepentingan Islam/Melayu dihargai dalam kerajaan berbanding Umno sebagai pembangkang. Nampaknya yang melukut di tepi gantang di Pulau Pinang ialah Umno, bukan PAS.

Pas parti mengumpat?

  • Hukum mengumpat memang tidak boleh pada perkara yang menyalahi agama.
  • Imam al-Ghazali, Imam al-Nawawi mengatakan mengumpat diboleh kan dengan beberapa syarat;
  • Seorang isteri yang hendak mengadu kejahatan suami pada qhadi, perlu dedahkan kejahatan supaya qhadi dapat jatuh hukuman
  • perawi hadis yang tidak adil boleh diberitahu peribadinya yang buruk supaya orang tidak terima hadisnya
  • Pemimpin yang jahat, supaya orang tidak pilih dia menjadi pemimpin

Anwar Ibrahim Khianat Orang Melayu

  • Dakwaan ini tidak betul.
  • Ini ‘tuduhan politik’ kerana Anwar sekarang lawan Umno. Biasalah, waktu dalam Umno Anwar dijulang sebagai pembela Melayu, bila lawan Umno maka dilabel pengkhianat Melayu. Yang khianati Melayu sebenarnya Umno. Inilah buktinya
  • Anwar dan PR tidak memerintah Malaysia lagi. Macam mana tidak menikah sudah dapat anak.
  • Yang memerintah negara selama ini ialah Umno/BN bukan Pas atau PR
  • Pakatan Rakyat baru sahaja memerintah dalam masa lebih kurang 17 bulan baru (setahun setengah), macam mana sudah ada Melayu yang menjadi miskin.

PAS menang pun tak boleh buat apa

Kalau Umno menang di Permatang Pasir pun boleh buat apa? Kalau setakat nak jadi pembangkang dan berkokok dari luar, tak payah jadi ADUN pun boleh buat kerja itu. Umno/BN pula selalu pulau sidang DUN. Kalau tak mahu masuk dewan bersidang, lebih baik dari awal tak dipilih jadi ADUN.

Habis apa PAS boleh buat?

Berikut adalah perkara yang BERJAYA dilaksanakan; hasil desakan, bantahan, perbincangan yang dibuat oleh Allahyarham YB Hamdan sewaktu jadi ADUN tunggal PAS; semasa jadi pembangkang dan semasa kerajaan.

lPastikan tiada langsung premis judi beroperasi di kawasan N11 Permatang Pasir. Setiap permohonan judi ditentang habis-habisan - berjaya

lMemperjuangkan isu tanah milik Melayu Pulau Pinang, tanah wakaf dan tanah perkuburan Islam - sebahagian besar berjaya

lMendesak papan iklan arak dengan imej wanita menjolok mata diturunkan - berjaya

lMendesak mangsa Tsunami di Tanjung Tokong diberikan rumah (tuntutan berjaya masa Pakatan Rakyat berkuasa) - berjaya

lTindakan tegas terhadap 107 pusat hiburan yang melanggar syarat seperti tiada lessen, salahguna lessen, maksiat dan lain-lain – berjaya

lTindakan tegas terhadap 107 pusat hiburan yang melanggar syarat seperti tiada lessen, salahguna lesen, maksiat dan lain-lain - berjaya

lMinta Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menambah kakitangan dan perlatan setelah mendapati kapasiti tinggalan BN dulu terlalu lemah - berjaya

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dikuasai oleh Cina

  • Sebab tu kita kena perkuatkan suara Melayu dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dengan menangkan calon PAS. Kalau Umno menang dia tidak bersama kerajaan sebab dia pembangkang.
  • Ustaz Salleh boleh menjadi perantaraan dan menyuarakan masalah orang Melayu/Islam terus kepada kerajaan Pakatan Rakyat di pulau Pinang
  • Memang benar Ketua Menteri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Lim Guan Eng keturunan Cina. Masa BN dulu, adakaha ketua menterinya Koh Tsu Koon tu bangsa arab?

