Tuesday, August 9, 2011

Kes murtad UMNO perlu dipersalahkan .

Kelmarin Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi dilapor mencadangkan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan bagi memastikan tiada usaha memurtadkan umat Islam berlaku di negara ini.





Dr Mohd Puad ,pemimpin UMNO yang berani menongkah arus.Tapi dia buta sejarah persidangan parlimen Malaysia..Menteri yang jaga agama pun diam membisu.Muhyiddin Yassin langsung tak dengar cerita.Najib Razak lagi takut untuk bersuara.





Padahal UMNOlah parti hipokrit ,apabila Presiden Pas ,Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang mengemukakan usul dan rang undang-undang persendirian untuk mencegah murtad, UMNO telah menolak.



Pada 25 Mac 1988, Tuan Guru telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak.



Selepas itu, pada 2 November 1999, Tuan Guru juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.



"Penolakan usul dan rang undang-undang persendirian mengenai murtad yang berlaku berkali-kali itu membuktikan Umno langsung tidak berminat untuk mencegah jenayah syariah paling serius itu.



Sementara itu dalam sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006, YB Salahuddin Ayob mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad.





Rang undang-undang itu bukan sahaja tidak dipedulikan oleh ahli-ahli Parlimen Umno malah ditolak mentah-mentah.***chill-lah****

No comments:

Post a Comment