Friday, February 28, 2014

Ranking Blog Pakatan Rakyat terkini,Anak Sungai Derhaka nombor 1.

Ranking Blog Pakatan Rakyat terkini .Untuk  tarikh 1 Mac ini blog Anak Sungai Derhaka mendapat ranking pertama.Blog Sisi Bukit masih jauh ketinggalan, ranking nombor 20.Blog Cenangau yang membuat kerja baik ini di rangking ke 7.(klik untuk info)

Jom cikgu-cikgu ,adukan kepincangan PBS kepada Suhaizan Kaiat.

Jom petang ini bersama Sdr Suhaiizan Kaiat,Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia.Banyak benda yang boleh kita beri idea dan pandangan kepada beliau.Cikgu-cikgu ,eloklah pergi  ,dapat juga mengadu tentang PBS yang pincang itu.Berkaitan pilihanraya ,kita boleh bangkitkan kepada Dr Hatta Ramli,Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Malaysia.Program berkupon untuk dana pilihanraya PAS Kawasan Taiping.

Kenapa Dato' Tuan Ibrahim tak rasmi Munaqasyah PAS Perak?

Munaqasyah ucapan dasar Presiden PAS peringkat Perak akan berlangsung esok, 1 Mac 2014.Tentatif program bermula  pada 8 pagi.Pembentang Dr Hatta Ramli dan Sdr Suhaizan Kaiat. 
Esok juga  berlangsung ceramah perdana Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man,Naib Presiden PAS. 
Taiping-Esok akan berlangsung dua program seperti tertera di atas.Esok juga akan menguji pimpinan Dewan Harian Kawasan Tambun antara mendengar ucapan Dato'Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man atau mengikuti program Munaqasyah PAS Perak.

Pendapatan 40 nelayan terjejas,kenapa UMNO Bukit Gantang diam sahaja?

.
Nelayan  Sungai Sepetang,Kg Dew,Taiping menunjukkan sejumlah udang galah yang mati akibat sungai tercemar.Dianggarkan 125 kg udang galah mati.Menurut  satu sumber udang galah didakwa  mati akibat  lepasan sisa  toksid projek kolam ikan  kepunyaan  sebuah koperasi. Kolam udang yang didakwa kepunyaan sebuah koperasi  itu dikatakan diusahakan berdekatan dengan sungai .(Klik) 40 orang nelayan terancam pendapatan mereka.Berita terdahulu DS Nizar lihat dan tinjau kolam udang haram.Berita berkaitan,buat projek bawah kabel bervoltan tinggi.


Sungai Sepetang Tercemar.Sungai yang kualanya dekat dengan Kuala sepetang(Dun Kuala Sepetang-Parlimen Bukit Gantang)Jurutera Daerah Larut Matang dan Selama, Mahidi Mahamood berkata, situasi itu dikesan, berdasarkan pemantauan dan penyelidikan awal yang dijalankan anggotanya ke lokasi, semalam.(JPS sahkan).


Foto udang galah yang mati kesan pencemaran Sungai Sepetang.

Pendapatan 40 orang nelayan terjejas.

Thursday, February 27, 2014

Adakah UMNO akan tolong bayar saman Papa Gomo?

Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris (gambar) atau Papa Gomo diarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membayar RM800,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ganti rugi kerana memfitnah ketua pembangkang itu.
Hakim Rosilah Yop dalam penghakimannya turut mengatakan Wan Muhammad Azri adalah pemilik blog Papa Gomo..(berita lanjut)
Di sini timbul pertanyaan ,adakah UMNO  akan tolong bayar duit saman berjumlah RM800 ribu itu? Mungkin Papa Gomo boleh bayar duit kos mahkamah RM50 ribu,sahaja?

Kenyataan Media Peguam Haji Asmuni Awi kes saman fitnah RM2 juta.

Kenyataan Media peguam Hj Asmuni Awi berkaitan kes saman fitnah RM 2 juta terhadap Tuan Guru Presiden PAS di lobi Mahkamah Tinggi, Kuala Terengganu pada 27 Feb 2014.(klik untuk tonton )

PBS:Muhyiddin Yassin diserang siang malam oleh cikgu.

ISU Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ternyata meletakkan Kementerian Pendidikan yang diterajui sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kontroversi sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

SPPBS menyebabkan kerajaan, kementerian, Muhyiddin; Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, timbalan-timbalan menteri dan Ketua Pengarah Pendidikan diserang siang malam, termasuk warga pendidik sendiri.

Meskipun rungutan dan keluh kesah sudah biasa kedengaran sejak sistem itu mula dilaksanakan pada 1 Januari 2011, namun keadaannya tidaklah seteruk sekarang.

PBS dilaksanakan untuk menggantikan sistem peperiksaan yang sudah sekian lama diamalkan yang disifatkan membebankan pelajar.

Sehubungan itu, PBS  yang mempraktikkan pentaksiran secara holistik dalam menilai kemampuan pelajar dianggap jalan terbaik untuk keluar daripada masalah itu kepada suatu corak pembelajaran yang lebih baik dan sesuai dengan keperluan semasa.

Hampir dua tahun dilaksanakan, rungutan terhadap PBS mula disuarakan terutama daripada barisan pendidik dan ibu bapa. Mana tidaknya, apabila guru-guru mula merasa terbeban dengan kerja yang semakin banyak hingga terpaksa berjaga sampai ke subuh semata-mata untuk memasukkan markah pelajar-pelajar dalam sistem yang didakwa terlalu lembab.

Menerusi sistem ini, prestasi pelajar tidak lagi dinilai melalui peperiksaan mahupun ujian sebaliknya dinilai setiap hari oleh guru dan markah perlu dimasukkan dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).

