Friday, March 30, 2012

SPR apa dah jadi.,,Nagandran A/L Muthu menjadi pengundi di Kampung Melayu

Nagandran A/L Muthu ,nombor kad pengenalan 731216086253 ,menjadi pengundi berdaftar di 059/14/09/001 Kampung Jelutong.,DUN Changkat Jering.Alamat pengundi India beragama Hindu ini didaftarkan di rumah Ustaz Abdul Kadir bin Saleh.
Ustaz Abdul Kadir Saleh menjadi pengundi berdaftar di 059/14/09/001 Kampong Jelutong dalam DUN Changkat Jering.

Pengundi bernama Nagandran A/L Muthu beralamat J 132,Kampung Jelutong ,tempat kediaman Ustaz Abdul Kadir bin Saleh.


Mungkinkah SPR sudah menjalankan taktik kotor di DUN Changkat Jering? Seorang penduduk India beragama Hindu didaftarkan sebagai pengundi di daerah mengundi,Kampung Jelutong dalam DUN Changkat Jering.Kampung ini majoritinya orang Melayu Islam.

Mungkinkah SPR bersama UMNO menggunakan taktik kotor lagi jijik ini untuk mengalahkan DS Nizar di Parlimen Bukit Gantang?

Menurut satu sumber,banyak pengundi tidak dikenali didaftarkan di DUN Changkat Jering yang mempunyai banyak lokaliti baru.

Setakat ini petugas Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang sedang mengesan dan mengaudit kes seperti kes Nagandran A/L Muthu ini.

Thursday, March 29, 2012

Nizar rakam ucapan takziah diatas kemangkatan Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah.

Dengan perasaan dukacita adalah dimaklumkan bahawa Yang Amat Mulia Raja Kechil Sulong Perak, Raja Dato Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah telah mangkat pada pukul 1.30 pagi tadi di kediamannya di Jalan Setia Bakti 5, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.


Jenazah almarhum telah dibawa ke Istana Iskandariah Kuala Kangsar jam 6.30 pagi tadi dan istiadat pemakaman selepas Asar di Makam Diraja Al- Ghufran, Bukit Chandan.


Yang Amat Mulia Raja Dato' Seri Ashman Shah telah diputerakan pada 28 Disember 1958 dan telah diisytiharkan sebagai Raja Kechil Bongsu Perak Darul Ridzuan pada 11 Mei 1987. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada University of Nottingham, England, dan Ijazah Sarjana Undang-Undang Cambridge University, Barrister-at-Law daripada Lincoln's Inn, London, serta Diploma Undang-Undang Perniagaan, University of London, England. Jawatan terakhir yang disandang beliau sebelum kemangkatan ialah Raja Kechil Sulong Perak dan menjadikan beliau Pewaris Keempat Takhta Kerajaan Perak ( Heir to the throne ).


DS Nizar merakam ucapan takziah diatas kemangkatan Raja Ashman Shah.Beliau mendoakan almarhum ditempatkan bersama orang beriman dan soleh.

Bekas Tentera"upahan" jaja 13 Mei.

Pada petang tadi berbual dengan teman guru.Beliau sibuk menceritakan aktiviti sebagai ahli radio amatur.

Di samping itu beliau membangkitkan kini terdapat sekumpulan bekas tentera yang pergi bertemu orang kampung menceritakan peristiwa 13 MEI.

Beliau mendakwa mereka bekerja dengan Kemas atau Jasa.Pergi ke kedai kopi,panggil budak-budak muda makan sama. Budak muda itu tidak perlu bayar.Sebaik budak-budak muda selesai melakukan aktiviti ,mereka dijamu.

Tugas bekas tentera"upahan" ini mengisahkan peristiwa 13 MEI,jahatnya DAP dan Melayu kehilangan kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah.

Menurut teman guru ,mereka ini terpaksa berbuat begitu,kerana anak masih kecil dan pencenpun tak cukup.Tugas mereka yang lain memburukkan DS Nizar dan PAS yang tidak buat apa-apa.

Rayuan Koperal Sirul Azhar Umar didengari pada 27 dan 28 Ogos.

KUALA LUMPUR: Tarikh pendengaran rayuan dua pegawai polis yang disabitkan kesalahan membunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu ditetapkan pada 27 dan 28 Ogos depan.


Kes berskala besar yang mendapat liputan antarabangsa ,diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada persidangan Dewan Rakyat sebentar tadi.


Sebelum ini kedua-dua perayu, Cif Insp Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar memfailkan petisyen rayuan mereka.


Cif Inspektor Azilah, 34, dan Koperal Sirul Azhar, 39, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April, 2009, setelah mendapati mereka bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja antara 9.45 malam 18 Oktober,2006, dan 9.45 malam hari berikutnya.


Sirul Azhar semasa sekolah menengah belajar di SMK Tengku Menteri,Changkat Jering.Ibu beliau tetap mempertahankan anak beliau Sirul Azhar tidak bersalah.

Wednesday, March 28, 2012

PTPTN tidak dilesenkan sebagai institusi kewangan.

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenaraihitamkan bukan sahaja tidak dibenarkan keluar negara bahkan mereka tidak boleh membuat sebarang pinjaman dengan mana-mana bank.



Seorang peguam, Abdul Malik Abdul Hakim berkata, peminjam tidak boleh membuat pinjaman peribadi, kad kredit, rumah atau kenderaan sekiranya disenaraihitamkan.



"Tiga bulan tidak bayar hutang PTPTN, tiga bulan hutang tertunggak yang dianggarkan sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sudah di'blacklist' terus," katanya ketika mengunjungi Harakahdaily.



Malah beliau menyifatkan PTPTN lebih 'teruk' berbanding bank-bank yang ada di negara ini.



Malik berkata, PTPTN tidak dilesenkan sebagai sebuah institusi kewangan di bawah peruntukan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan, apatah lagi tidak dikawal selia atau di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia.


"Kalau kita disenaraihitamkan oleh bank kerana tidak membayar hutang baik rumah, atau kereta paling tidak mereka dakwa kita di mahkamah mengikut prosedur, dan kita masih boleh ke mana-mana hatta ke luar negara sekali pun," katanya.


Beliau yang mewakili Mandeep Singh, pelajar Unisel yang pertama menyaman PTPTN berkata, anak guamnya ditahan di LCCT pada 6 Julai tahun lalu meskipun telah menjelaskan jumlah hutang sebagaimana yang ditetapkan PTPTN sebelum itu.

Ekoran kejadian tersebut, perjalanan Mandeep ke China terpaksa ditangguhkan.


8 Jun 2011, Mandeep telah menjelaskan tunggakan sebanyak RM2,330.82 dan PTPTN telah mengesahkan pembayaran tunggakan itu, tetapi 6 Julai 2011 pelajar terbabit ditahan di LCCT oleh pegawai Imigresen kerana disenaraihitamkan dalam sistem komputer Jabatan Imigresen Malaysia.


"Di sini pihak PTPTN tidak mengeluarkan nama anak guam saya di dalam senarai hitam walaupun hutang tunggakan sudah dilangsaikan.


"Dan bagi anak guam saya, yang paling penting adalah soal keadilan kepada peminjam sepertinya yang baru merasai kehidupan selepas tamat pengajian," katanya.


Tambahnya, kira-kira 1.8 juta peminjam PTPTN dan mereka ini antara golongan muda yang berumur 20 hingga 35 tahun, akan merasai keperitan membayar balik hutang mereka.


Beliau juga mendapat maklumat sekurang-kurangnya purata sehari seramai 60 peminjam PTPTN ditahan Imigresen di lapangan terbang antarabangsa ketika mahu keluar negara.


Beliau mengingatkan mahasiswa supaya meneliti kandungan perjanjian dengan PTPTN atau serius mendapatkan nasihat peguam, sebelum perjanjian itu ditandatangani.


Sebelum wujudnya PTPTN, katanya, seseorang anak muda hanya mempunyai tiga sumber kewangan untuk membiayai pengajian ijazahnya, iaitu biasiswa sama ada dari kerajaan atau badan bebas yang lain, pinjaman daripada institusi kewangan seperti bank atau lazimnya ditanggung ibu bapa.


