Thursday, August 11, 2011

Biometrik Ancaman Kepada Keselamatan Negara

BIOMETRIK



ANCAMAN KEPADA KESELAMATAN NEGARA



Apakah maksud Biometrik?



Dengan merujuk penggunaan kad pengenalan, biometric bermaksud pengesahan pengenalan identiti, menggunakan cap jari untuk mengesahkan pemilik kad pengenalan.



Bilakah Biometrik digunakan?





Biometrik digunakan semasa membuat kad pengenalan atau transaksi di bank.





Mengapa isu Biometrik ..timbul?



Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bercadang menggunakannya pada pilihanraya umum (PRU) yang akan datang. Penggunaan dakwat kekal dibatalkan pada saat akhir PRU ke 12 yang lalu walaupun Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membelanjakansebanyak RM3 juta.





Adakah Biometrik boleh dipercayai?





Tidak. Kes Mismah mendedahkan kelemahan system Biometrik. Mengikut rekod Jabatan Penda..aran Negara (JPN), Mismah seorang Penduduk Tetap (PR) tetapi mempunyai rekod sebagai pengundi dalam system SPR (PR ..dak layak mengundi). Apabila rekod Mismah disemak semula pada petangnya, status Mismah bertukar menjadi penduduk warganegara Malaysia. Hal ini merupakan salah satu daripada ribuan kes yang sama.





Adakah Biometrik boleh mengancam keselamatan Negara?





Ya. JPN telah melanggar undang-undang Malaysia iaitu Artikel 19 yang membenarkan permohonan PR menjadi penduduk Malaysia hanya selepas 12 tahun. Mismah bertukar status daripada PR kepada penduduk Malaysia dalam tempoh 6 jam sahaja. SPR juga telah melanggar undang-undang dengan membenarkan PR menjadi pengundi.





Apakah kesan Biometrik kepada keselamatan Negara?





Warga Negara asing sewenang-wenangnya boleh menjadi warganegara Malaysia. Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Somalia semuanya berpeluang menjadi warganegara. Mereka kebanyakannya ..tidak berpelajaran dan membawa pelbagai masalah sosial.





Jika mereka miskin, Kerajaan wajib membantu. Akhirnya kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan.





Kerajaan BN telah melanggar undang-undang untuk menang dalam PRU akan datang. Apabila Kerajaan BN sendiri melanggar undang-undang, bolehkah kita terus mengundi BN?





“Jika anda sayangkan Negara, sila sebarkan kepada 10 yang lain. Jika tidak, musibah menanti generasi akan datang ...”





SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN dan SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI serta Merdekakan Diri Kita daripada pengundi hantu!



No comments:

Post a Comment