Ibu bapa pula merungut kerana tidak tahu prestasi anak-anak mereka di sekolah. Jika A, B, C, D, E dan F menjadi tanda aras pencapaian anak-anak mereka sebelum ini, kini tidak lagi.

Akibatnya, wujud kumpulan pendesak guru yang menentang pelaksanaan sistem pendidikan itu dan merancang himpunan membantah PBS dan mendesak agar PBS dimansuhkan.

Sejak isu PBS menjadi topik hangat, pelbagai respons berbeza kedengaran daripada pihak kementerian. Pada mulanya, yang banyak disebut hanya perkataan ‘bersabar’, ‘akan dikaji semula’ dan ‘tambah baik’. Namun akhirnya keluar juga perkataan ‘tangguh’.

Tahun lalu, Idris  mengakui kelemahan sistem tersebut namun meminta kementerian diberikan masa untuk mengatasi kelemahan itu. Malah beliau juga memberi jaminan bahawa pelaksanaan PBS akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Awal bulan ini, Idris mengulangi kenyataan yang hampir sama, meminta guru-guru bersabar serta memberikan masa kepada kementerian untuk melaksanakan sistem yang telah ditambah baik itu.

“Di kementerian sekarang, kita sedang naik taraf sistem dengan penambahan server, integrasi sistem, penggunaan platform yang baru dan migrasi data. Kita harap apabila sistem ini dibuka pada 1 April nanti, kita tidak lagi mempunyai masalah sistem.

“Kita harap (guru-guru) bersabar kerana ada yang mula marah pada pelaksanaan sistem ini. Kita buat perubahan, dalam membuat perubahan itu memang ada perkara yang tidak difahami oleh guru. Mungkin kerana komunikasi, masalah sistem yang ‘jammed’,” katanya yang dilihat kerap menuding SPPBS sebagai punca permasalahan sedangkan yang ditentang kumpulan pendesak adalah sistem PBS itu sendiri.

Tiga hari kemudian, Muhyiddin sendiri menyatakan bahawa kementerian telah memutuskan untuk mengkaji semula PBS secara menyeluruh.

“Sebelum ini, guru mengadu mengalami masalah untuk memasukkan data berkaitan pelajar ke dalam sistem berkomputer PBS.  Sehubungan itu kita menangguhkan pelaksanaan aspek itu sehingga April tahun ini.

“Hari ini (11 Februari) kita buat keputusan untuk kaji semula pelaksanaan PBS secara menyeluruh,” katanya selepas mengadakan perbincangan dan mendengar sendiri permasalahan guru di Putrajaya.

Susulan itu, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dalam satu pekeliling menyatakan guru-guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga kenyataan mengenainya dibuat kementerian dalam masa terdekat.

Idris bagaimanapun kemudian membuat kenyataan yang ternyata menambahkan lagi kekeliruan apabila mengatakan PBS tidak akan dimansuh. Sebaliknya kata beliau, kementerian akan mengumumkan bentuk dan pelaksanaan sistem baharu PBS pada 1 April ini.

Jika diperhatikan, perjalanan pelaksanaan PBS yang pelbagai versi disampaikan kepada warga pendidik dan pelajar malah kenyataan daripada orang atasan kementerian juga tidak konsisten hingga menyebabkan keadaan semakin kelam kabut, mana satu yang mahu diterima antara kenyataan menteri yang juga timbalan perdana menteri atau menteri II?

Tinjauan di laman mikro Twitter pula mendapati, rata-rata pelajar dan ibu bapa keliru mengenai status PBS itu sendiri terutama buat pelajar yang berada di tingkatan tiga. Persoalan mengenai peperiksaan PMR masih menjadi persoalan hingga hari ini.

Tidak kurang juga yang mengkritik tentang tindakan kementerian seolah-olah memperjudikan masa depan anak bangsa dengan pelaksanaan PBS yang tidak dikaji secara menyeluruh sebelum dilaksanakan.

Memandangkan tarikh 1 April sudah diberi, marilah kita menghitung hari itu tiba dan nantikan apa pula kata menteri ketika itu.

Mungkin tarikh 1 April akan dilanjutkan lagi sehingga Mei ataupun Jun seperti yang berlaku sebelum ini.

Namun, kita mengharapkan yang terbaik dalam sistem pendidikan negara kerana kelangsungan sistem itu adalah bakal pencorak masa depan bangsa sekali gus pewaris negara.

Mahkamah tetapkan 30 Mac,dengar kes ketepi perintah saman RM2 juta.

Peguam PAS ziarah Tuan Guru Haji Abdul Hadi .Peguam PAS , Tuan Haji Asmuni Awi,Tuan Mohd Fitri dan Setpol Tuan Guru bergambar di rumah Tuan Guru Haji Abdul Awang seusai pemfailan mengetepikan perintah kehakiman ingkar pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Kuala Terengganu- Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Samsuri mengiringi peguam Dato' Seri Presiden, Tuan Haji Asmuni Awi dan pasukannya untuk menfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah penghakiman ingkar bagi kes saman fitnah oleh Mohd Shamsul Mat Amin,bekas calon PKR Dun Bukit BesiTurut serta Ketua Penerangan Pas Terengganu,YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.


Mahkamah telah menerima permohonan dan memutuskan untuk mendengar kes ini pada 30hb Mac 2014.

Najib, tolonglah pesawah, naikkan harga lantai padi ke RM1.50kg.