"Anak muda pada usia sebaik sahaja berjaya memasuki pusat pengajian tinggi mereka tidak mempunyai banyak pilihan pada ketika itu, kecuali untuk menerima pinjaman PTPTN, ditambah hanya tabung itu sahaja memberikan tawaran," katanya.

Cuepacs Mahu Suruhanjaya Khas Turut Semak Semula Gred Perkhidmatan Penjawat Awam

SHAH ALAM: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia supaya turut menyemak semula gred perkhidmatan awam di semua peringkat.


Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman pada Rabu berkata semakan itu perlu bagi memastikan penjawat awam yang berjumlah 1.4 juta di negara ini akan mendapat manfaat sewajarnya daripada perkhidmatan yang mereka sumbangkan.


Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya pada 8 Mac lepas dan semasa acara itu Najib turut mengumumkan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan pelaksanaan semula Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.


Sambil menyambut baik penubuhan suruhanjaya khas berkenaan, Omar berkata pihaknya telah mengemukakan kertas kerja kepada kerajaan menerusi jawatankuasa bertindak yang diwujudkan Cuepacs sebelum ini untuk dibawa serta dibincangkan di peringkat suruhanjaya khas berkenaan.


Omar berkata demikian kepada para pemberita selepas menghadiri program Rapat 1Malaysia bersama Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara (KKUUiTM) di sini.


Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan agar seluruh penjawat awam di negara ini supaya tidak bersikap selesa dengan corak kerja yang diamalkan sebelum ini.


Sebaliknya, katanya semua penjawat awam perlu melakukan transformasi daripada segi sikap serta cara mereka bekerja supaya terus relevan dengan perkembangan serta cabaran semasa.


Ini kerana penjawat awam merupakan satu elemen penting dalam negara ini yang menjadi tulang belakang dan tiang seri kepada kerajaan, katanya.


"Sekarang ini, sektor awam sentiasa diberikan perhatian oleh kerajaan dari segi penambahbaikan gaji, perkhidmatan yang kesemuanya telah ditepati perdana menteri.


"Justeru, jika penjawat awam masih mempunyai daya pemikiran lama dan tidak melakukan transformasi, mereka akan ketinggalan," kata Omar. - BERNAMA

Hutang negara RM456.1b, melonjak hampir 100%

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Ketika kerajaan menanggung beban hutang sebanyak RM456.1 bilion, kerajaan juga begitu bermurah hati melupuskan hutang Tan Sri Tajudin Ramli berjumlah RM589 juta.


Dengan beban hutang yang meningkat hampir 100 peratus itu juga, kerajaan tidak teragak-agak menambah beban dengan lebihan perbelanjaan sebanyak RM3.4 bilion ketika membatalkan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).


Begitu juga apabila kerajaan bertindak melepaskan Maju Holdings Sdn Bhd dengan keuntungan RM976.2 juta setelah menjual konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya kepada EP Manufacturing Berhad yang dilaporkan bernilai RM1.7 juta, sementara geran sebanyak RM976.2 juta tidak dituntut kembali Kementerian Kewangan.


Berdasarkan situasi-situasi tersebut, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad mempersoalkan apakah rakyat melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih layak dan mampu mengurus kewangan dan khazanah negara.


"Bagaimana Najib cuba meyakinkan rakyat yang membayar cukai tentang kebijaksanaannya menguruskan ekonomi negara, sedangkan beliau lebih dilihat mengutamakan kroni dan hanya membebankan rakyat?" soal beliau ketika sidang media, di lobi parlimen, hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas jawapan bagi soalan lisan beliau yang diberikan Kementerian Kewangan berhubung jumlah hutang Kerajaan Persekutuan.


Dzulkefly menambah, hutang kerajaan telah melonjak dari RM146 bilion pada 2002, RM242 bilion (2006), dan RM456.1 bilion pada penghujung 2011, yang dilihat melonjak hampir 100 peratus.


"Paling merunsingkan pelbagai pihak adalah perbelanjaan di luar peruntukan belanjawan atau off-balance sheet spending. Seandainya hutang ini gagal dibayar badan-badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan yang dijamin kerajaan pusat, maka semua ini akan menjadi hutang kerajaan pusat," tegas beliau lagi.


Ini kerana, katanya sejak tahun-tahun kebelakangan, kerajaan pusat menerbitkan pelbagai Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan (bon simpanan) dan Sekuriti Kerajaan.


Tambah Dzulkefly, pinjaman itulah yang dimaksudkan dengan pinjaman yang tidak termasuk dalam hutang hutang kerajaan RM456.1 bilion.


Terdahulu, Kementerian Kewangan mengatakan hutang kerajaan sebanyak RM456.1 bilion atau 53.5 peratus nisbah KDNK, dengan hutang dalam negeri berjumlah RM438 bilion, manakala baki RM18.1 juta merupakan hutang luar negeri.

Tuesday, March 27, 2012

Menteri Penerangan Putus Haid.

Sebentar tadi YB Salahudin Ayub menyindir menteri penerangan yang kering idea. Beliau secara sinis memberitahu pendengar ,Menteri Penerangan ,menteri yang sudah putus haid.

YB Salahuddin Ayub,menyindir siaran televisyen yang kerap menyiarkan filem tahayul.Semuanya untuk melalaikan orang Melayu.

Monday, March 26, 2012

Bogel lalu tunjuk anu depan gadis 17 tahun.

TELUK INTAN - Seorang lelaki hilang pertimbangan dan bertindak berbogel sambil menunjukkan kemaluannya ke arah seorang gadis berusia 17 tahun, di Jalan Pendamar, di sini.


Ketua Polis Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mangsa yang juga jiran lelaki itu dikatakan sedang mencuci pakaian di rumahnya kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.


Menurutnya, gara-gara terdengar bunyi seakan-akan kucing, mangsa bertindak mencari arah bunyi itu sebelum ternampak seorang lelaki berbogel sambil menunjukkan kemaluan ke arahnya.


“Terkejut dengan tinda­kan lelaki ini, mangsa bergegas masuk ke dalam rumahnya sebelum membuat laporan polis bagi memaklumkan kejadian tersebut.


“Sepasukan polis telah dikejarkan ke tempat kejadian dan pemeriksaan awal mendapati lelaki ini tiada di premisnya,” katanya kepada pemberita, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, di sini, semalam.


Kok Liang berkata, ketika kejadian, suspek dikatakan turut mengambil minuman beralkohol dan kelakuan tidak bermoral berkenaan berkemungkinan di bawah pengaruh alkohol.


“Kami sedang mengesan lelaki ini bagi membantu siasatan.


“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukum penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.


Tambahnya, sebelum ini, lelaki berkenaan dilaporkan pernah melakukan aksi lucah melampau kepada beberapa orang jirannya.sumber


Jawatan kosong untuk rakyat Perak,imam sahaja 10 jawatan kosong.


Jawatan Imam atau Pembantu Hal Ehwal Islam mempunyai 10 jawatan kosong,berpencen.Dengan jawatan penghulu 25 kekosongan. Sementara itu Pembantu Tadbir mempunyai 54 jawatan kosong.

Terdapat 13 bidang pekerjaan yang ditawar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,Perak.Tarikh tutup permohonan pada 9 April. Keterangan lanjut boleh layar portal http://www.perak.gov.my atau http://spaonline.perak.gov.my

Malam ini bersama DS Nizar di Bukit Gantang.

Dato Seri Nizar seusai sidang parlimen sebelah petang akan ke parlimen Bukit Gantang untuk berceramah bersama YB Salahuddin Ayub dan Ustaz Idris Ahmad.

Ceramah bertempat di Musalo Bt 8, Jln Changkat Jering- Trong.Ceramah bermula 9.30 malam.

Bukan jauh ,dekat sahaja.

Negaraku selamat::rumah penyanyi Mawi dipecah masuk.

Negara ini selamat ,tetapi rumah penyanyi Mawi dipecah masuk. Sekumpulan 4 orang perompak telah melarikan barang-barang bernilai RM10,000. Mawi,isteri dan ibu mertua selamat tidak mengalami kecederaan.

