Thursday, May 5, 2011

SPR jahat ubah tiang gol-Ustaz Idris Ahmad


Foto hiasan "SPR jahat cabut tiang gol"

Kita tertarik dengan pandangan Ustaz Idris Ahmad yang menyatakan SPR seperti seorang Referi yang mengalihkan tiang gol sewaktu pemain hendak menjaringkan gol.

"SPR jahat ,sewaktu kita hendak menjaringkan gol ,mereka alih tiang gol"kata Ustaz Idris Ahmad."Kita dah nak menang,nak jaringkan gol,SPR ubah tiang gol"sindir Ustaz Idris lagi.

Jadi macamana kita hendak menang pilihanraya kerana SPR berat sebelah.Bagi Idris Ahmad yang juga Ketua Penerangan PAS Malaysia,Himpunan bersih bulan Jun ini perlu disertai 300 ribu rakyat Malaysia.Ustaz Idris Ahmad menegaskan kita perlu ajar SPR,supaya badan yang mengendalikan pilihanraya itu lebih akauntabiliti dan telus.

1 comment:

  1. Salam Ustaz,

    Pada saya, factor terbesar kemenangan UMNO/BN dalam pilihanraya adalah kerana penipuan SPR sebelum, semasa dan selepas process undi dilaksanakan.
    Saya nyatakan dengan tegas bahawa saya tidak yakin dengan kenyataan SPR yang daftar pemilih yang ada sekarang adalah yang bersih dan betul. Dalam pasaran BURSA, untung rugi syarikat mesti ada “Independent audit” sebelum syarikat tertentu mengeluarkan “official annual report” tentang kedudukan untung rugi syarikat mereka. Tanpa ‘audit” sebegini, kenyataan untung rugi syarikat tiada nilainya pada pandangan pemegang saham atau bakal pelabur.
    Pemegang saham negara ini adalah rakyat semua. Tanpa ada “Independent audit” yang memeriksa pengkalan data daftar pemilih SPR, kenyataan SPR hanyalah satu kenyataan “syok sendiri” yang tidak boleh diguna pakai. Kalau SPR yakin dengan kenyataan mereka, kita cabar SPR untuk memberi peluang kepada kita untuk kita “audit” dengan diberi “full access” kepada “database” daftar pemilih. Kita yakin, dalam masa 3 bulan kita akan dapat buktikan kepincangan dan “non conformamnce” SPR dalam urusan senarai pemilih ini.
    Arwah Saddam & Mubarak telah gunakan SPR mereka untuk memanipulasikan undi untuk memberi gambaran dunia yang rakyat menyokong mereka. Inilah juga yang dibuat oleh UMNO/BN. Selagi SPR dikuasai oleh manusia yang tidak bertaqwa, yang tidak takut kepada dosa & balasan neraka, yang bertuhankan wang dan manusia berkuasa, yang merasakan pilihanraya hanyalah urusan dunia, tiada kaitan dengan agama, penipuan menjadi darah daging dan nyawa mereka, selagi itulah UMNO/BN akan punyai kelebihan dalam perlawanan yang tidak diatas padang yang sama rata.
    Kita minta Himpunan Bersih bulan Jun nanti menghantar memorandum kepada YDP Agong agar menimbang kesangsian rakyat ini tentang SPR. Kita minta pimpinan Pakatan terus desak SPR samada dalam ceramah umum, parlimen maupun diluar Negara agar SPR terus diletak di bawah YDP Agong, satu institusi bebas dari kepartian, agar ketelusan Pilihanraya terjaga.

    ReplyDelete