Masyarakat hanya melihat harga getah jatuh .Masyarakat pesawah atau pengusaha padi kita hampir tidak peduli.Jadi,satu laman sesawang dilancarkan untuk membantu dan membela pesawah padi atau pengusaha padi di Malaysia.Laman sesawang ini membolehkan masyarakat Malaysia yang menyokong dengan membuat petisyen.Petisyen boleh dibuat di sini.http://www.gopetition.com/petitions/kempen-tandatangan-tuntutan-kenaikan-harga padi-dariRM07.5kg kepada-RM1.50kg                     

Harga Lantai padi perlu dinaikkan daripada RM0.75 sekilogram kepada RM 1.50 sekilogram.Petisyen dilancarkan untuk mengumpulkan sokongan dan tandantangan seluruh rakyat Malaysia untuk membela nasib para petani terutama pengusaha tanaman padi yang menghadapi masalah pemasaran dan pengeluaran. Lagi berita di FB Bela petani.

Wednesday, February 26, 2014

Tuan Ibrahim Tuan Man,bahasa mantiknya tinggi.

SHAH ALAM - " Inilah jenaka hebat abad ini. Rakyat boleh menilai siapa yang menipu rakyat.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jangan anggap rakyat kini tidak bermaklumat," demikan menurut Naib Presiden Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man apabila diminta untuk mengulas mengenai kenyataan PM semalam yang meminta rakyat elak ditipu janji-janji pembangkang.

 Menurutnya, kerajaan BN sebelum ini pernah menjanjikan pelbagai 'bulan dan bintang' kepada rakyat namun sehingga kini janji-janji tersebut belum dapat dilaksanakan oleh kerajaan. Oleh itu tambahnya, PRK Dun Kajang bakal menyaksikan penolakan rakyat terhadap BN dek kerana sikap memungkiri janji BN itu.

 "...siapa yang menjanjikan BR1M RM1,200 kepada rakyat?. "...PM pernah berjanji untuk menurunkan harga barangan keperluan, minyak dan pelbagai janji menjelang PRU yang lalu... mana pergi janji tersebut?

 "...bagi saya kenyataan dan ingatan PM itu sepatutnya menjadi amaran rakyat kepada beliau agar melaksanakan janji beliau buat, sebelum PRU lalu. Kini rakyat terus memberi mandat kepada BN untuk melihat sejauh mana janji ditepati, kini rakyat terbeban dengan pelbagai bebanan hidup.

 "...oleh itu PM sepatutnya tidak menggesa rakyat sebaliknya menunaikan amanah yang diberi oleh rakyat, sebab itu, kita yakin pengundi di Kajang akan menterjemahkan kemarahan mereka kepada BN dan janji yang dikhianati dengan memberikan kemenangan selesa kepada calon PKR yang mewakili PR dalam PRK Kajang nanti," katanya.

Kes Haji Hadi kena saman RM2 juta,jangan salahkan Haji Asmuni Awi.

Lebih membimbangkan, wujud satu fenomena ‘menjatuhkan hukuman’ kepada para peguam PAS terutamanya Tuan Haji Asmuni Awi(foto) kerana kononnya peguam telah cuai, leka, tidak kompeten bahkan sampai ke tahap peguam dituduh mensabotaj Presiden PAS hingga Penghakiman Ingkar tersebut dimasukkan.



MENJAWAB FITNAH KONONNYA PEGUAM CUAI DI DALAM KES PENGHAKIMAN INGKAR 
TERHADAP PRESIDEN PAS, YB DATO SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

Sejak meletusnya isu Penghakiman Ingkar Kehadiran yang dimasukkan ke atas Presiden PAS yang dikasihi beberapa hari lalu, JUHAM ingin melahirkan rasa kehairanan apabila secara tiba-tiba muncul begitu ramai ‘peguam’, ‘pendakwaraya’ dan juga ‘hakim’ di kalangan ahli dan pemimpin PAS. 

Lebih membimbangkan, wujud satu fenomena ‘menjatuhkan hukuman’ kepada para peguam PAS terutamanya Tuan Haji Asmuni Awi kerana kononnya peguam telah cuai, leka, tidak kompeten bahkan sampai ke tahap peguam dituduh mensabotaj Presiden PAS hingga Penghakiman Ingkar tersebut dimasukkan.

Walaupun kami amat kecewa dengan fitnah jahat yang amat tidak berasas ini, namun kami memahami bahawa mereka yang terlibat menyebarkannnya atau yang terkeliru dengan pelbagai fitnah yang sedang berlegar saat ini adalah di kalangan orang awam (layman) yang tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dengan fakta sebenar yang terjadi di dalam kes ini . Mereka juga nampaknya sangat tidak memahami prosedur undang-undang yang digunakan di dalam kes-kes yang dibicarakan di mahkamah. Oleh yang demikian, kami bertanggungjawab untuk menjelaskan kedudukan sebenar supaya tidak lagi timbul sebarang fitnah yang akan memburukkan lagi keadaan.

Penjelasan teknikal berhubung dengan apakah dia Penghakiman Ingkar Kehadiran dan prosedur asas di dalam sesuatu saman sivil yang difailkan di mahkamah telah pun saya jelaskan dengan panjang lebar di dalam tulisan saya sebelum ini bertajuk ‘JID for Dummies.’ Pada kali ini, saya hanya ingin mendedahkan fakta ringkas yang berlaku di sebalik Writ Saman dan Penyata Tuntutan bagi kes ini (Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Guaman Sivil No. 22NCVC-39-12/2013 di antara Mohd Shamsul bin Mat Amin v. Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang) yang dikatakan tidak pernah diterima oleh pihak Presiden PAS sendiri mahupun peguam kepada beliau iaitu Tuan Haji Asmuni Awi hingga membawa kepada kegagalan memfailkan Memorandum Kehadiran di dalam tempoh masa yang ditetapkan yang akhirnya mengakibatkan Plaintif memasukkan Penghakiman Ingkar Kehadiran ke atas Presiden PAS. 