Mawi yang tinggal di kawasan yang dikatakan mempunyai kawalan keselamatan pun ,perompak boleh masuk.

Perompak dipercayaai warga asing.

Sunday, March 25, 2012

Bukit Gantang perlu dipertahankan-ceramah mempertahankan Bukit Gantang.

Pada 27 Mac ini,PAS Bukit Gantang akan mengadakan ceramah Mempertahankan Bukit Gantang.

Ceramah bermula pada 9.30 malam. Dengan penceramahnya, YB Salahudin Ayub,Ustaz Idris Ahmad dan YB DS Nizar,Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Ceramah perdana itu bertempat di Musalo Bt 8,Jalan Changkat Jering-Trong.



R&R Bukit Gantang ditutup sementara Rabu dan Khamis

KUALA LUMPUR - Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) akan menutup sementara Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Bukit Gantang di Lebuh Raya Utara-Selatan pada Rabu dan Khamis ini bagi kerja-kerja penyelenggaraan.


Menurut kenyataan PLUS di sini hari ini, hentian Bukit Gantang arah selatan akan ditutup pada Rabu manakala hentian Bukit Gantang arah utara ditutup pada Khamis. Kerja-kerja penyelenggaraan ialah dari 8 pagi hingga 5 petang.


Menurut kenyataan itu lagi kecuali stesen minyak ,semua kemudahan lain di hentian itu termasuk gerai makanan akan ditutup sepanjang waktu penyelenggaraan itu dan untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Plusline ditalian 1800-88-0000. - Bernama

Adun kaki kencing jangan dicalonkan.

PRU 13 semakin hampir.Kedudukan para calon juga sudah hampir dimuktamatkan. Apa yang penting calon atau adun yang telah menjadi "kaki kencing" jangan dipilih lagi.

Calon PR perlu calon yang bersih .Calon itu calon yang boleh diterima pengundi.

Pada zaman dunia tanpa sempadan ini,maklumat cepat dan pantas.Justeru itu ,calon yang dipilih mewakili PR perlu bersih dan tidak kaki kencing .

Dengan negeri Perak didakwa kepunyaan Pakatan Rakyat dalam PRU 13 ,kesilapan memilih calon,menyebabkan kita akan kempunan.Kesilapan meletakkan calon ,kita akan kehilangan kerusi.

Bagi PAS Perak ,biarlah bercita-cita untuk dapat 21 kerusi.InsyaAllah dengan kerja keras dan terus menyantuni rakyat,PAS Perak boleh menawan 21 kerusi yang ditandingi.

Najib auta,hutang Tajuddin Ramli lupus.!

Menurut Mat Sabu,Timbalan Presiden PAS,kroni Umno, Tan Sri Tajudin Ramli dapat RM589 juta sedangkan rakyat berpendapatan rendah sekadar mendapat RM500 sahaja.


Dalam pada itu pelupusan hutang Tajudin Ramli RM 589 juta ,bersamaan melupus hutang PTPTN seramai 19,633 orang mahasiswa
.


Pengurusuan Danaharta Nasional Bhd didakwa melupuskan hutang Tajudin sebanyak RM589 juta sebagai sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.


Seperti kata Mat Sabu,dengan segala riuh rendah yang tidak terkawal, rakyat berpendapatan rendah digula-gulakan dengan hanya RM500 sekali bagi sahaja.


"Pada masa yang sama, Tajudin boleh ketawa berdekah-dekah kerana sebesar RM589 juta diberikan percuma kepadanya," kata Mohamad Sabu


Tuan Haji Mohamad Sabu,menyifatkan kerajaan yang membelanjakan wang rakyat sesuka hati tanpa rasa bersalah adalah kerajaan yang sama sekali tidak bertanggung jawab.


Sementara itu antara auta DS Najib ,kepada kroni itu bagi RM250 juta, kepada kroni ini pula RM589 juta.


Inilah antara fakta dan auta DS Najib.Jelas DS Najib dalam berhujah banyak auta!!!!

Saturday, March 24, 2012

Anggota suruhan gaji ,kerajaan tak umum-umum lagi.

Cuepacs menggesa kerajaan mengemukakan senarai anggota yang akan menganggotai suruhanjaya khas bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam di negara ini.


Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, senarai tersebut diharap akan dikemukakan dalam masa terdekat dan selewat-lewatnya 31 Mac ini.


Perkara ini mula dipersoalkan anggota dari Cuepacs yang sehingga kini ternanti-nanti masa suruhanjaya berkenaan akan bersidang.


Cuepacs juga telah bersetuju untuk meletakkan sembilan pegawainya menganggotai suruhanjaya berkenaan yang mampu memberikan cadangan dan pendapat bagi penambahbaikan penjawat awam itu.


"Cuepacs harap penubuhan suruhanjaya ini dapat dilakukan segera dan esok akan diadakan mesyuarat penambahbaikan SSM ini dan jawatankuasa mesyuarat itu akan membuat laporan kepada pihak kerajaan selepas itu," katanya.


Omar berkata draf pekeliling mengenai SSM yang ditambah baik itu akan diteliti di peringkat akhir sebelum diserahkan kepada 1.4 juta penjawat awam seluruh negara secepat mungkin.


"Kita tidak mahu timbul lagi masalah seperti yang berlaku dalam SBPA sehingga ada penjawat awam yang tidak tahu menahu langsung dan ini yang akan kita pastikan tidak akan berlaku," katanya.

Hapus PTPTN dan hapus TOL ,Najib tak keruan!

Di bawah kata-kata Najib yang sudah tak keruan .Najib Razak cuba memperlekeh niat dan hajat Pakatan Rakyat untuk menolong dan menjaga kebajikan rakyat.


Najib guna pendapat seperti pendapat budak sekolah.Buat perbandingan ,jika Pakatan Rakyat buat dua perkara utama itu,negara akan bankrap seperti negara Greece.


Inilah kata-kata DS Najib Razak yang takut kehilangan kuasa.Yang takut DS Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.


"Cuba bayangkan kalau pembangkang memerintah, tol dia mahu hapuskan. Di sini ada Menteri Kerja Raya, bila saya jumpa dia minta kurangkan tol, dia cakap dia kena buat perkiraan yang tepat dan kalau mampu baru boleh dikurangkan.


"Tapi pembangkang kalau menang Putrajaya cakap semua tol dia mahu hapuskan.Boleh atau tidak boleh? -- tak boleh, tak masuk akal.


"Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga dia nak hapuskan serta merta. Saya tanya Menteri Pengajian Tinggi, dia cakap kalau hapuskan PTPTN, RM40 bilion akan hilang. Lepas itu kalau nak bagi pinjaman pada masa hadapan sudah dah tak boleh," katanya.


Ayuh anak muda kita menyokong Pakatan Rakyat yang akan menjaga kebajikan rakyat.Ayuh anak muda kita bersama Pakatan Rakyat mempunyai jiwa merdeka,yang tidak terikat dengan janji. Ayuh anak muda kita tolak Pakatan Rakyat jika pimpinan mereka pun macam UMNO sewaktu memerintah nanti.


Friday, March 23, 2012

Bakal calon BN keciwa,Muhyiddin Tak Datang Taiping.

Menurut satu khabar,calon-calon BN untuk kerusi DUN dan Parlimen ,Bukit Gantang,Taiping dan Larut keciwa amat sangat kerana Muhyiddin tak jadi datang Taiping.

Mereka sudah siap untuk menonjolkan diri. Yang datang Koh Tsu Koon dan Mohd Nor Yaacob. Bakal calon-calon BN itu kini terpaksa menunggu Najib dan Muhyiddin datang dilain kali.

Satu Taiping sudah tahu,sambutan untuk TS Muhyiddin lebih meriah berbanding DS Najib Razak .

Muhyiddin Yassin Datang Taiping,Padang Esplanade ....hilang seri.

Padang Esplanade,Taiping ,padang yang digunakan oleh penduduk bandar Taiping untuk besukan. Esok 24 Mac .TS Muhyiddin Yassin datang untuk merasmikan expo.

