- Throughout my bajet debate interruptd by BN 17X, mic was switched off 23X, allowed 3 PR adun to interject, by ganesan 11X. Gosh!all in 50min
- Just completed bajet speech with numerous interruptions by BN, not getting fair treatment as OP Leader by Ganesan.
- Zambry not answering qu frm pantai remis, like winding speech attacking pantai remis. All standing orders raised by PR brushed by ganesan!
- All doors xcept 1 to DUN Perak locked, highly dangerous. All mics. 4 PR to speak switched off by Illegal speker Ganesan. BN media only in.
- Nak cakap macamana pembesar suara pun katop!tak brani!
- Kg boyan taiping gets Rm3.5m 4 flood mitigation.long outstanding flooding affecting 3000 villagers
- Appeared GE13 imminent from perak budget 2011, now tabled by zambry, clearly election budget lots of little goodies and instant noodles!
- Illegal speaker recvd instruction from hidden hands to deect yb hutan melintang out. Flip flop illegal speaker really kangaroo assembly.
- Just held PC with yb hutan melintang after booted 4 no apparent reason, 4 whole session,clear injustice, Qu 23 by YB xpose umno land scandle
Tuesday, November 30, 2010
Twitter Nizar - Sidang Dun Perak Apa Kata DS Nizar
Waran Tangkap Polis Tanpa Tarikh-Mat Sabu
Mat Sabu menerangkan rupanya waran tangkap beliau tidak bertarikh.Apabila diasak oleh peguam Mat Sabu ,saksi pendakwa ,anggota polis menyatakan mereka ikut arahan ketua mereka.
Mat Sabu mempersoal,adakah sah waran tangkap polis tanpa tarikh.Menurut Sdr Mat Sabu jikalau kita menjelaskan cek pun ,cek perlu ada tarikh .
Sementara itu seorang OKT Binyamin Isahak memberitahu kita pada 13 Disember ini,soal balas dan 16 Disember ini pergulungan dan jatuh hukum.
Selamat berjuang Abang Mat Sabu dan O.K.T .
Monday, November 29, 2010
Tangkap saya jika rasuah-Lim Guan Eng
Sdr Lim Guan Eng dalam ucapannya malam tadi mencabar SPRM untuk menangkap beliau jika berlaku unsur rasuah dalam bantuan untuk warga emas.
Lim Guan Eng menyentuh isu UMNO Pulau Pinang menuduh beliau memberi rasuah RM 100.oo untuk warga emas.Lim Guan Eng menjemput Pengarah SPRM hadir kemajlis penyampaian bantuan itu untuk seramai 300 orang.Pengarah SPRM tidak pula mengambil tindakan untuk menangkap.
Malah menurut Lim Guan Eng ramai warga emas ahli UMNO yang mengambil.Lim Guan Eng menyindir UMNO dan pemimpin BN lain yang mengambil wang rakyat melalui pelbagai projek,tidak dianggap rasuah.Tetapi guna duit kerajaan bagi saguhati kepada rakyat dianggap rasuah.
"Tangkap saya,jika rasuah" tegas Lim Guan Eng .Di samping Lim Guan Eng juga menyatakan beliau biasa dipenjara kerana membela rakyat.
Pelacur Murahan- UMNO macam kentut dengan taik- Mat Sabu DAP
Ampun Tuanku Sembah Patik Harap Diampun.
Ingatan dan nasihat DYMM Sultan Selangor di Wacana Raja Berpelembagaan-Perspektif Sejarah ,Kini dan Masa Depan perlu diambil ikhtibar.
DYYM Sultan Selangor pada Isnin lalu melahirkan rasa dukacita dengan sikap segelintir orang Melayu yang tidak berasa megah dan bangga sebagai orang Melayu sehingga sanggup menggadaikan perkataan Melayu untuk dikuburkan serta lenyap dari dunia ini.
DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah antara lain bertitah, sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris ada menyatakan mengenai 'Tanah Melayu' , 'Negeri Melayu Bersekutu' dan 'Raja Melayu' sekali gus membuktikan penulis Barat ketika itu mengiktiraf adanya Melayu yang memulakan sejarah negara ini.