Untuk makluman, pihak JUHAM telah memperolehi salinan dokumen (iaitu Afidavit Penyampaian) yang difailkan di mahkamah oleh peguam Plaintif dimana Plaintif mendakwa bahawa mereka telah menyerahkan saman tersebut kepada pihak Defendan melaui pos berdaftar akuan terima (pos AR berdaftar). Afidavit Penyampaian ini walaupun ianya merupakakan dokumen yang difailkan di mahkamah, tetapi ianya adalah dokumen umum yang diperolehi melalui carian yang dijalankan di kaunter pendaftaran mahkamah. 

Di dalam afidavit tersebut yang bertarikh 11 Februari 2014, Plaintif telah melampirkan sama dokumen berikut iaitu :
1) sesalinan Writ Saman dan Penyata Tuntutan bagi kes ini, 
2) surat iringan Peguam Plaintif bertarikh 2 Januari 2014 yang ditujukan kepada Presiden PAS bagi tujuan menyerahkan Writ Saman tersebut; dan
3) Kad AR pejabat pos yang mengandungi nama dan tandantangan pihak yang menghantar dan menerima Writ Saman tersebut beserta dengan tarikh penghantaran dan tarikh penerimaan.

Di dalam surat iringan Peguam Plaintif bertarikh 2 Januari 2014 yang ditujukan kepada Defendan bagi tujuan penyerahan Writ Saman bagi kes ini, tertera di dalam surat tersebut bahawa peguam Plaintif telah menyerahkan saman tersebut ke alamat Presiden PAS di Pusat Khidmat Parlimen Marang, Bangunan PAS Marang (depan Masjid Rusila), 21080 Kuala Terengganu. Alamat penerima yang tertera di dalam surat ini jelas membuktikan bahawa peguam Plaintif tidak menghantar Writ Saman tersebut ke pejabat peguam Haji Asmuni Awi yang terletak di Ipoh, Perak. Maka, adalah tidak wajar sama sekali untuk menyalahkan Tuan Haji Asmuni Awi di atas penghakiman ingkar yang dimasukkan ke atas Presiden PAS tersebut.

Manakala berdasarkan kepada kad AR yang disertakan bersama dengan surat dan Writ Saman tersebut bagi tujuan merekodkan bukti penghantaran dan penerimaan, surat bersama Writ Saman tersebut telah diposkan oleh Peguam Plaintif pada 9 Januari 2014. Kad AR yang sama seterusnya menunjukkan bahawa Writ Saman tersebut telah diterima pada 16 Januari 2014 di alamat Presiden PAS sebagaimana yang tertera di dalam surat iringan tersebut. Bahkan terdapat cop Pejabat Pos Marang di atas Kad AR tersebut sebagai menunjukkan bahawa kiriman Writ Saman tersebut telah sampai ke Marang dan diproses oleh Pejabat Pos Marang sebelum diserahkan ke alamat Presiden PAS di Marang.

Di dalam Kad AR yang sama juga tertera tandatangan dan nama seseorang yang menerima serahan Writ Saman tersebut bagi pihak Presiden PAS. Walau bagaimanapun, JUHAM tidak boleh mendedahkan nama individu yang tertera di kad AR tersebut bagi mengelakkan sebarang unsur subjudis terhadap kes. Pihak Plaintif seterusnya telah menggunakan AR kad ini sebagai bukti yang diterima oleh mahkamah bagi menyokong hujahan mereka bahawa saman tersebut telah berjaya disampaikan dengan teratur kepada pihak Presiden PAS.

Pihak JUHAM bagaimanapun tidak dapat mengesahkan siapakah dia individu yang menerima AR kad tersebut. Kami juga dimaklumkan bahawa Setiausaha Politik Presiden PAS sendiri telah menjelaskan bahawa pejabat Presiden PAS langsung tidak dapat menemui atau mengesan Writ Saman yang dikatakan telah disampaikan pada 16 Januari 2014. 

Dalam hal ini, memandangkan writ saman ini tidak diserahkan oleh Peguam Plaintif kepada Tuan Haji Asmuni selaku peguam kepada Presiden PAS dan pada masa yang sama Setiausaha Politik Presiden PAS sendiri mengesahkan bahawa Pejabat Presiden PAS juga tidak dapat mengesan Writ Saman tersebut, di mana asas dan logiknya Tuan Haji Asmuni dituduh sebagai leka dan lembap sedangkan beliau, sama seperti Presiden PAS dan juga Setiausaha Politik Presiden PAS, tidak mengetahui akan wujudnya Writ Saman tersebut?

Saya dimaklumkan bahawa pejabat Haji Asmuni hanya memperolehi salinan Writ Saman tersebut pada 11 Februari 2014. Merujuk kepada fakta ini, ada cakap-cakap daripada pihak tertentu yang mengatakan bahawa memandangkan Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 17 Februari 2014 tersebut direkodkan di mahkamah pada tarikh Pengurusan Kes yang diadakan 23 Februari 2014 , maka ianya jelas kecuaian di pihak Haji Asmuni memandangkan Haji Asmuni telah menerima Writ Saman tersebut terlebih awal iaitu pada 11 Februari 2014. JUHAM ingin menegaskan bahawa pandangan ini jelas adalah salah dan tidak mengikut undang-undang.