Padang ini.telah didirikan khemah besar ,yang didakwa penduduk berharga RM300.000.Khemah didirikan hanya untuk buat program,pra PRU untuk Muhyiddin Yassin datang rasmi expo.

Dulu Najib,datang ,datang untuk riadah. Tapi Muhyiddin Yassin datang mengubah lanskap bandar Taiping.Padang Esplanade,padang yang digunakan Persatuan Hoki Taiping untuk mengadakan latihan sukan hoki.

Kerosakan pasti akan berlaku,memakan masa untuk rumput pulih. Terdapat seorang peminat hoki menyindir, Malaysia gagal dalam hoki pra-olimpik ,Persatuan Hoki Taiping hilang sebuah padang penuh bersejarah.

Padang Esplanade hilang seri kerana Muhyiddin Yassin.

Thursday, March 22, 2012

Anak muridku dapat RM500.oo kena tendang!

Baru-baru ini ,anak murid penulis kena tendang dari Pasukan Bolasepak negeri Perlis.Semuanya gara-gara terima duit RM500.oo sebab atur perlawanan dengan Muar FC.

Penulis memberitahu sekolah kita sudah banyak terkenal.Anak murid mendakwa ,terpaksa terima duit itu kerana elaun tak cukup. Kemudian bayaran yang dibuat tertunggak selalu.

Jadi dia mendakwa ada kaki kasi,kita terima. Semua pemain dapat RM500.00.Tapi tak lama kemudian,kena tangkap.

Kes ini tak bawa ke mahkamah kerana tidak cukup bukti.Ayuh,tambi,lu bikin malu sama cikgu!

Polis jaga keselamatan rakyat bukan jaga UMNO-Mat Sabu

Pada 17 Mac lalu Hj Mohamad Sabu sepetang bersama penduduk Changkat Jering.Sambutan cukup menarik.Walaupun musim cuti kahwin ,orang Melayu tetap hadir untuk mendengar nasihat dan penerangan Abang Mat Sabu.

Dua perkara yang menarik ,bagi penulis yang perlu ditulis. Pertama Haji Mohamad Sabu meminta pihak polis menjaga keselamatan rakyat bukannya keselamatan parti UMNO.

Mengulas isu National Feddlot Corporation(NFC) ,Mohamad Sabu mendakwa Pengerusi NFC,suami Shahrizat,hanya doktor falsafah dalam bidang budu.Pengerusi NFC bukannya pakar dalam penternakan lembu.

Dalam pada itu Mat Sabu mendakwa, suami Shahrizat juga yang mengurus Taman Pertanian Bukit Cerakah di mana projek itu gagal.

Wednesday, March 21, 2012

Dato' itu ,Sub -Kontraktor UMNO

Kelmarin mendengar ceramah YB Khalid Samad di unit peti undi Air Kuning,Dun Changkat Jering.Apa yang menarik YB Khalid banyak menyentuh isu Hasan Ali.

YB Khalid Samad agak berbahasa.Beliau memanggil Hasan Ali ,dengan pangkat gelaran "Dato"

Menurut YB Ir Khalid Samad, Dato' Hasan Ali ,sub -kontraktor bagi UMNO.YB Khalid Samad pernah ditanya siapa layak menjadi MB Selangor.Beliau menjawab TS Khalid Ibrahim.Itulah yang menyebabkan Dato Hasan Ali marah.


Bagi Khalid Samad,Dato Hasan Ali sewaktu menjadi anggota exco,seringkali menimbulkan isu-isu kontoversi yang terpaksa ditangani kerajaan PR Selangor.

Dalam pada YB Khalid juga menerangkan Hasan Ali akan meletakkan calonnya di 8 kerusi DUN yang PAS bertanding di Selangor.Semuanya bertujuan untuk UMNO memegang kuasa.

Dakwa YB Khalid , Dato Hasan Ali bercita-cita menjadi Senator dan seterusnya jika berpeluang boleh menjadi Menteri.


Belum terlambat,,Khalid Samad jawab Hassan Ali.

Pada malam ini 21 Mac,Rabu ,YB Ir Khalid Samad,Ahli Parlimen Shah Alam akan berceramah di Taman Kuning Sari,Taiping dalam Dun Changkat Jering.


Beliau dijangka berceramah pada 9.30 malam. Turut sama untuk berceramah YDP Pas Bukit Gantang,Ustaz Nordin jaafar.


Semuanya akan terjawab malam ini. Pendedahan YB Khalid Samad ke atas tingkahlaku Dato Hasan Ali,selama ini.


Tuesday, March 20, 2012

Muhyiddin,kena tibai dengan YB Firdaus.

Sekarang sekolah penyayang.Sekarang para guru menyambut murid sehingga pintu masuk sekolah.Sekarang guru yang menyapa murid .Sekarang murid didahulukan,guru dikemudiankan.

Tapi apabila YB Firdaus Jaafar menyindir Muhyiddin Yassin,beliau buat pekak badak sahaja.

Terima kasih YB Ustaz Firdaus Jaafar ,membela nasib guru.Tapi jangan lupa dengan janji elaun pendidikan RM500.oo apabila Pakatan memerintah Putrajaya.



KUALA LUMPUR, 20 Mac:
Disiplin pelajar sekolah semakin merosot hari ini apabila para guru tidak berupaya membentuk disiplin mereka kerana dihadkan oleh Kementerian Pelajaran.


Ahli Parlimen PAS Ustaz Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) berkata, guru tidak mempunyai kuasa untuk mendenda atau menghukum pelajar walapun mereka melakukan kesalahan.


"Banyak perkara guru tidak boleh tunaikan atau denda pelajar hatta menyuruh mereka berdiri lama dalam bilik darjah, tarik rambut, tarik telinga, cubit, ketuk ketampi, jerkah atau jeling pun tidak boleh,"katanya dalam perbahasan menjunjung Titah Yang di-Pertuan Agong.


Katanya, peraturan melarang guru bertindak sedemikian ini dikemukakan oleh kementerian.


Sepatutnya, kata YB Firdaus, kementerian perlu mendapat pandangan daripada guru-guru bagaimana tindakan yang perlu dilakukan untuk mengawal disiplin pelajar.


"Apa pendekatan baru untuk mengawal disiplin pelajar? Bukannya terus mengeluarkan peraturan itu, akhirnya guru tidak mampu membentuk disiplin anak-anak," kata Firdaus Jaafar

Monday, March 19, 2012

'Saya ada tarikh PRU, tapi tak boleh dedah'-Najib

Apabila orang bertanya kepada penulis,bila pilihanraya.?Penulis menjawab,"saya bukan penilik dan bomoh!" .

Biarlah Najib atau Rosmah Mansor yang menjadi bomoh,yang menentukan tarikh pilihanraya.


"Saya pasti anda semua memahami kenapa saya tidak boleh memberitahu tarikh itu. Meskipun saya tahu, saya tidak boleh mendedahkan perkara itu,"kata DS najib.

Zaman UMNO memerintah selama 54 tahun ini,ramai betul tukang tilik dan bomoh yang dilahirkan.


Sunday, March 18, 2012

Teh Lenggong ,tinggal nama????

Kilang memproses serbuk Teh Lenggong yang ditinggalkan.Satu lagi projek kerajaan zaman BN.

Warga asing sedang memberi taklimat kepada Hj Razman Zakaria,YDP PAS Lenggong tentang spesis pokok yang ditanam di tapak ladang teh Lenggong yang dikatakan telah diharamkan di Australia.


Sudah lama tak dengar cerita teh Lenggong,dekat Grik,Perak.Dulu ada juga minum teh dari serbuk teh Lenggong yang diproses .Tapi tau-tau ...sudah tiada aroma lagi.


Menurut blog lenggongkite'13,sekitar tahun 80an Teh Lenggong amat terkenal di negeri Perak. Aroma dan citarasa teh lenggong ternyata berbeza dengan teh - teh yang lain. Ini adalah satu produk yang dapat dibanggakan oleh penduduk Lenggong dan kerana teh Lenggong juga Lenggong dikenali di merata tempat. Tanah milik PKNK dikatakan seluas 700 ekar dibangunkan serta memberi manfaat peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.


