Thursday, August 11, 2011

Keadilan untuk Solihin Che Kassim ,budak dibaling topi keledar oleh polis.

MOHD. NASHIR (kiri) mendengar penerangan daripada pegawainya ketika melawat Muhammad Solihin yang koma di HSB, Alor Setar semalam.









Masyarakat mengharapkan polis bersikap telus dan akauntabiliti.Tidak perlu untuk buat inkues atau suruhandiraja siasatan.Cukuplah kes Ahmad Sarbaini,cukuplah kes Teoh Beng Hock.Polis cekap,profesional dan bijak ,sudah pasti kaum keluarga berpuashati. Pihak polis tidak perlu melindungi sesiapa. Keadilan untuk rakyat dan keadilan untuk penguatkuasa.



Berita di bawah membuktikan polis bersedia untuk menyiasat.Selamat menyiasat dan kes tidak dibuang begitu sahaja.

ALOR SETAR – Polis telah memulakan siasatan berhubung dakwaan seorang remaja, Muhammad Solihin Che Kassim, 14, yang dikatakan koma selepas dibaling dengan topi keledar oleh dua anggota polis ketika melakukan rondaan di Kampung Felcra Lubuk Sireh, Chuping, Perlis Sabtu lalu.



Sehubungan itu, Pemangku Ketua Polis Perlis, Supritendan Mohd. Nashir Ya berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan melalui perbuatan yang merbahayakan nyawa manusia.



Katanya, siasatan dibuat selepas pihaknya menerima tiga laporan daripada pihak-pihak terlibat iaitu bapa mangsa, Che Kassim Darus, 41, satu daripada anggota polis yang dikatakan membaling topi keledar kepada mangsa dan satu lagi laporan daripada seorang polis trafik.



“Keterangan saksi-saksi sedang dikumpul sebelum membuat rumusan mengenai kes tersebut,” katanya ketika ditemui selepas melawat Muhammad Solihin di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini semalam.



Akhbar sebelum ini melaporkan Che Kassim mendakwa anaknya cedera parah di kepala akibat terkena topi keledar yang dibaling oleh anggota polis sewaktu menjalankan rondaan pukul 9.40 malam Sabtu lalu.

No comments:

Post a Comment