Sunday, August 7, 2011

Tidak ada dalam perlembagaan:Mahkamah Persekutuan tolak saman Ketua Kampung Pakatan Rakyat Perak.

8 Ogos,Putrajaya- Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini menolak rayuan Reduan Azik,Ketua Kampung zaman Pakatan Rakyat Perak.Reduan Azik meminta Mahkamah mengisytiharkan pemecatan mereka sebagai Ketua Kampung oleh Kerajaan BN Zambry tidak sah dan batal.


Hujah yang diberi oleh Mahkamah Persekutuan ,jawatan Ketua Kampung tidak ada dalam perlembagaan Malaysia dan Perak. Mahkamah juga berhujah jawatan Ketua Kampung merupakan jawatan politik dan mereka boleh dipecat atau dibuang bila-bila masa.


Sehubungan dengan itu ,Ketua Kampung yang ada sekarang tidak mempunyai kuasa untuk mengesahkan sesuatu perkara.Mereka juga mempunyai risiko tinggi sewaktu menjalankan tugas.

Turut mendengar keputusan Mahkamah Persekutuan pagi tadi DS Nizar Jamaluddin.

No comments:

Post a Comment