Kini dengar cerita ladangnya pun sudah ditukar dengan tanaman lain. Apa dah jadi ni UMNO Lenggong dan Ahli Parlimen Lenggong,takkkan duk diam je!(klik untuk keterangan lanjut)

DUN Changkat Jering ,kenapa lambat bagi keputusan.

Senarai calon PAS dan PKR hampir telah diselesaikan di peringkat pusat. Masalahnya kerusi DUN Changkat Jering ,pimpinan Pakatan Rakyat masih belum buat keputusan.


Bagi jentera PAS mereka terus bekerja di DUN Changkat Jering.Pas dikatakan sudah menamakan DS Nizar sebagai calon utama untuk kerusi Parlimen dan DUN Changkat Jering.


Selagi belum ada keputusan pimpinan utama PR ,Changkat Jering ,bagi PAS Bukit Gantang dengan izin Allah s.w.t tetap bertanding di sini.Bagi PAS Bukit Gantang kerusi ini mereka "wajib" bertanding,kerana berlakunya pengkhianatan dan jatuhnya sebuah kerajaan.PAS Bukit Gantang bukan tamak,sebab itu mereka pun tak bising di Dun Kuala sapetang.Mereka hanya mahu DUN Changkat Jering.


Unit Peti Undi Pas dalam DUN Changkat Jering telah bekerja dan akan terus bekerja mengikut arahan Jabatan Pilihanraya Kawasan.


Pimpinan PR ,mesti membuat keputusan segera,supaya momentum kerja jentera PAS dapat dimaksimumkan.

Saturday, March 17, 2012

Mat Sabu mana boleh bela lembu.

Kelmarin Timbalan Presiden Pas Hj Mohamad Sabu sepetang bersama penduduk Changkat Jering.Apa yang menarik Mat Sabu menyatakan beliau tidak boleh untuk membela lembu.Bagi Mat Sabu masa tidak ada. Setiap malam Mat Sabu mempunyai program.

Mat Sabu menyindir,sekarang orang nampak lembu,semuanya menyatakan Lembu Shahrizat.

Dalam mengulas isu suami Shahrizat,Mat Sabu mendakwa suami Shahrizat doktor dalam kajian membuat budu.Mat Sabu mendakwa suami Shhrizat bukan bidang dalam lembu.

Mat Sabu juga mendakwa suami Shahrizat sewaktu mengurus Taman Pertanian di Shah Alam juga
mengalami kerugian.

Mat Sabu sekali lagi mengingatkan Shahrizat,habis tempoh bukannya tak mahu jadi menteri.

Friday, March 16, 2012

Kes bunuh Nurul Aein ,16, disebut semula 30 Mei

Kes bunuh pelajar disebut semula










Situduh ,remaja yang disyaki jiran Allahyarhamah Nurul Aein di bawa ke Mahkamah Majistret.Dijangka Pendakwaraya akan membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi.


TAIPING – Remaja yang disyaki jiran Nurul Aein,Bt 9,Jalan Trong ,akan disebut kes semula 30 Mei ini.


Majistret Solehah Noratikah Ismail menetapkan tarikh itu sementara menunggu keizinan Timbalan Pendakwa raya untuk membawa kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi.


Pendakwaan kes dibuat Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Chan Yew Hiok.


Pada 25 Februari lalu, Nurul Aien Mohd Saimon, 16, ditemui maut akibat cedera di bahagian belakang kepala dipercayai dibunuh di bilik air rumahnya.


Tertuduh yang masih di bawah umur melakukan kesalahan membunuh antara jam tiga hingga empat petang di rumah mangsa.


Kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Thursday, March 15, 2012

TS Khalid Ibrahim,bukan Menteri Besar Selangor selepas PRU13.

Bagaimana TS Khalid Ibrahim boleh menjadi "pengundi hantu" di Lembah Pantai,boleh dipersoalkan. Mungkin kerja orang PKR tak mahu TS Khalid jadi Menteri Besar Selangor selepas PRU 13 ini.?Mungkin juga kerja musuh lawan PR yang takut dengan kredibiliti TS Khalid.

NONE
Jelas sekali TS Khalid tidak boleh bertanding sebagai ADUN di Selangor jika kad pengenalannya menunjukkan dia pemastautin di Kuala Lumpur.


Menurut peraturan SPR, calon yang bertanding kerusi DUN mesti menjadi penduduk negeri berkenaan.


Justeru itu ,jika ini berlaku beliau tidak boleh lagi menjadi menteri besar untuk penggal kedua.Bagaimana hendak menjadi MB ,sedangkan beliau tidak layak untuk bertanding dimana-mana DUN,kerana telah bermastautin di Lembah Pantai.

Wednesday, March 14, 2012

17 Mac dalam ingatan-DS Nizar jadi MB Perak.

IPOH: Pakatan Rakyat Perak akan mengadakan program sempena Ulangtahun ke-4 Pakatan Rakyat yang bermula di negeri itu.

Pengarah Program, Dr Khairuddin Abdul Malik berkata, program yang diberina nama '17 Mac dalam Ingtan' ini akan diadakan pada 16 hb ini diadakan sempena hari mengangkat sumpah Menteri Besar Perak yang ke-10 bersama barisan Exco pada 17 Mac 2008.

Menurutnya, program ini bertujuan untuk memperingati dan mengingatkan rakyat tentang detik hitam di Perak apabila kerajaan yang dipilih oleh rakyat telah dirampas dengan kejam pada 16 Februari selepas 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah.

“Program ini akan dibarisi oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dan tetamu jemputan termasuklah kartunis Zunar, aktivis serta blogger Hishamuddin Rais dan ramai lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Setiausaha Sekretiariat Pakatan Rakyat Perak berkata, program berbentuk santai dan tidak sarat dengan politik ini akan diadakan di Perkarangan Pejabat DAP Perak berdekatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

“Program ini akan bermula 8.00 malam dan turut dimeriahkan dengan persembaha koir, sajak, dan nyanyian dari kalangan pelbagai kaum,” ujarnya.

Justeru, katanya, Pakatan Rakyat Perak dengan rendah hati menjemput seluruh rakyat negeri Perak agar dapat turun berama-ramai bagi memeriahkan majlis ini seterusnya menaikkan semangat gelombang rakyat dalam menghadapi PRU13 nanti dalam misi mengambil kembali tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Perak yang dirampas oleh BN,” jelasnya

Shahrizat sudah expired,kita bersama Mat Sabu 17 Mac ini.

Pada 17 Mac,Sabtu ini penduduk Parlimen Bukit Gantang boleh bersama Mat Sabu ,Timbalan Presiden PAS.

Program bersama Hj Mohamad Sabu berlangsung di Dataran Kedai Ustaz Bunga,Pekan Changkat Jering. Abang Mat dijangka sampai pada pukul 3.30 petang dan akan bersembang bersama penduduk secara santai

Sehubungan dengan itu semua dijemput hadir. Jamuan disediakan. Percuma sahaja.

Harap-harap bukan bapa Dirang ,bunuh Dirang!

Milnah Jul, 52, memeluk bekas menantunya yang juga bapa kandung Nurul Nadirah ketika dibawa polis bagi pengecaman jenazah di rumah mayat di Hospital Sultan Aminah Johor Baharu, Johor, pada Rabu. Nurul Nadirah yang juga dikenali sebagai Dirang hilang pada 1 Mac lalu dan ditemui mati dibakar di sebuah tapak perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai pada 8 Mac lalu. -fotoBERNAMA


Marilah kita berdoa bukan bapa Dirang yang membunuh Dirang.Pembunuhan kanak-kanak seperti Dirang ini perlu dibendung.Moga-moga peristiwa pembunuhan anak kecil yang tiada dosa ini ,merupakan yang terakhir.Alfatihah....

Monday, March 12, 2012

Kemaskini:Ustaz Kazim Elias dapat projek tanur arang dekat Kuala Sapetang????