Sunday, November 28, 2010
Beruntung berada bersama DS Anwar Ibrahim

Kita berasa beruntung kerana pernah menjadi pengerusi majlis yang dihadiri DS Anwar Ibrahim pada 5 April 2009.DS Nizar bertemu para guru sempena PRK Bukit Gantang.
Begitu juga kita juga pernah menjadi pengerusi majlis untuk ceramah DS Wan Azizah semasa PRK Bukit Gantang 2009.
DS Anwar Ibrahim tetap di sisi rakyat,walaupun parti UMNO membenci.DS Anwar tetap disanjung rakyat walaupun DS Najib tidak suka.DS Anwar tetap dalam ingatan rakyat walaupun Dr Mahathir sampai sekarang membenci DS Anwar Ibrahim.
Rugi kalau kita tidak bersama pemimpin yang dianugerah Allah s.w.t untuk membela nasib rakyat Malaysia.
Saturday, November 27, 2010
Ketua Umum-Mursyidul Am-Wanita Pertama
Sementara DS Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR ,sudah diluluskan dalam Kongres Parti PKR 2007.DS Anwar Ibrahim penasihat parti, Ketua Umum menyelaras penjalanan parti.DS Anwar Ketua Pembangkang.
Siapa pula wanita pertama UMNO ,Rosmah Mansor.Tugas Rosmah Mansor tiada diluluskankan dalam mesyuarat parti UMNO.Rosmah Mansur cukup berbisik pada DS Najib dapat peruntukan untuk Permata Pintar.Bisik lagi dapat peruntukan persidangan untuk Wanita Pertama Dunia .
Nampaknya Wanita Pertama lebih berkuasa berbanding Ketua Umum dan Murshidul Am.
Changkat Jering- Osman Jailu tidak terpilih.
Penduduk Trong memberitahu kita Rosli Husein pernah memberitahu mereka,dia tidak memerlukan undi penduduk Trong lagi.
Mereka memberi contoh kenduri kahwin,kematian dan pelbagai aktiviti masyarakat YB Rosli sudah mula tidak kelihatan.
UMNO Bukit Gantang dikhabarkan akan menjual kerusi Melayu DUN Trong kepada MIC.Ahli Umno Bukit Gantang berbangga kerana dahulupun mereka beri kerusi Parlimen Bukit Gantang kepada Tan Lian Hoe pada PRU 12.
Namun begitu menurut orang Osman Jailu, Osman Jailu tak terpilih pun sudah dijanjikan habuan.
Seorang pegawai Osman yang wataknya seperti sesumpah atau cicak pokke selalu senyum memanjang setiap kali jumpa Osman Jailu dapat sampul.Tapi apabila Osman Jailu tiada kuasa baru dia tahu langit tinggi rendah.
Friday, November 26, 2010
Hampir menitis air mata melihat Pak Mat Che Din
Tahniah anggota polis-tiada tembakan
Pencuri kereta berjaya ditangkap anggota trafik berdekatan lampu isyarat Taman Damai ,Simpang.Tahniah pasukan polis yang berjaya menangkap pencuri kereta tanpa melepaskan tembakan dan mencederakan suspek.
Hal ini perlu dijadikan contoh anggota lain,meminimakan tembakan untuk menahan mereka yang disyaki penjahat.
Makan malam bersama pemimpin
Thursday, November 25, 2010
Rintihan Pak Mat Che Din- Baliklah Cu
Tetapi kini tidak mendengar berita daripada cucu angkatnya sejak 32 hari lalu.Mohd Hidayat dipelihara oleh Pak Mat sejak berumur sebulan.Mohd Hidayat berbadan besar,tinggi 5 kaki 4 inci,berambut panjang paras bahu.
Bagi mereka yang bertemu Mohd Hidayat Abdullah berketurunan India ,supaya menghubungi Alias Ayob o5 8553886 atau 019-5258496.
Jaga-jaga dengan sesumpah,silap-silap pok ke!
Kita menjelaskan dia yang meminta DS Nizar duit.Dengan beri alasan kasihan anak-anak dia yang masih kecil.
Kemudian kita menjelaskan kedudukan isu yang sebenar dan kelemahan tata cara jenayah syariah Perak.