Pas Parti Pecah Belah Masyarakat

  • Umno sebenarnya yang memecah belah masyarakat
  • Umno tidak hormat demokrasi dan mewujudkan pecah belah di kalangan rakyat di Negara ini.
  • Contohnya Dato’ Noh Omar Menteri pertanian melarang pegawai Pertanian hadir mesyuarat anjuran kerajaan Pakatan Rakyat.
  • Satu ketika dahulu Zahid Hamidi ketika menjawat jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Star 21/1/2009), merangkap sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Perak telah memberi amaran semua ketua jabatan persekutuan yang berkhidmat di Perak dilarang menghadiri mensyuarat negeri . Kerajaan akan ambil tindakan jika siapa yang engkar.
  • Kerajaan Kelantan dibawah pimpinan Pas sudah lama didera dan diketepikan daripada menurut lunas demokrasi. Menteri Besar Kelantan sejak 1990 sehingga sekarang tidak pernah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri. Demikian juga dalam Lembaga Kelantan Selatan (Kesedar), walau pun dalam Akta Kesedar peruntukan dua orang wakil kerajaan negeri mesti dilantik, tapi hanya dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja. Begitu juga dalam Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), dua orang wakil kerajaan negeri mesti menganggotai lembaga pengarah Kada, tapi tak pernah dilantik.

Apa bukti calon BN dipecat oleh Majlis Peguam.

  • Calon BN, Rohaizat Othman dipecat oleh Majlis Peguam pada 7 Mac 2008 dan dia kemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah juga menolak rayuannya pada 12 Ogos 2009.
  • Prosiding pemecatannya dibuat di bawah Seksyen 103D Akta Akta Profession Guaman 1976. Menurut Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan, kesalahan yang dilakukan Rohaizat adalah tanggungannya sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.
  • Kesalahan yang dilakukan calon BN itu melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah berjumlah berjumlah RM140,000 dan tidak ada akaun untuknya.
  • Kata Presiden Majlis Peguam, “Walaupun anda membayarnya, tetapi kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan kesalahan yang serius kerana ia melibatkan transaksi dengan wang pelanggan. Jika anda tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D sama seperti salah laku jenayah.”
  • Kenyataan akhbar Yusri Ishak pada 20hb Ogos 2009 yang menjawab tuduhan kononnya beliau sahaja terlibat, sedangkan Rohaizat tidak tahu menahu adalah satu pembohongan.
  • Sekarang Yusri sudah berani naik ke pentas Pas untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Rohaizad.
  • Kalau tidak betul dakwaaan Yusri, beliau boleh saman di mahkamah.

Khairi Tuduh Ada Pengundi Hantu

  • Macam mana kami hendak bawa pengundi hantu, SPR dibawah kawalan Umno.
  • Kalau umno bawa pengundi hantu ada munasabahnya.
  • Nampaknya khairi sudah resah, kerana orang muda tidak bersama dengan beliau. Orang tahu temberang beliau.
  • Samalah dengan pepatah Arab sebut ‘dia pukul aku, dia menangis, dia maki aku dia mengadu kepada orang bahawa si anu yang maki beliau.
  • Walaupun dia jadi ketua pemuda, tetapi beliau anak tembaga dalam umno, sebab itu beliau tidak dilantik menjadi menteri

Permatang Pasir Akan Jadi Anak Emas

  • Kalau Permatang Pasir anak emas, sebelas DUN Umno yang lain di Pulau Pinang anak apa pula. Adakah mereka itu anak buluh betong


PRK PERMATANG PASIR: SAH POLIS ALAT UMNO


Pada 20hb Ogos 2009, khamis malam Jumaat saya, Dato Haji Mahfuz, YB Azmin Ali dan Saudara Azmi Abdullah berceramah di UPU Sama Gagah dalam siri kempen pilihanraya kecil permatang Pasir. Saya sampai lebih kurang pukul 10.15 Malam bersama Awang Salahudin , selepas mesyuarat PRK di Markaz Besar. Sewaktu saya sampai saudara Azmi Abdullah sedang berceramah. Dalam masa yang sama pos Umno di sebelah jalan, jarak lebih kurang 50 kaki daripada tempat ceramah Pas. Pihak Umno menayang CD menggunakan LCD serta menggunakan speker yang begitu kuat sekali dan mengganggu ceramah Pas pada ketika itu.

