Wednesday, August 4, 2010

Saman ekor:Khairy Bela Golongan Pemodal

Ketua Pemuda Umno Si Khairy kelmarin menggesa kerajaan menghapuskan terus saman ekor kerana ia dilihat sebagai satu hukuman yang tidak adil dan membebankan pengusaha pengangkutan awam di negara ini.


Kita bersetuju dengan Khairy jika semua pemegang saman ekor juga dilupuskan notis itu.Khairy sepatutnya tidak memilih dalam mengeluarkan kenyataan.

Khairy Jamaluddin menjelaskan kepada pemberita , konsep saman ekor yang dilaksanakan adalah bertentangan dengan konsep keadilan sosial kerana denda tersebut perlu dibayar oleh pengusaha syarikat pengangkutan awam dan bukannya oleh pemandu yang melakukan kesalahan tersebut.

"Saya melihat saman ekor ini bukan sahaja membebankan pemilik kenderaan malah pengusaha-pengusaha pengangkutan awam di negara ini."ujar Khairy Jamaluddin.


Aduhai ,Khairy nampak saman ekor ini zalim setelah menerima aduan pengusaha bas!.Sepatutnya Khairy berhujahlah dalam Majlis Tertinggi UMNO,minta Jemaah Menteri mansuhkan saman ekor itu .


Khairy agak lambat betindak,namun begitu tahniah kerana berani bersuara .Suaranya pun pula seolah-olah membela golongan pemodal bukannya golongan rakyat marhaen.


Nizar:Bulan Ramadhan Memenuhi Permintaan Penduduk

Bulan Ramadhan semakin hampir.Bagi kita di Pusat Khidmat menyusun jadual DS Nizar yang boleh memenuhi harapan rakyat amat rumit.

Nizar pimpinan nasional dan antarabangsa.Beliau perlu bertemu banyak orang selaku Pengerusi Pakatan Rakyat dan AJK Pas Malaysia.

Jadi kita di Bukit Gantang amat beruntung kerana DS Nizar Ahli Parlimen kita.Justeru itu kita yang membantu Sekretariat Parlimen menyusun jadual DS Nizar memahami pengaruh DS Nizar ke atas rakyat.

Penduduk kampung ingin DS Nizar memenuhi jadual atau program mereka mengikut kehendak masyarakat mereka.Izin Allah Nizar akan memenuhinya.Bagi pimpinan kampung yang faham jadual aktiviti Nizar tidak berapa kisah dengan tarikh yang diberi.Tetapi terdapat segelintir pimpinan yang ingin DS Nizar mengikut tarikh mereka.Kadang-kadang program tangguh kerana DS Nizar memenuhi program parti dan PR.Kebanyakannya tidak mahu diganti.

"Kami mahu DS Nizar"kata penduduk."Kami ikut masa DS Nizar"minta mereka. Kita pula akan menyusun program semula untuk memenuhi aktiviti masyarakat setempat.

Bulan Ramadhan datang lagi,kita mula menyusun jadual DS Nizar bertemu masyarakat.Jadual DS Nizar pada 15 Ogos ini atau mungkin 5 Ramadhan ini.

Jadual padat dari Solat Zohor sehinggalah Tazkirah selepas Solat Taraweh.Jadual akan datang kita sedang berusaha membuatnya .Pihak penduduk hanya boleh memilih satu program dan masa yang berbeza.Jika mereka bersetuju,kita sedaya upaya cuba"set" jadual DS Nizar.

Namun begitu untuk memuaskan semua pihak amat payah.Silap maklumat dan penerangan kita pula dituduh pilih kasih.

Kita mengharapkan penduduk Parlimen Bukit Gantang bersabar untuk bersama DS Nizar.Mereka juga punya pilihan untuk bersama YDP Pas Ustaz Nordin Jaafar.Tetapi bersediakah mereka?

Tuesday, August 3, 2010

Cikgu Sudah Tua UMNO Lagi Tua

Kita bertemu sekumpulan pelajar tingkatan lima.Mereka meminta kita meneka nama mereka.Malangnya seorang pun yang kita teka betul.

Mereka secara serentak berkata."Cikgu sudah tua".Bayangkan kita baru mengajar sekolah ini 17 tahun.Terdapat guru lain baru mengajar sekolah ini baru 25 tahun hingga 30 tahun.

Pelajar-pelajar lama yang meninggalkan sekolah sudah terlalu banyak.Banyak yang menjawat pekerjaan baik-baik belaka.Ada juga yang menjadi penduduk setia Taiping.

Dalam kita berborak-borak itu kita pun berkata.UMNO dan BN lagi tua.UMNO sudah semakin nazak.Apabila dia kelihatan nazak dan dia pula sedar.Dia akan mewasiat harta kekayaan.Yang dapat harta sudah tentu kroni dia.Jadi kita melihat harta negeri Perak pun sudah mula diwasiatkan kepada kaum kerabat.Contoh terbaru RM 80 juta diluluskan untuk pembangunan Perak ,tetapi bajet itu sudah tentu untuk syarikat mereka.

Mereka tidak yakin PRU 13,Perak milik UMNO.Pimpinan mereka tau,SB mereka tau yang UMNO pada PRU 13 sudah mempunyai batu nesan.Lantas kekayaan negeri perlu difaraid sebelum mereka nyanyuk dan meninggal dunia.

Banyak Yang Bertanya Tentang Nizar Kena Gantung

Banyak sangat yang bertanya kisah DS Nizar disidang DUN Perak kelmarin 3 Ogos.Kita memberitahu sekadar apa yang kita tahu.

Namun begitu untuk penduduk Bukit Gantang mendengar sendiri kisah Sidang Zaman Kuno itu kita boleh mendengar ceramah DS Nizar pada 9 Ogos ini ,Isnin minggu depan.

Ceramah itu berlangsung di Kampung Changkat Ibol,DUN Kuala Sapetang.Harapan kita penduduk dan pengundi Bukit Gantang boleh datang berama-ramai untuk mendengar penerangan DS Nizar.Bukan sekadar penjelasan Nizar yang perlu kita dengar .Dengan penjelasan Nizar itu membangkitkan semangat kita untuk terus bekerja menghidupkan Unit Peti Undi.

Bersabarlah DS Nizar jika mereka berlaku adil lambat pula ke Putrajaya.

DS Nizar tidak diberi ruang yang secukup untuk berbahas.Sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat Perak ,Tuan Pengerusi Ganesan tidak membenarkan DS Nizar berucap sebagaimana Tajol Rosli boleh berucap lebih dua jam sewaktu menjadi Ketua Pembangkang.

Nizar digantung untuk menghadiri sidang DUN Perak selama sehari.Sidang DUN Perak yang sebenar berapa hari pun wakil rakyat Rakyat tidak tahu.

Gambaran kejelekan perangai Tuan Pengerusi Mesyuarat akan diketahui pengundi lambat-launnya.Pencabulan Demokrasi oleh BN akan membuka mata rakyat Malaysia keseluruhannya.

Jika mereka berlaku adil pada persidangan kali ini,ini melambatkan lagi untuk Pakatan Rakyat memegang Putrajaya.

Kezaliman berterusan Zambry Kadir ,menambahkan 'getik' rakyat dan meluat rakyat dengan Zambry Kadir dan UMNO.

Semua ini memberi rangsangan petugas parti untuk terus bekerja menyantuni rakyat dan membalun UMNO yang tidak berhati perut itu.

Monday, August 2, 2010

Pegawai Kerajaan Taiping Tidak Iktiraf DS Nizar Sebagai Ahli Parlimen

Kita diberi maklumat terdapat segelintir pegawai kerajaan di Larut Matang Selama tidak mengiktiraf DS Nizar sebagai Ahli Parlimen.

Satu kes yang dikhabar kepada kita terdapat seorang Pegawai Kerajaan di sebuah jabatan tidak mahu menerima surat daripada DS Nizar,Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Seorang penduduk memberitahu permohonan beliau untuk mendapat jalan tar untuk masuk ke rumah beliau seperti penduduk lain tidak dilayan.

Jadi apabila beliau ingin melaporkan kepada SPRM,barulah mereka mula berasa ngelabah.Pegawai itu pula meminta individu yang berkenaan menulis surat itu sendiri,bukannya Ahli Parlimen.

Bagi pegawai itu ,tidak perlu melalui Ahli Parlimen,dan pegawai itu kelihatan seperti seorang ahli UMNO yang bekerja untuk mendapat komisen?

Saman Ekor: Satu Kajian Kes Bercanggah Artikel 13.

Dalam satu keputusan mahkamah di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang –vs- Director Of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang secara jelas menyatakan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor.


Justeru itu tindakan menyenaraihitamkan kenderaan atas sebab saman ekor adalah bertentangan dengan seksyen 17 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan merupakan satu perlanggaran kepada Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan.


"Dengan keputusan mahkamah itu , kenapakah pihak kerajaan dan JPJ masih melakukan perkara ini? Tegas YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar.


"Apakah JPJ lebih suka setiap penerima notis saman membawa ke mahkamah dan mendapat gantirugi atas kegagalan mereka untuk menghidupkan cukai jalan"ujar seorang Pak Cik yang menerima saman ekor.