Tuesday, August 23, 2011

Ustaz Azli Musa kasi lawan sama Fauzi Muda,dia bikin malu sama PAS.

IPOH 23 Ogos - Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak, Fauzi Muda hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa dan peguamnya cuba merasuah beliau sebanyak RM50,000.



Dalam laporan tersebut, Fauzi mendakwa pada 10.30 malam kelmarin, dua lelaki yang memperkenalkan diri sebagai wakil firma guaman Zainul Rijal Talha & Amir datang ke rumahnya kerana mahu berbincang tentang notis saman fitnah terhadapnya yang dihantar semalam.



Katanya, dalam perbincangan itu, beliau ditawarkan RM50,000 dengan syarat bersedia melakukan beberapa perkara termasuk meminta maaf secara terbuka kepada Nor Azli dan menyokong kenyataannya terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.



"Selain itu, saya diminta menarik balik segala tuduhan dan dakwaan dalam isu jutawan segera melibatkan pemimpin pembangkang termasuk Nor Azli yang dilaporkan kepada SPRM.



"Saya juga diminta mengaku bahawa segala tindakan itu adalah atas bayaran atau agenda UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya di pekarangan pejabat SPRM Perak di sini, hari ini.



Mengenai tuntutan saman oleh Nor Azli, Fauzi menegaskan bahawa beliau tidak akan memohon maaf kepada bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak itu dalam tempoh seminggu seperti dituntut.



"Yang kedua, tiada sebab untuk saya bayar RM250,000 kepada mereka dan ketiga, saya mohon dengan segala hormat kepada Nor Azli supaya segera kemukakan saman supaya saya boleh membuat banyak lagi pendedahan di mahkamah," katanya.



Fauzi yang merupakan bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak turut mencabar Nor Azli menafikan secara terbuka bahawa beliau bukan salah seorang 'jutawan segera' dan mengisytiharkan asetnya semasa dan selepas 11 bulan pemerintahan pembangkang di Perak.



"Saya sudah serah kepada SPRM senarai individu yang disyaki memiliki kemewahan segera semasa pemerintahan pakatan pembangkang. Nor Azli pun sudah tahu dia salah seorang daripadanya," katanya.



Beliau turut sedih kerana terpaksa berhadapan tindakan saman daripada individu yang mengaibkan Harussani.



"Sepatutnya Nor Azli layak disaman oleh Mufti Perak kerana menggelar Harussani dengan panggilan 'Syaitan bercakap' dan 'Haramsani'. Namun, saya terima hakikat ini kerana ia untuk kebenaran dan maruah seorang yang patut kita hormati," katanya.



Fauzi disaman fitnah kerana kenyataannya semasa membela Harussani di Utusan Malaysia pada 7 Jun lalu apabila mendakwa Nor Azli antara lapan pemimpin pembangkang yang menjadi 'jutawan segera' semasa tempoh 11 bulan pemerintahan pembangkang di Perak sehingga mampu membeli rumah berharga RM500,000.



Pandang sisi:Ustaz Azli Musa kena lawan cepat Fauzi Muda ini. Dia sudah bikin kacau.Bersihkan nama baik.Berani kerana benar.Mereka sengaja cipta isu,untuk menganggu jentera parti di Parlimen Bukit Gantang."Lawan tetap lawan'.***makan kawan****

2 comments:

  1. fauzi muda adalah saorang yg desperate, ia mempunyai masaalah peribadi yang cukup merunsingkan. ia perlukan wang untuk survival. dulu dia kata najib nak bagi dia RM50 juta/RM5juta kalau dia keluar PKR, sekarang tetap miskin. penulis cadangkan pada Nur Azli Musa, jgn layan orang yg sudah meroyan dan hilang pedoman. kami kenal siapa itu fauzi muda. manusia yg tiada pendirian dan pedoman hidup.

    ReplyDelete
  2. ish3 dlm PAS pon ade org cenggini bayangkan berapa ramai dalam ameno


    http://harapan-terbaru.blogspot.com/2011/08/pelajar-gagal-dapat-biasiswa-saman.html

    ReplyDelete