Suka saya menjelaskan bahawa pada ketika Haji Asmuni menerima salinan Writ Saman tersebut pada 11 Februari 2014, ianya sudah melewati had masa 14 hari bagi Defendan memfailkan Memorandum Kehadiran yang dikira bermula dari tarikh 16 Januari 2014 iaitu tarikh penerimaan Writ Saman secara rasmi sebagaiman yang direkodkan di dalam Kad AR yang dilampirkan di dalam affidavit Plaintif. Dari segi undang-undang terutamanya peruntukan-peruntukan di dalam Rules of Court 2012, selepas dari tamatnya tempoh 14 hari tersebut, Defendan tidak lagi boleh memfailkan Memorandum Kehadiran dan Plaintif berhak untuk memasukkan Penghakiman Ingkar Kehadiran. Pada saat ini tiada apa yang boleh dilakukan Defendan meskipun Defendan menghantar satu ‘batalion’ peguam sekalipun ke mahkamah pada tarikh 23 Februari 2014 yang lalu untuk menyekat penghakiman ingkar tersebut. Pilihan yang ada bagi Defendan sekarang ialah memfailkan Notis Permohonan untuk mengketepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut sebagaimana yang telah saya jelaskan di dalam tulisan bertajuk ‘JID for Dummies’ yang lalu. JUHAM dari awal lagi memberikan komitmen untuk mengerahkan segala kekuatan yang ada untuk membantu membela Presiden PAS di dalam kes ini.

Satu lagi cerita dongeng yang disebarkan ialah kononnya Penghakiman Ingkar tersebut yang memerintahkan Presiden PAS untuk membayar gantirugi sebanyak RM2 juta kepada Plaintif bakal mengakibatkan Presiden PAS hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan ADUN dan akan menyebabkan berlangsung pilihanraya kecil bagi kerusi Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang. Pandangan sebegini juga adalah salah, penuh dengan imaginasi serta berbahaya kerana mereka ini tidak dapat membezakan di antara kes sivil dan kes jenayah. Kes saman yang dihadapi Presiden PAS ialah kes sivil. Ianya bukan kes jenayah yang membawa pelbagai hukuman seperti hukuman gantung, penjara, sebat atau denda. Berdasarkan Perkara 48 (1) Perlembagaan Persekutuan, antara perkara-perkara yang menyebabkan seseorang itu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen ialah apabila dia disabitkan dengan satu kesalahan jenayah yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan denda tidak kurang dari RM2 ribu ringgit. Di sini jelas, kes saman sivil yang membabitkan Presiden PAS atau mana-mana Ahli Parlimen sekalipun tidak akan menjejaskan status mereka selaku Ahli Parlimen.

JUHAM juga ingin memberikan respon terhadap tulisan terbaru Ustaz Zaharudin Muhammad bertarikh 26 Februari 2014 di laman facebook beliau yang menyatakan bahawa, “Semua akan lupa bertanya siapa yg letakkan alamat pejabat marang yang sepatutnya ialah alamat firma guaman terbabit? Apa lawyer yang telah diberikan amanah lakukan selepas mendapat mandat menguruskan kes? Bukankah surat pertama kes ini diserahkan tidak lama selepas ianya diterima?”

Sebagai jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Ustaz Zaharudin Muhamad, beliau perlu terlebih dahulu memahami apakah yang dimaksudkan dengan “Plaintif”, “Saman” dan apakah yang dimaksudkan dengan “Defendan”. Di dalam kes ini, yang menyaman adalah Plaintif dan Defendan di dalam kes ini ialah Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang. Di dalam mana-mana saman bagi kes sivil, Plaintif bebas untuk meletakkan mana-mana alamat Defendan yang difikirkan sesuai bagi Plaintif. Dari segi undang-undang, Defendan tidak mempunyai kuasa untuk meminda alamat Defendan di dalam Saman yang difailkan oleh Plaintif. Meskipun sebelum dari Writ Saman ini difailkan lagi Hj Asmuni telah memaklumkan secara bertulis kepada peguamcara Defendan memohon agar sebarang Writ Saman yang difailkan dapat diserahkan kepada Haji Asmuni sendiri, namun adalah di luar bidang kuasa Peguam Defendan sekiranya pihak Plaintif tetap ingin menyerahkan Saman tersebut ke alamat Presiden PAS di Marang. Justeru, Hj Asmuni sebagai Peguam Defendan langsung tidak boleh dipersalahkan apabila pihak Plaintif meletakkan alamat Defendan di Marang kerana ia adalah hak sepenuhnya di pihak Plaintif.

Sebagai menjawab kepada soalan yang kedua dan yang ketiga yang dibangkitkan di dalam posting Facebook Ustaz Zaharuddin, ianya telah pun dihurai secara panjang lebar di atas bermula dari fakta bahawa Peguam Defendan hanya menerima Saman tersebut pada 11 Februari 2014 iaitu telah pun melangkaui lebih 14 hari tarikh penerimaan di Marang.

Sebagai kesimpulan, JUHAM berharap agar pihak-pihak tertentu yang sedang giat menabur fitnah dan menyebarkan cerita-cerita palsu berkaitan kes ini supaya berhenti dari melakukan perbuatan yang tidak bermoral ini. JUHAM amat kesal dengan situasi yang berlaku ini yang seolah-olah meletakkan hukuman kepada seluruh jentera Peguam PAS yang sentiasa bertungkus-lumus untuk membela PAS serta pimpinan dan ahli-ahlinya. JUHAM khuatir situasi sebegini akan mengundang gelak-ketawa pihak musuh di luar sana.

Dalam hal ini, JUHAM bersedia untuk bersemuka dengan siapa sahaja yang inginkan penjelasan JUHAM berkaitan perkara ini. Moga segala kekalutan dapat dijernihkan dan kita semua dapat menumpukan kepada agenda perjuangan yang lebih besar.

Yang benar,

NOORAZMIR ZAKARIA
Pengarah Jabatan Undang-Undang &
Hak Asasi Manusia (JUHAM)
Pemuda PAS Malaysia

PBS:Jika guru Idris Jusoh masih hidup,mereka tentu menangis.


Dengan 13 094 undian, 11 432 atau 87%, ingin PBS dimansuhkan, 149 komen ingin PBS dimansuhkan, apa lagi kata Idris Jusoh. Tak percaya pergilah ke http://www.undi.in/undian-pbs/.