Apabila Tuan Haji Mahfuz berceramah dia minta supaya pegawai polis yang bertugas memberhentikan tayangan LCD. Malangnya polis hampir 100 orang yang berada di tempat kejadian tidak berani bertindak untuk memberhentikan tanyangan LCD tersebut. Maknanya memang pihak polis membiarkan keadaan itu berterusan berlaku.

Sewaktu saya berceramah hampir hendak berlaku pergaduhan kerana penyokong PR sudah ada yang hilang sabar. Maknanya kalau berlaku kejadian yang tidak diingini maka pihak polis yang bertanggung jawab. Sah mereka datang bukan hendak jaga keamanan pilihanraya tetapi hendak jaga keselamatan umno. Saya yakin kalau perkara itu dilakukan oleh penyokong Pas/PR, sahlah ada pula yang masuk lokap dan ditembak oleh FRU atau ada yang patah tangan.

Tetapi oleh kerana dilakukan oleh parti rakan sejawat dengannya maka mereka menjadi bacul dan dayus. Mereka datang bertugas menggunakan wang rakyat dan wang saya sebagai pembayar cukai tetapi telah berkhidmat untuk umno

Inilah sejarah pilihanraya kecil, ceramah begitu sukar hendak diadakan. Cuba bayangkan pihak Pas kena isi 6 salinan borang (sebelumnya 8 salinan) dan peta tempat ceramah setiap kali hendak ceramah. Polis yang bertindak sebagai pegawai keselamatan umno tunggu dengan senarai nama yang ada di tangannya sahaja.

Kalau ada penceramah yang tidak ada dalam senarai akan diarahkan berhenti. Peliknya tempat umno mengadakan ceramah polis tidak ramai, seolah-olah yang jahatnya Pas/PR. Patutlah jenayah di Malaysia makin tinggi kerana polis menjaga umno bukan jaga keselamatan rakyat.

Kalau PR memerintah nanti kita pastikan semua polis yang menjadi tali barut umno kita hantar kursus supaya perbetul balik sikap mereka, supaya mereka faham mereka adalah orang yang menjaga ketenteraman awam bukan ketenteraman umno. Apa yang terjadi semalam menambah kebencian rakyat kepada polis di negara ini. Kita kasihan kepada polis yang professional, kita benci kepada polis yang menjadi tali barut umno.

Ustaz Idris Hj Ahmad,Ketua Penerangan PAS Malaysia.

DS NIZAR;Tarik balik kemudahan Speaker BN Ganesan

DS Nizar menggesa segala kemudahan yang didapati Peguam Ganesan ditarik balik.Ganesan masih bertugas sebagai peguam sehingga 11 Ogos.Ini berdasarkan surat yang diberi Majlis Peguam Malaysia kepada peguam Tuan Speaker Sivakumar,Chan Kok Keong pada 11 Ogos Ganesan masih aktif sebagai peguam.

DS Nizar menyatakan ,surat yang dihantar MPM menerangkan syarikat guaman Ganesan di 8 A,Medan Istana 1,Wisma NUPW,Bandar Ipoh Raya 30000 Perak juga masih aktif.

DS Nizar menerangkan Ganesan telah melanggar undang-undang tubuh negeri dan telah menghina perlembagaan negeri.Menurut Undang-undang Tubuh Negeri di bawah artikel XXXVIA(5) sesiapa yang dilantik sebagai speaker,statusnya dalam organisasi,perniagaan dan sebagainya akan gugur setelah tiga bulan dari tarikh perlantikannya.

Peguam YB V.Sivakumar,Chan Kok Keong akan menulis surat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri ,meminta penjelasan.DS Nizar menegaskan jikalau masih tidak berkesan PR mungkin akan mengambil langkah lanjut memohon injuksi daripada Mahkamah supaya tugasan Ganesan dihentikan serta-merta sementara isu itu diselesaikan.

Tugasan Peguam Ganesan sepatutnya berakhir pada 7 Ogos 2009.