Penduduk sedang memberitahu sesuatu kepada Fadhil Idris,Pegawai Khas DS Nizar."Kami minta tanah lot untuk rumah,mereka kata,hutan simpan kekal""Rakyat minta tak bagi,kroni UMNO dapat"

Senarai pihak yang bakal dapat untung dari kemusnahan Hutan Bakau

"Lihat ini....." - Kata rakan penulis


Petang kelmarin ,sewaktu bersama teman-teman Pusat Khidmat AP Bukit Gantang melawat kesan banjir di Kuala Sapetang,penulis diberitahu satu cerita.

Penduduk yang ditemui mendakwa kroni UMNO dapat projek di Hutan Simpan Kekal Teluk Kertang(Kuala Sapetang).

"Cikgu, Ustaz Kazim pun dapat!" dakwa penduduk. "Sape bagi tau?" tanya penulis."Orang korporat"jawab penduduk.

Penduduk memberitahu mereka minta untuk lot tapak rumah.Pihak berwajib memberitahu itu "Hutan Simpan Kekal"

"Tau-tau,10 orang dapat buat dapur arang,dekat Hutan Simpan,tak pulak kata itu Hutan Simpan" kata seorang penduduk Kg Menteri. (lagi info klik)


Penulis akan mendapat maklumat lebih terperinci....bagi mereka yang ada maklumat,boleh email ke notintan@gmail.comLink

Betulkah Shahrizat pemimpin berjiwa besar!!

shahrizat mahkamahBetulkah Shahrizat pemimpin berjiwa besar,sanggup letak jawatan jadi menteri ,walaupun DS Najib belum buat keputusan untuk melantik beliau sebagai menteri.Tempoh tamat Shahrizat sebagai senator 8 April ini.

Projek NFC ,projek yang diluluskan di bawah DS Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri dan TS Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pertanian.

TS Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada Shahrizat kerana membuat keputusan berani yang hakikatnya sukar dilaksanakan oleh sesiapa jua yang berada dalam kedudukan beliau.

Sementara itu DS Najib menyatakan tepat.Cuma ke mana perginya RM250 juta dan hasilnya?

Setakat ini tidak terdapat Ahli Parlimen Wanita UMNO yang menyokong secara terbuka.

Pandai sungguh kerajaan BN. Pergi mahkamah,sewaktu sidang parlimen.Jadi tak boleh bahas,kalau bahas subjudis kepada mahkamah.


Kali ini kementerian terima banyak soalan. Soalan-soalan yang panas pun ada. Soalan-soalan berkaitan Fidlot.

"Tapi mungkin (saya) tidak perlu menjawab (di sini), (sebab) sudah ada kes. (Nanti) ia subjudis," kata Noh.

Malu,jika betul YB Kuala Sapetang ,edar risalah sewaktu banjir?

Pekan Simpang pada petang 9 mac 2012

Jenuh juga nak menepis,YB Kuala Sapetang jumpa mangsa banjir edar risalah.Pihak PAS terutamanya Unit Amal,Skuad Prihatin dan Pusat Khidmat membantu dan menyantuni mangsa banjir.Unit Amal terus membantu,walaupun terdapat kekangan peralatan .

"Cikgu,cikgu tau tak YB edar risalah harga barang naik?" terang seorang penduduk.Kita bertanya,bila? ."Unit Amal edar nasi bungkus,dia orang edar risalah"celah penduduk yang berkhidmat sebagai tentera. ."Kami edar nasi bungkus dan air,YB edar risalah harga barang naik"kata petugas Unit Amal.

Sunday, March 11, 2012

Semalaman bersama DS Nizar melihat kesan banjir.

10 Mac 2012 – Skuad Prihatin PAS Kawasan Bukit Gantang yang diketuai TYDP Ustaz Zulkifli Ahmad, bersama anggota Jabatan Unit Amal telah ke lokasi yang terjejas akibat dilanda banjir sejak semalam.Mereka meredah banjir dimalam hari bersama Dato Seri Nizar. Kejadian banjir ini berlaku selepas hujan lebat turun melebihi 5 jam disini.Pada Julai 2008 banjir teruk begini juga berlaku di kawasan tertentu Bukit Gantang.

PAS Bukit Gantang telah menyumbangkan tenaga kerja kebajikan bagi meringankan beban mangsa banjir disini dengan kerjasama Unit Amal PAS Bukit Gantang yang telah bertungkus lumus memberi bantuan tenaga,makanan,membersihkan rumah,menyelamat dan sebagainya kepada mangsa sejak bermula kejadian banjir disini. Rata-rata penduduk disini berasa bersyukur dan berterima kasih kepada Unit Amal PAS Bukit Gantang dengan bantuan iklas dari mereka.

Dalam lawatan YB Nizar di lokasi banjir ini didapati masih ada mangsa banjir yang tidak mahu pindah ke pusat pemidahan mangsa banjir yang disediakan,bagaimana pun masih terdapat 2 pusat pemindahan banjir yang masih beroperasi dan dihuni mangsa banjir . YB Nizar telah meredah air banjir di malam hari untuk melihat sendiri kejadian dan menyelami hati penduduk serta bertanya khabar kepada mangsa dilokasi disini.

Kejadian banjir kali ini dianggap paling buruk sejak 10 tahun menurut kata seorang penduduk disini. Mengikut maklumat dari penduduk lagi keadaan ini berlaku kerana benteng ( Ban ) Sungai Matang pecah kerana tidak mampu menampung air hujan yang lebat dan menyebabkan airnya melimpah keluar dan diburuk lagi dengan kejadian air laut pasang di sekitar Matang.

Gambar-gambar sekitar lawatan ke lokasi banjir Kuala Sepetang. (Matang Road dan Simpang Halt)
Pekan Simpang pada petang 9 mac 2012

DS Nizar diberi taklimat mengenai kejadian dan lokasi banjir oleh Anggota Unit Amal yang disampaikan oleh Sdr Arif,Pengarah Jabatan amal Perak.Turut serta Tn Hj Zainuddin dari Skuad Prihatin PAS Kawasan Bukit Gantang

Mangsa banjir ini mengalami kerugian harta benda berikutan ternakan ayam-nya telah musnah dan kenderaan-nya turut tidak dapat diselamatkan.

DS Nizar sedang mendengar penerangan daripada Pegawai Bomba dan Penyelamat mengenai operasi mereka dilokasi

DS Nizar menyampaikan sumbangan makanan dan minuman dari Skuad Prihatin PAS Kawasan Bukit Gantang.Turut bersama Hj Zainuddin Hamzah,Pengerusi Skuad Kebajikan PAS Bukit Gantang.

Jalan utama Matang Road

DS Nizar bertanya khabar kepada penduduk yang terperangkap dalam banjir.

Anggota Jabatan Unit Amal Perak bertungkus lumus membantu mangsa banjir

Musollah An Najah juga turut digenangi air

DSN bertanya khabar mangsa banjir di penempatan mangsa banjir di SK Ngah Ibrahim Jalan Matang(DUN Kuala Sapetang)

Pemimpin berjiwa rakyat

Taman Berkat menyediakan pusat penempatan mangsa banjir bagi penduduk Simpang Halt. Skuad Prihatin PAS Kawasan Bukit Gantang menyumbangkan keperluan makanan kepada mangsa.

DSN diberi taklimat oleh Pegawai JKM mengenai jumlah dan perlaksanaan di penempatan banjir di Taman Berkat. Turut sama ialah Tok Ketua Kampung Simpang Halt dan Ketua Cawangan PAS Taman Berkat

YB Nizar prihatin dengan rakyat..

Saturday, March 10, 2012

Sepanjang hujan , bincang nak lawan UMNO.

Penulis tidak dapat bersama team Unit Amal Bukit Gantang dan Skuad Prihatin Pas Kawasan Bukit Gantang untuk membantu mangsa banjir kelmarin.Hujan lebat sepanjang petang dan malam penulis bersama-sama teman bloggers membincangkan bagaimana untuk melawan UMNO di medan siber.

Malam ini penulis akan mengikuti DS Nizar bertemu penduduk yang terlibat dengan mangsa banjir.

Thursday, March 8, 2012

Adakah ini wajah Sirul Azhar ,yang emaknya tetap yakin Sirul tidak bersalah?

altantuya trial 160707 azilah
Adakah ini Sirul Azhar orang Jln Bt 8, Ckt Jering-Trong dalam Parlimen Bukit Gantang yang menanti rayuan dari dihukum gantung atas kes Altantuya.


Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Kanageswari Nalliah menetapkan 9 Mac ,hari ini untuk tarikh pengurusan kes akan datang bagi membolehkan peguam yang mewakili Azilah mendapatkan semua rekod rayuan dan penghakiman bertulis Mahkamah Tinggi bagi membolehkannya memfailkan petisyen rayuan.


Bagi ibu Sirul Azhar ,beliau tetap mendakwa anaknya tidak terlibat membunuh Altantuya.Emak Sirul tetap yakin anaknya tidak bersalah?.Beliau terus dan tetap berdoa agar anaknya dibebaskan.InsyaAllah berkat doa seorang ibu ,Sirul Azhar akan dibebaskan.

Isu BR1M Pas Taiping,Zambry jangan tuduh melulu.

Pas jelas isu salah guna BR1M

TAIPING – Pas Taiping menyifatkan dakwaan Menteri Besar (MB), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir terhadap Pas Cawangan Kamunting yang memaksa ahlinya menyerahkan 15 peratus Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai sumbangan derma kepada parti bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) tidak berasas.


Yang Dipertua Pas Taiping, Fakharuddin Abdul Aziz berkata, memang Pas Kamunting ada mengeluarkan surat perkeliling kepada Ahli Pas Cawangan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat namun dalam surat tersebut tiada langsung menyebut tentang perkataan BR1M.


Menurutnya,( Zambry perlu menyiasat -(klik) terlebih dahulu perkara itu dan jangan menuduh melulu dengan menulisnya dalam blog dan kemudian mengulas isu terbabit.


“Memang tiada istilah paksa dalam surat pekeliling berkenaan. Apa yang diperkatakan oleh MB itu adalah dakwaan yang tidak munasabah dan yang sebenarnya ialah rayuan sumbangan dana kepada sesiapa yang sudi.


“Pas adalah pertubuhan yang memang bergantung kepada sumbangan dari ahli dan tokoh korporat sejak dari dulu lagi.


Dengan sumbangan yang diberikan itu, kami bina markas, membeli tanah dan menggunakannya untuk pilihan raya,” katanya ketika sidang media di sini, hari ini.


Beliau berkata, kenyataan MB yang menyatakan Pas memaksa ahli menyerahkan BR1M hanya akan mengeruhkan keadaan dalaman parti.


“Saya harap tidak timbul sebarang salah faham berhubung isu itu setelah penjelasan yang terperinci diberikan.


“Janganlah disebut lagi perkara itu yang dianggap seolah-olah mahu meraih sokongan rakyat dan kepentingan peribadi mereka,” katanya.

Wednesday, March 7, 2012

Batal SBPA golongan JUSA bengang ,cikgu pening kepala memikir gaji baru.

Pembatalan skim SBPA bukan sahaja golongan atas bengang,rupanya guru-guru pun pening kepala memikirkan tangga gaji. Kenyataan Najib umum sahaja. Kenyataan Najib masih bermain tarik tali. Semuanya umpan PRU 13.Kemudian burukkan Pakatan Rakyat.


"Kita bukan seperti puak-puak yang belum berjaya membentuk kerajaan sudah mahu membuang kakitangan awam," kata Najib.


Siapa yang buang pekerja, mereka yang memerintah pusat.Kemudian mana ada kerajaan negeri,Negeri PR buang pekerja.


Najib.....


Ucapan biarlah jujur kepada diri sendiri dan rakyat. Tak perlulah menidak kebolegan orang lain. Seperti mana Najib meminta maaf kepada rakyat atas kesilapan lalu(semasa Pak Lah Perdana Menteri).



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun ini dimansuhkan.



Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan," katanya pada majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.



Berhubung pelarasan gaji pula, ia dibuat berdasarkan jadual gaji matriks SSM mengikut peratusan gred yang ditetapkanseperti berikut:


Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.


Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.


Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.


Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha.

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SBPA) batal,

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM).


Sementara itu Najib, turut mengumumkan penubuhan suruhanjaya yang dianggotai oleh semua pihak berkepentingan yang bekerja bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia.


"Selaras dengan komitmen kerajaan sebagaimana yang diumumkan dalam ucapan belanjawan 2012 suka saya umumkan pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM," katanya pada Perhimpunan Khas Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).


Najib berkata, kerajaan juga bersetuju menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM250, dan bagi kawasan C kadarnya dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150 sebulan.


"Kerajaan juga bersetuju Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.


"Kepada para guru jangan gundah gulana. Kerajaan amat komited terhadap kebajikan dan prihatin terhadap kebimbangan anda. Di sini saya mengumumkan bahawa kerajaan akan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip 'time-based' Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012," katanya.


Justeru, Mohd Najib berharap keputusan tersebut dapat meredakan ketidakpuasan hati yang wujud di kalangan penjawat awam di semua peringkat.


"Bagi isu-isu lain berkaitan perkhidmatan dan skim perkhidmatan, perkara ini akan dikaji oleh suruhanjaya yang saya umumkan.


"Saya berdoa ke hadrat Allah SWT agar keputusan yang dibuat ini mudah-mudahan menjadi penyelesaian terbaik bagi manfaat seluruh penjawat awam," katanya.


Antara pelarasan gaji yang diumumkan mengikut gred-gred adalah seperti berikut:


1) Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulam pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54.

2) Pelarasan gaji sebanyak 9 peratus untuk gred utama dan gred khas C, B dan A.

3) Pelarasan gaji sebanyak 8 peratus untuk Turus III dan Turus II.

4) Pelarasan gaji sebanyak 7 peratus untuk Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Zaman Muhyiddin Yassin, samseng banyak dekat sekolah???

Tujuh pelajar cedera dipukul

IPOH - Tujuh pelajar lelaki tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di sini menerima rawatan selepas mendakwa dipukul sekumpulan pelajar senior akibat selisih faham pada 29 Februari lalu.



Bukan setakat dipukul di kawasan sekolah, salah seorang pelajar terbabit dipukul dengan topi keledar di hadapan pagar berkenaan sehingga kaki kanannya mengalami kecederaan sepanjang kira-kira 10 sentimeter (cm).



Menurut mangsa yang enggan dikenali berkata, pada mulanya, hanya sorang rakannya dipukul dalam sebuah kelas namun, keadaan bertambah teruk apabila enam yang lain turut dipukul selepas menemani pelajar terbabit untuk bertemu dengan guru besar.



“Kami dikepung 20 pelajar senior terbabit pada waktu rehat. Tidak sempat melarikan diri kerana mereka memukul menggunakan batang penyapu tanpa sebab.



"Selepas kejadian kedua itu, mereka menunggu pula di hadapan pagar. Selepas kami berenam balik, salah seorang dari kami dipukul dengan topi keledar pula disebabkan ayahnya lewat menjemputnya selepas sekolah,” katanya kepada Sinar Harian di Pejabat Adun Canning di sini, semalam.


Katanya, sebelum ini mereka tidak menerima apa-apa ugutan sebelum berlakunya kejadian itu.


Pada masa sama, ibu pelajar, Teoh Toh Sim, 44, berkata, anaknya takut hadir ke sekolah berkenaan kerana bimbang dipukul pelajar sama selepas insiden itu.



“Saya pelik kenapa guru sekolah itu tidak tindakan selepas kejadian ini. Tahun lepas anak saya dipukul namun, tiada melibatkan apa-apa perkara serius. Kali ini ia melibatkan senjata seperti kayu dan topi keledar. Saya bimbang dengan keselamatan anak saya sehingga merancang untuk memindahkannya ke sekolah lain kerana ini merupakan kejadian kedua berlaku sejak awal tahun ini,” katanya.



Bagaimanapun usaha menghubungi Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias dan pengetua sekolah berkenaan gagal bagi mendapatkan maklum balas berhubung kejadian itu.SH

Tuesday, March 6, 2012

Inilah bukti Zambry Kadir suka buat fitnah.

Zambry Kadir membuat fitnah menyatakan PAS Kamunting meminta penduduk miskin yang dapat BR1M untuk menderma kepada PAS.

Sebenarnya PAS Taiping hanya meminta kepada mereka yang mendapat bonus sama ada kerajaan,swasta dan badan berkanun.Derma pula untuk jenterapilihanraya melawan UMNO/BN.

Berita di bawah membuktikan Zambry suka buat fitnah.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan Pas Cawangan Kamunting semakin terdesak apabila mengarahkan setiap ahlinya menyerahkan sebanyak 15 peratus daripada Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada parti berkenaan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, pihak berkenaan seolah-olah berasa tidak bersalah untuk berbuat demikian dengan alasan sebagai satu sumbangan derma.

“Difahamkan bahawa satu surat pekeliling dikeluarkan kepada ahlinya supaya mereka mengeluarkan 15 peratus daripada BR1M itu sebagai sumbangan derma untuk parti bagi menghadapi pilihanraya.sinar

Monday, March 5, 2012

Dato Phahrolrazi dan Dr Ismail macam kamikaze

Fail:Navy Kamikaze Lieutenant.jpg

foto hanya hiasan

"Kami buat baru-baru ini macam kamikaze untuk meminta pimpinan memberikan perhatian kepada apa yang berlaku di Kedah ini. Sekarang semua dah beri perhatian dan mekanisma pentadbiran juga dibentuk melalui Jawatankuasa Pemandu, kami akan sertai semula exco selepas diarahkan," katanya kepada Harakahdaily."


Apakah itu kamikaze seperti yang dikatakan Phahrolrazi?


Kamikaze (Bahasa Jepun: "angin ketuhanan") ialah istilah bahasa Jepun yang asalnya diberi kepada sebuah taufan yang menyelamatkan negara Jepun dari serangan Empayar Mongol dengan menghancurkan seluruh armada Mongol pada abad ke-13. Dalam penggunaan antarabangsa, perkataan kamikaze memaksudkan pasukan tentera udara berani mati Empayar Jepun dan serangannya terhadap kapal-kapal Kuasa-Kuasa Bersekutu pada tahun-tahun terakhir Perang Dunia Kedua.


Ramai di kalangan masyarakat barat yang percaya bahawa istilah kamikaze digunakan oleh tentera Jepun untuk juruterbang, tetapi nama yang sebetulnya ialah tokubetsu kōgeki tai (特別攻撃隊? unit serangan khas), atau singkatannya tokkōtai (特攻隊?). Pasukan juruterbang serangan berani mati Tentera Laut pula dipanggil shinpū tokubetsu kōgeki tai (神風特別攻撃隊? Unit Serangan Khas Angin Ketuhanan). Pihak penterjemah Amerika Syarikat tersalah catat transkripsi tulisan kanji bagi shinpū (神風) sebagai kamikaze. Maka larisnya penggunaan istilah kamikaze, sehingga diterima oleh masyarakat Jepun selepas perang.sumber wikipidia

Dato Phahrol Razi dan Dr Ismail,lebih baik tutup mulut.





Sepatutnya kedua-dua pemimpin ini ,Dr Ismail , dan Dato'Phahrol Razi tutup mulut ,jangan sangat suka buat sidang media. Sidang media menyebabkan orang bawah yang bekerja terasa hati.Bukan setakat negeri Kedah,negeri lain orang bawah juga terasa.Jumpa pimpinan lain,jumpa media lain. Jadi untuk selamat,tutup mulut.(klik berita terkini)

Sunday, March 4, 2012

Dr Mashitah insaflah dan bertaubatlah..jangan jadi seperti mulut jamban?

Tulisan YB Dr Mashitah di bawah ,amat menyentuh perasaan umat Islam Malaysia. Menuduh Tuan Guru Haji Hadi mempunyai skandal ,satu fitnah. Dan Ingatah YB Dr Mashitah,jangan jadi seperti mulut jamban seperti kata budak sekolah.Nampak saja cantik , tetapi hati tuhan sahaja yang tau.


Penangkapan Ahli Mahlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon yang dituduh berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan minggu lalu adalah kesinambungan krisis moral yang membabitkan ramai pemimpin pakatan pembangkang. Gelaran ustaz dan orang kuat Anwar Ibrahim tidak menjadikan beliau kebal; malah dilaporkan dibelasah sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Pahang.


Mengikut laporan, beliau mempertahankan diri dengan beri alasan cuba membantu isteri yang lari daripada suami kerana ingin menyelesaikan krisis rumah tangga. Mungkin benar, mungkin tidak. Beliau kini direhatkan sebulan sementara kesnya disiasat.


Berlakunya penangkapan ini dalam waktu persiapan pilihan raya umum tidak lama lagi pasti meletakkan pakatan pembangkang dalam keadaan tertekan. Mereka perlu lakukan damage control, apatah dengan pelbagai krisis yang dihadapi di Kedah (pemberontakan ahli Exco Pas terhadap Menteri Besar), Selangor (skandal curi pasir dan longgokan sampah) dan Pulau Pinang (diskriminasi terhadap orang Melayu dan projek kroni). Kewujudan Pas yang berpuak-puak di Kelantan serta perkelahian antara parti komponen Pakatan Rakyat di Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Johor dan Perak benar-benar menguji persediaan pembangkang menghadapi PRU ke-13 nanti.

Apa pun, kes Badrul Amin mengingatkan kita kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri kawannya sendiri di Kota Bharu kira-kira 12-13 tahun lalu. Ketika itu beliau Ahli Parlimen Kubang Kerian. Ketika ditangkap, isteri kawannya berada di dalam bilik hotel, manakala Mohamad Sabu hanya memakai tuala. Beliau dibicarakan di mahkamah Kelantan tetapi akhirnya dibebaskan.


Tidak kurang hebatnya cerita Adun Pas Selising ditumbuk seorang lelaki di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi. Khabarnya kes ini terpaksa diselesaikan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.


Penyokong parti pembangkang diketahui sering menyimpan rahsia keburukan pemimpin-pemimpin mereka, terutama berkaitan skandal seks, projek atau rasuah. Mereka cuba menonjolkan imej baik dan maksum. Namun, adakala bagai menutup bangkai dengan nyiru.
Skandal membabitkan bos Badrolamin – Anwar Ibrahim – berlarutan 20 tahun. Dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat, beliau dibebaskan atas sebab-sebab teknikal. Namun, majoriti rakyat, terutama mereka yang mengenali beliau secara rapat, tahu latar belakang dan orientasi seksnya.

Semasa diberi peluang menjawab tuduhan salah laku seks di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 2 September 1998, Anwar menzahirkan kemarahan dengan menumbuk meja. Beliau tidak menjawab tuduhan, malah pusing cerita mengatakan bahawa beliau juga boleh berkonspirasi menjatuhkan Presiden parti dengan menghantar wanita kepada Tun (ketika itu Datuk Seri) Mahathir Mohamad. Maksudnya, beliau diperangkap.


Turut menuduh beliau ketika itu ialah Mohamad Sabu, yang memberinya gelaran Anwar al-Jub***. Namun, bila Mat Sabu sendiri terbabit dengan skandal seks, dia ikut cara Anwar, iaitu menuduh Umno telah memerangkapnya. Tidak mengejutkan Ustaz Badrul Amin juga juga akan menuduh Umno dalang dalam kes khalwatnya.


Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3. Beliau menafikan. Begitu juga dengan bekas Speaker DUN Kelantan, yang dikatakan bernikah dengan wanita lewat 20-an dari Kemboja bernama Haseena sekitar waktu yang sama, tanpa pengetahuan isteri pertamanya. Perkahwinan bekas Adun Pas Melor dengan wanita Kemboja yang berakhir dengan perceraian mendapat liputan media secara meluas kerana kesnya berlarutan beberapa tahun di mahkamah. Dilaporkan bekas isterinya menuntut pampasan RM3 juta kerana mengetahui Adun Pas itu mampu serta memiliki harta yang banyak.


Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang. Hakikatnya mereka adalah ahli politik yang boleh tergoda dengan wanita dan memiliki nafsu seperti orang lain. Mereka juga boleh terpalit dengan dosa walaupun pada waktu yang sama menuduh orang lain kafir.sumber