Jika guru yang mengajar  Menteri Pendidikan II masih  hidup,mereka sudah tentu sedih dan kecewa dengan pandangan-pandangan Idrsi Jusoh.Guru yang mengajar Idris Jusoh akan terperanjat,kerana Idris Jusoh bercakap bukan berdasarkan kajian akademik.

Inilah Peguam PAS ,Mohd Fitri Asmuni dan Mohd Zambri yang menang kes Nizar.

Peguam DS Nizar  dalam kes  nombor plet kereta  WWW1,Sdr Mohd Fitri dan Mohd Zambry yang komited dengan tugas  untuk membela DS Nizar.Mahkamah Tinggi bolehlah dianggap rumah kedua mereka. 

Peguam Mohd Fitri (tengah) ,Peguam Mohd Zambri bersama DS Nizar tersenyum puas  selepas Mahkamah Tinggi mendapati  Syarikat Utusan  perlu bayar saman kepada DS Nizar yang menyiar berita fitnah berkaitan isu nombor plet kereta  WWW1 tahun 2013. 

Foto peguam DS Nizar, Mohd Fitri dan Mohd Zamry  serta Ustaz Fakrurazi(Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Perak)  yang sering  turun naik mahkamah.Mereka dianggap sebagai Peguam PAS. 

Taiping - Keputusan Mahkamah Rayuan yang meminta TV 3 membayar saman fitnah kepada DS Nizar sudah tentulah menggembirakan "Peguam PAS" seperti Sdr Mohd Fitri dan Sdr Mohd Zambri.Sebelum ini,Mahkamah Tinggi  sudah menghukum Syarikat Utusan dalam kes saman fitnah DS Nizar atas isu nombor plet kereta WWW1.Pasukan peguam ini dibantu Jawatankuasa Isu dan Strategik PAS Perak,Raja Ahmad Iskandar,Salman Salleh dan Safarizal.(klik)

DS Nizar mendakwa pada 30 Mei 2012,TV3 menyiarkan berita fitnah berkaitan dalam twitter itu dalam slot Utama  pukul 8 malam.


Tuesday, February 25, 2014

Inilah Mohd Shamsul yang menang kes saman RM 2 juta

Naib Presiden PAS ,Datuk Husam Musa bersedia untuk menjernihkan keadaan  antara Mohd Shamsul Mat Amin,bekas calon PKR Dun Bukit Besi,Terengganu.Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa bersedia menjadi orang tengah kes saman ingkar RM2 juta antara Haji Abdul Hadi ,Prsedien PAS dengan Sdr Mohd Shamsul Mat Amin.(Klik)

Sementara itu Peguam PAS sudah memfailkan  kes untuk ketepikan saman Sdr Mohd Shamsul Mat Amin.(Klik)

Kena tukar,anggota polis mengamuk dengan bawa pistol

Menteri KDN Dato Zahid Hamidi kena ambil berat dengan anggota polis yang ditukar.Tak usahlah ditukar anggota tanpa sebab dan 24 jam pula .Contohnnya peristiwa di Tawau.Seorang anggota mengamuk kerana ditukar. Baru-baru ini seorang guru ditukar kerana memimpin NGO SGMM ,mansuhkan PBS,beliau buat rayuan.Akan tetapi anggota polis berpangkat konstabel mengamuk bawa pistol dan kereta polis. 

KOTA KINABALU: Seorang anggota polis ditahan selepas mengamuk dengan membawa pistol dan kereta peronda polis keluar tanpa kebenaran dari sebuah balai polis di Tawau.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku adalah disebabkan polis yang berpangkat konstabel itu marah dan tidak berpuas hati selepas disenaraikan antara salah seorang yang akan dipindah tugas ke sebuah balai polis yang lain.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata anggota polis yang berumur dalam 30an itu ditahan setelah dia memberhentikan kenderaannya itu kira-kira 600m dari balai polis tersebut dalam kejadian yang berlaku 12.50 pagi pada Sabtu lalu.

Seorang anggota polis yang dikerah untuk mengesannya menemui suspek sedang menangis dalam kenderaan polis sambil sepucuk pistol berada berhampirannya.

Setelah ditenangkan, suspek dibawa oleh anggota polis tersebut ke balai polis.

“Ini adalah kes yang serius dan anggota polis tersebut akan dikenakan tuduhan melarikan kenderaan polis dan juga pistol,” katanya.

Beliau menambah, setiap jabatan polis akan menubuhkan suatu unit integriti dimana ianya akan memantau perkembangan prestasi dan etika kerja anggota-anggota polis.

Hamza berkata kejadian yang berlaku itu merupakan antara kes terpencil yang melibatkan anggota polis yang mempunyai masalah disiplin dalam pasukan polis dan perkara tersebut tidak akan diambil ringan dan mudah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, SAC Omar Mammah berkata siasatan terhadap konstabel tersebut masih dijalankan.

“Sekiranya selesai, kami akan merujuknya kepada ‘Senior Federal Counsel’ untuk tindakan selanjutnya,” katanya.(sumber)

Jawapan Mahfuz Omar jawapan Ahli Parlimen yang matang.

Jawapan YB Datuk Mahfuz Omar ini amat bertepatan dengan parti PAS yang mengutarakan "Rahmat Untuk Semua".Jawapan yang menyenangkan semua pihak,bukan sahaja orang PAS tetapi orang di luar PAS.YB Datuk Mahfuz Omar ,wakil rakyat yang matang.  Terima kasih YB,jawapan yang tidak menghukum.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar menyeru kepada seluruh ahli PAS agar bertenang berhubung perintah bayaran RM2 juta dalam penghakiman ingkar terhadap Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, PAS telah mengambil tanggungjawab menyerahkan kes itu kepada pasukan peguam PAS untuk mengambil tindakan sewajarnya.