Memang betul terdapat kes khalwat Ajk Masjid Daerah itu ,tetapi kerana yang menangkap kaum keluarga,kemudian lewat dekat dua hari ,menyebabkan kes ini sukar jika dibawa ke muka pengadilan.Moralnya tetap berlaku kes khalwat.Dan si pengadu pula seolah mengambil kesempatan.Pengadu juga seperti sesumpah. Silap-silap jadi pok ke.
Jom bantu Aminah Teoh- ini nombor akaun.
Wednesday, November 24, 2010
Marilah kita membantu Puan Aminah Teoh Phaik Choo
Bagi dermawan yang ingin meringankan beban hidup mereka boleh menelefon Sdr Fadhil 019-5403449 .InsyaAllah derma akan kita salurkan kepada mereka.sumber blog parlimen
Utusan Rugi- Ahli UMNO pun tak beli Utusan
Menurut petikan berita, pendapatan kumpulan media itu telah merosot kepada RM244.564 juta daripada RM253.847 juta sebelumnya kerana sumbangan daripada pengiklanan kurang menggalakkan, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Untuk suku ketiga berakhir 30 September 2010, Utusan mencatatkan keuntungan pracukai yang rendah iaitu RM1.736 juta daripada RM10.128 juta dalam suku yang sama tahun lepas.
Utusan memberi alasan, saingan yang sengit untuk perbelanjaan pemasaran pengiklanan, bukan hanya di kalangan media cetak, tetapi juga di kalangan semua saluran media telah menjejaskan prestasi kumpulan untuk tempoh di bawah kajian.Alasan seperti Pak Pandir?
Utusan perlu bersikap lebih terbuka,berita disiarkan mengikut etika.Jika berita mengampu UMNO ,orang Umno pun tak beli, bukan ahli Umno lagi tak beli.
Lagi satu tak perlu menyiarkan berita sensasi,gambar artis terdedah,menyiar nombor untuk kaki judi dan iklan menjolok mata.
Alahai Utusan yang kini bukan lagi utusan daripada rakyat!
Tuesday, November 23, 2010
Cuainya Cif Inspektor Mazli Jusoh sukarkan keadilan ditegakkan.
Cif Inspektor ini tidak mengikut garis panduan siasatan .Sikap beliau ini boleh mempengaruhi keputusan perbicaran.
Jelas apabila peguam Tuan Salim Bashir bertanya soalan.Cif Insp Mazli Jusoh mengakui kecuaian beliau.(sumber)
Marilah kita berdoa agar kes adik Aminul Rashid dapat dibela.Mereka yang bersalah tetap dihukum.
Peringatan kepada pegawai penyiasat yang lain teliti dan cermatlah semasa melaksanakan amanah.
Beruntungnya juga jika kita insaf sebelum meninggal dunia seperti Bekas Pegawai Penyiasat Kes Mata Lebam DS Anwar Ibrahim (Tuan Mat Zain Ibrahim.)
Monday, November 22, 2010
Lagi Kes UMNO : Guru Besar UMNO pula didakwa khalwat.
Tetapi apa yang menarik guru besar yang kuat UMNO itu menggunakan saluran politik untuk menekan pihak berkuasa.Begitu juga pegawai PPD yang dikatakan mewakili PPD cuba mendapat laporan kejadian bagi membela guru besar Umno yang akan dikenakan pertuduhan khalwat itu. .Dengan sedikit maklumat guru besar ini boleh dibela untuk dilepaskan dari pertuduhan.
Kita difahamkan kes guru besar ditangkap khalwat itu tetap berjalan ,cuma belum tahu bila dibicarakan .
Guru Besar ini masih "gah"kelihatan dalam bandar Taiping dan berbangga kerana belum diambil tindakan.Dia seolah belum insaf dan bertaubat..
Jadi para cikgu ,jom kita ubah pada PRU 13 kali ini....
Sunday, November 21, 2010
Mimpi ngeri: Pengerusi Surau UMNO ambil duit orang sakit kanser.
Rakyat ini penghidap sakit kanser dan menerima rawatan kimoterapi di Pulau Pinang.Cuba bayangkan dalam keadaan beliau sakit kanser, mereka yang juga AJK Surau dalam Dun Changkat Jering membawa dia ke HSBC untuk mengeluarkan wang simpanan .Kononnya untuk wakaf,kebaikan untuk dunia akhirat.
Namun begitu pengerusi surau dan ajk surau seakan berdolak-dalik untuk memulangkan duit yang kononnya telah diwakafkan kepada pihak surau.
Kini rakyat ingin duitnya dikembalikan, tetapi pihak surau berlengah-lengah sahaja. Mungkinkah pengerusi surau itu orang UMNO?
Kita dikhabarkan tulis surat minta maaf ,baru cek dikeluarkan untuk rakyat miskin menghidap kanser...
Mimpi ngeri rakyat di bawah UMNO.......
Belum bersunat jom bersunat.
Program bersunat cara Tok Mudim bermula pada pukul 8.00 pagi.Pendaftaran RM25.00 seorang peserta.Tarikh tutup pada 30 November 2010.
Berminat sila hubungi pusat khidmat ahli parlimen 05-8483950,atau 013-4586242 atau 019-2076870.
Belum bersunat jom kita bersunat.Jangan biarkan diselubungi......
Kami tunggu Nizar kami tak mahu orang lain.
Kita diminta PAS Cawangan Kg Salak Baru dalam DUN Trong untuk DS Nizar rasmikan pemasangan papan tanda di cawangan baru Kawasan Bukit Gantang.
Mereka ahli cawangan sanggup tunggu untuk menerima tarikh yang ditentukan oleh DS Nizar.Ahli cawangan baru ini terletak di kampung yang dulunya kubu kuat Umno.Semasa Prk Bukit Gantang ,daerah mengundi Kg Salak Baru ini dijaga Pas Selangor.Hasilnya ahli Umno sudah mula mendekati PAS dan kini menjadi Ahli Pas.
Kita memberitahu ,tidak perlu menunggu Nizar.Mereka tetap mahu DS Nizar yang merasmikan papan tanda itu.Jadi pada 11 Zulhijjah lalu 10.44 pagi pada Khamis berjaya disempurnakan DS Nizar dan Ustaz Nordin Jaafar,YDP Bukit Gantang.
Kita difahamkan musim Qurban ini ,tiga cawangan baru berjaya diwujudkan dalam Kawasan Bukit Gantang.Bagi ahli baru PAS selamat berjuang melawan Umno....
Darah tidak mercik di baju ustaz.
Saturday, November 20, 2010
AJK Masjid Daerah Taiping yang juga Naib Ketua Umno Cawangan ditangkap khalwat.?

Menurut pengadu yang tinggal dalam DUN Pokok Assam itu ,AJK Masjid yang juga Naib Ketua Cawangan UMNO itu memang "kaki perempuan" dia suka duduk bersama isteri orang.
Pengadu menjelaskan isteri beliau ditangkap di rumah sewa berdekatan Taman Ria,dalam Dun Changkat Jering.Jadi pengadu mahu DS Nizar membantu menyelesaikannya.Dikatakan isteri AJK Masjid itu turut serta dalam tangkapan duduk berkhalwat bersama itu pada pukul 9.20 malam.Kini difahamkan Naib Ketua Cawangan itu telah dilucutkan jawatan AJK Masjid ,hasil bantahan jemaah.
Dia tidak mahu si lelaki tadi dibiarkan begitu sahaja tanpa dihukum.Bagi pengadu dia sudah memfailkan perceraian talak satu ,di pejabat agama.
Sementara itu DS Nizar meminta semua pihak perlu diadili dan didakwa jika cukup bukti .Bagi Nizar keadilan perlu untuk semua tanpa pilih kasih.
Friday, November 19, 2010
Orang Muda Geng Nizar - Umno ketaq lutut
UMNO tidak senang duduk,apabila orang muda masih bersama PAS dan pakatan rakyat.Program Nizar bersama penduduk pada 18 November lalu membuktikan orang Melayu dan pengundi di saluran 3,4, atau 5 masih bersama PAS.
Cuma pengundi di saluran 1 dan 2 yang masih UMNO harap.Namun begitu dengan sedikit kerja keras dan memberi maklumat tentang hub kelab malam Najib,warga emas akan berubah juga akhir nanti.
Bertambah pula orang Islam yang pergi Mekah ,mereka mendapat haji mabrur sudah wajib mengundi dan menyokong Pakatan Rakyat.
Sidang DUN Perak Beri Peluang Bahas-Nizar
Kebiasaannya Nizar diberikan kesempatan untuk berucap.Antara intipati ucapan DS Nizar meminta persidangan DUN Perak pada kali ini berjalan lancar tanpa masalah.Menurut Nizar Wakil Rakyat PR sudah bersedia untuk membahaskan Bajet Negeri jika persidangan DUN berjalan selama 5- 6 hari .
Nizar juga sempat menjelaskan kepada tetamu ,Sidang DUN semenjak kerajaan rampasan kuasa memerintah ,mereka tidak mengadakan sidang DUN seperti dijadualkan.
SB dan Nizar:Sama-sama Qurban
Baru-baru ini kita mengikuti DS Nizar bertemu penduduk Bukit Gantang.Prorgram bermula seawal 8 pagi pada 11 Zulhijjah lalu.
DS Nizar diminta untuk menyembelih lembu ibadah Qurban sumbangan pembaca Harakah.Menariknya aktiviti DS Nizar bersama pengundi beliau diikuti pihak SB.
Kita sempat merakam gambar SB dari belakang.Siapa yang mengarah SB berada di majlis yang turut disertai Nizar.?Kita tahu setiap tempat yang Nizar bertemu penduduk terdapat pihak SB.
Tapi apakan daya negara kita negara demokrasi.Mereka menjalankan tugas,kita melaksanakan amanah.
Maaf ,gambar SB dari belakang.Jadi kita hanya memandang dari belakang.
Siasat segera-Nizar
Menurut Nizar pembunuhan aktivis masyarakat kelihatan seperti dirancang.Nizar juga meminta saksi yang melihat kes pembunuhan kejam ini melaporkan kepada pihak polis.
Tuesday, November 16, 2010
Apabila orang gila sudah berkeliaran;pilihanraya sudah dekat.
Sepanjang minggu ini kita melihat banyak orang gila berkeliran di merata tempat dalam bandar Taiping.
Balik dua pagi,jumpa orang gila berkeliaran.Keluar pagi pergi ke pasar, muncul pula orang tak betul meminta derma dan mencari "sampah".
Solat Jumaat ,kelihatan juga orang kurang waras.Seperti sebelum PRU 12 pada tahun 2008,banyak betul orang gila muncul.Tau-tau pilihanraya.
Orang gila baru muncul, boleh kita kenal,antaranya kuku kaki ,kuku tangan bersih .Makan makanan berbungkus,tidak terdedah.Semua makan dibekal oleh orang gila.Kononnya orang gila makan makanan orang gila.
Orang gila ini bukan orang tempatan .SB polis atau perisik tentera ,berlakon sangat pandai,tetapi terdapat seorang dua , mereka juga memberi maklumat kepada kita.
Maaf SB kita juga ada kawan orang gila. Betul-betul gila.!
Nizar sembelih binatang Qurban pada 11 Zulhijjah-Jom ikut serta.
Kini tiga ekor telah disumbangkan oleh penyokong Pakatan Rakyat yang dermawan untuk membantu meringankan rakyat dalam Kawasan Parlimen Bukit Gantang.Mana-mana individu yang berminat untuk menyertai ibadah Qurban dan Aqiqah masih sempat .
Apa yang menarik ketiga -tiga ekor lembu Qurban akan disembelih DS Nizar pada hari raya kedua 11 Zulhijjah.
Jumpa Nizar di Parlimen Bukit Gantang pada dua raya ini. Maaf tempat akan diberitahu kemudian,sebab SB nak tahu sangat.....?
Monday, November 15, 2010
Sepak mula- Daftar Pemilih
Ayuh kita bekerja mencari sebanyak mungkin pengundi baru.Bukan jauh anak kita,adik kita dan jiran kita.Sekurang-kurangnya anak cucu cicit tidak menyalahkan kita kerana telah berusaha menentukan kerajaan baru pada PRU 13.
Jom kita bukan menjadi "refree" tetapi menjadi pemain striker yang memulakan sepak-mula.