Saturday, May 14, 2011

Najib ke luar negara dan Anwar Ibrahim dipenjara.

Ustaz Idris Ahmad petang kelmarin memberi taklimat dan motivasi kepada jentera pilihanraya Majlis Tindakan Dun Changkat Jering.

Beliau meminta bilik gerakan dibuka mulai sekarang.Ustaz Idris juga tidak mahu seperti kita di Sarawak yang tidak bersedia untuk menghadapi PRU Negeri.

Ketua Penerangan Pusat itu juga berpesan agar kita mempunyai dana yang cukup ,paling kurang RM5000.00 satu UPU.

"Daftar pemilih ,suku kedua ini sampai pertengahan Jun"kata Ustaz Idris.Menurut Ustaz Idris,jika kita tidak mendaftar pengundi baru,kekuatan kita pun berkurangan.Bagi Ustaz Idris Ahmad pemilih yang kita daftar itu ,satu asas kekuatan kita.

Dalam pada itu Ustaz Idris Ahmad juga menyatakan Pilihanraya pada bulan Jun atau Julai ini."16 Mei ,Anwar walau macamana akan ditahan"kata Ustaz Idris. "Najib pula ,keluar negeri dalam tempoh itu"tegas Ustaz Idris Ahmad.

Pada pandangan Ustaz Idris selalunya Perdana Menteri akan membiarkan orang lain yang terlibat dalam sesuatu isu besar.

No comments:

Post a Comment