"Kita telah mengarahkan pasukan peguam untuk mengambil proses perundangan sewajarnya, dan kita yakin peguam kita dapat kendalikan kes ini secara terbaik.

"Seluruh ahli PAS diminta bersabar dan banyakkan MUNAJAT agar dipermudahkan urusan peguam dan presiden kita dilindungi olah Allah SWT," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Undian bantah atau sokong PBS di: //www.undi.in/undian-pbs/

Dato'Idris Jusoh ditempelak oleh satu laman undi:http://www.undi.in/undian-pbs/ kerana kenyataan beliau “Kita tetap akan meneruskan sistem PBS kerana ini yang dimahukan semua rakyat, kita tidak akan sesekali memansuhkan, hanya menangguhkan untuk penambahbaikan.” Kata Idris Jusoh, semua rakyat mahukan PBS. Oleh sebab itu muncul satu undian PBS secara online untuk mendengar pandangan semua rakyat seperti yang disebut Idris. Setakat ini 4.30 petang ia telah mendapat 1000 undian dari pelawat.

Monday, February 24, 2014

Gerak saraf UMNO berjaya,isu Haji Hadi menjadi isu nasional.

Isu Presiden PAS diperintah bayar RM2 juta dalam penghakiman ingkar sudah berjaya UMNO mainkan.Pasukan gerak saraf UMNO amat licik.Sebelum ini UMNO berjaya memperbaharui isu Kassim Ahmad,kemudian UMNO berjaya menjolok isu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.Tuan Guru Haji Abdul Hadi  masih  boleh merayu.Peguam PAS pun sudah mengambil tindakan.YB-YB Pas pun tumpang mengulas isu ini.Isu rakyat dan isu ummah sekali lagi dilupakan.UMNO/BN berjaya menggelapkan isu rasuah,pembaziran,kos hidup tinggi,PBS ,harga getah jatuh dan kegagalan UMNO dalam menangani isu kalimah Allah.

Sejuta ringgit hangus, Jurulatih Utama(JU) PBS sendiri tak faham PBS


Sejuta ringgit bazir untuk latih 195 Jurulatih Utama(JU).Sedangkan JU Pun tak faham Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS)
Menurut, Ketua Eksekutif Majlis Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Makpen) Mohd Zai Mustafa, program itu gagal kerana mentor yang kononya diberi penerangan tentang PBS sendiri tidak memahami sistem tersebut.

"Mentor seramai 195 orang ini gagal memberi penerangan kepada guru-guru tentang PBS menyebabkan guru-guru sendiri tidak boleh menguasai PBS kerana tidak faham dan tidak jelas," katanya ketika ditemui di Himpunan 222 di Bangi Sabtu lalu.

Malah katanya jumlah sejuta ringgit itu terlalu besar hanya untuk melatih 195 orang mentor dalam program  yang dilaksanakan selama 15 hari.

"Ini semua membazir sahaja. Guru-guru yang susah anak murid jadi mangsa," katanya(sumber)

Bukan rakyat Perak ,YB Manong dan YB Rungkup masih jadi ADUN?

Mesyuarat Pertama,Penggal Kedua Dewan Negeri Yang Ketiga Belas ,Perak Darul Ridzuan akan berlangsung bermula 31 Mac hingga 4 April ini.Dua Adun dari Manong dan  Adun Rungkup yang didakwa pada hari mengundi 5 Mei 2013 lalu tidak menjadi rakyat Perak,masih lagi jadi ADUN.


Changkat Jering- Setakat ini tiada perkhabaran isu dua ADUN Perak yang tidak menjadi rakyat Perak pada hari mengundi 5 Mei lalu.(PRU 13).Bekas calon  Ustaz Misbah(Rungkup) dan Haji Jamil(Manong) yang membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi. Saman difail Julai 2013 dan dijadual pada hari ini  kes itu didengari.(klik berita terdahulu)

Sunday, February 23, 2014

Rombak kabinet,tukar Muhyiddin Yassin,jangan jadikan Menteri Pendidikan

"Muhyiddin tidak lagi berkredibiliti untuk mengendalikan sektor pendidikan"kata YB Datuk Mahfuz Omar,Ketua Penerangan PAS Malaysia.
YB Mahfuz Omar meminta  DS Najib menggantikan dengan orang lain untuk menjadi Menteri Pendidikan.Bukti kegagalan Muhyiddin Yassin  tidak berjaya menyelesaikan masalah Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Menurut YB Mahfuz Omar"Sepatutnya serah kepada orang lain yang lebih berkemampuan serta berupaya memahami hal-hal berkaitan dengan soal pendidikan,sama ada segi pendidikan, kokurikulum,pengurusan dan psaikologi murid itu sendiri"

"Kita nampak menteri sekarang tidak ada kemampuan untuk menerajui Kementerian Pendidikan,jadi eloklah ditukarkan kepada orang lain"ujar YB Mahfuz Omar. 

Peguam PAS akan failkan ketepi saman RM 2 juta Mahkamah Tinggi ke atas Haji Hadi.

Haji Asmuni Awi,Peguam Tuan Guru Presiden Pas,menyatakan pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu esok,24 Februari 2014."Kita menerima perintah itu hari ini dan kita akan failkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu esok"Kata Haji Asmuni.

