Monday, May 30, 2011

Amat payah untuk memilih Timbalan Presiden dan Naib Presiden

Jika kita perwakilan UMNO sudah tentu kita dapat banyak habuan.Seorang teman guru ahli UMNO,memberitahu kita ,peluang buat duit jika kita perwakilan UMNO.

Pada pemilihan kali ini kita menjadi perwakilan.Menjadi perwakilan pada tahun pemilihan 2011-2013 amat sukar.

Calon yang bertanding Timbalan Presiden hebat-hebat belaka.Semuanya kita pernah berurusan dengan pimpinan itu untuk berceramah di kawasan Bukit Gantang.

Sementara itu untuk calon Naib Presiden semua calon terbukti boleh bekerja dan cemerlang.Semuanya kita kenal.

Sewaktu kita bertemu Ustaz Idris Ahmad ,kita memberitahu beliau ,kita sukar untuk memilih kerana semuanya terbaik belaka.

Ustaz Idris Ahmad pula tidak mencadangkan siapa yang perlu dipilih samada calon Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

Kita masih ada masa untuk berfikir dan membuat pertimbangan calon yang kita pilih. Pilihan kita pemimpin yang membawa rakyat ke Putrajaya.


No comments:

Post a Comment