Kuala Terengganu-Presiden PAS ,Tuan Guru  Datuk Seri Abdul Hadi Awang  diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.
Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.
Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.
Bagaimanapun, Peguam PAS, Asmuni Awi ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu esok.
"Kita menerima perintah itu hari ini dan kita akan failkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu esok juga.
"Saya yakin perintah ini boleh diketepikan berdasarkan etika pengurusan kes ini," kata Asmuni .
Abdul Hadi disaman oleh Shamsul ekoran dakwaan Abdul Hadi bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu.
Ekoran dakwaan itu, PAS telah meletakkan calonnya di tiga kerudi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi oleh PKR.
Ia menghasilkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan PKR ditiga DUN Di Terengganu termasuk Bukit Besi yang ditandingi Shamsul.
Sebelum ini, menjelang pilihan raya kecil Kuala Besut, Shamsul meminta Abdul Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataannya menjelang pilihan raya umum itu kerana orang ramai menganggap beliau yang didakwa Abdul Hadi itu.
“Saya minta (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, dedahkan siapa yang dia fitnah sebagai pengedar pil kuda dan sokong komunis ketika berceramah di Tebakang, Alor Limbat, ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu,” kata Shamsul dalam sidang media itu.
Ekoran kegagalan Abdul Hadi berbuat demikian, beliau telah memfailkan saman itu.
Permohonan saman Shamsul diuruskan oleh Tetuan Vasudevan & Co yang berpangkalan di Kajang, Selangor.(sumber tmi)

PBS tak mansuh ,jadikan Pakatan Rakyat perintah Putrajaya.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)  perlu dimansuhkan. Jika Muhyiddin Yassin gagal,Najib Razak pun tidak minat,DYMM Yang di-Pertuan Agong  pun tidak perkenan,SGMM(Suara Guru Masyarakat Malaysia) perlu buat sembah derhaka.PRU 14 nanti, para guru akan memilih kerajaan baru yang  bertangungjawab.Sudah tentulah kerajaan Pakatan Rakyat yang dipilih. 

Saturday, February 22, 2014

Jika Najib tolak ,Tuanku,patik mohon PBS dimansuhkan.

Jika DS Najib juga tak mahu mansuhkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) ,SGMM akan menghadap DYMM Yang di-Pertuan Agong.

 BANGI: Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) akan memanjangkan masalah Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kepada pihak Istana Negara sekiranya desakan mereka tidak dihiraukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Pengerusi SGMM Cikgu Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata satu Memorandum Memansuhkan PBS akan dihantar kepada Perdana Menteri dalam waktu terdekat ini.



Namun katanya, sekiranya Perdana Menteri tidak memberi respons dalam masa seminggu pihaknya akan berusaha bertemu dengan Istana Negara.



"Saya akan hantar terus kepada PM dengan pelagai cara dan penyerahan ini kami terpaksa rahsiakan paling cepat kami serahkan selepas himpunan hari ini, kerana saya rasa terancam bukan dengan penjenayah," katanya ketika membacakan memorandum berkenaan.



Tegasnya, jika kerajaan melaksanakan sistem PBS ini menepati perjanjian Unesco iaitu satu guru nisbah 25 pelajar beliau akan tutup SGMM.



Cikgu Izzat turut menolak dakwaan sesetangah pihak yang mengatakan pihaknya mahu menggulingkan kerajaan kerana berlawan arus dengan kerajaan dalam isu ini.



"Saya sayang kerajaan saya bukan mahu jatuhkan kerajaan tetapi saya bersuara untuk pendidikan dan masa depan anak-anak. Saya tidak ada kepentingan mana-mana pihak hanya satu sahaja soal pendidikan negara semata-mata," katanya.(sumber hd)

Liow Tiong Lai,Presiden MCA intai jawatan Menteri Pengangkutan.

Ahli-ahli MCA akhirnya menerima jawatan kabinet. Semuanya untuk meneruskan jangka hayat MCA. Liow Tiong Lai tidak sanggup menunggu keputusan pilihanraya kecil Dun Kajang pada 23 Mac nanti.MCA pada tahun 1969 yang juga kalah teruk dalam PRU juga tidak mahu menerima jawatan kabinet,tapi akhirnya terpaksa menjilat ludah sendiri untuk meneruskan "nyawa parti MCA" .Mungkin Liow Tiong Lai sudah mengintai jawatan Menteri Pengangkutan. 

8 pelajar lemas,ambil ikhtibar.

Ambil ikhtibar,8 pelajar lemas.Pertama projek menyedut pasir jauh daripada rumah penduduk.Kedua budak-budak  diajar ilmu berenang.Ketiga CPR,ilmu pertolongan cemas perlu diajar kepada masyarakat.Keempat ,hidup bermasyarakat.Salam takziah dan alfatihah dari penulis.

Muhyiddin tak mahu mansuh PBS,minta tolong dengan Najib mansuhkan.

Pengerusi NGO Suara Guru Masyarakat Malaysia(SGMM) Cikgu Mohd Nor Izzat sedang diwawancara oleh wartawan Sinar Harian.

Bangi-Guru-guru yang membantah pelaksanaan Penilaian Sistem Berasaskan Sekolah (PBS) akan menghantar memorandum kepada perdana menteri menuntut ia dimansuhkan serta-merta, kata pengerusi Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari.

Menurut Izzat, pihaknya setakat ini berjaya mendapat tandatangan lebih 500 orang guru yang menyokong pemansuhan tersebut.

"Hari ini saya secara rasminya akan menghantar memorandum dengan pelbagai cara supaya ia segera sampai kepada perdana menteri Malaysia," katanya dalam sidang media yang dinamakan 'Himpunan 222' di Bangi petang ini

Friday, February 21, 2014

Pilihanraya Kajang panas,kerana UMNO akan sekat Anwar jadi Menteri Besar.

Adakah Pilihanraya Kecil DUN Kajang juga termasuk dalam kategori  pilihanraya terpanas.?Melihat DS Anwar Ibrahim sebagai calon PR ,sudah tentulah isu lapuk fitnah "liwat" yang akan didendangkan UMNO.Pilihanraya ini dijangka panas ,kerana  UMNO akan menyekat  kemaraan Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor.