Thursday, May 12, 2011

Bob Lokman datang minta maaf.

Sebentar lagi Bob Lokman akan menyampaikan ceramah di Taman Damai,Simpang,Taiping.Setahu kita semasa Prk Bukit Gantang pada tahun2009,Bob Lokman berkempen untuk memenangkan UMNO.Ahli Parlimen kita DS Nizar merupakan calon PAS pada masa itu.

Mungkin pada malam ini Bob Lokman boleh memberi penjelasan kepada masyarakat kenapa pada 2009 beliau berkempen untuk UMNO.Kini bersama gelombang rakyat.

Pada malam ini Bob Lokman boleh memberi nasihat kepada penduduk Bukit Gantang,khususnya penduduk Taman Damai,Simpang supaya meninggalkan UMNO .Bob perlu beritahu kebenaran hatta pahit sekali atau kelat pun ,walaupun dibenci teman artis seperti Awie.


Ayuh,jom kita ramai-ramai banjiri padang perkarangan Markaz Pas Taman Damai untuk membuat perubahan.!PRU 13 ini milik Pakatan Rakyat dan Umno boleh berehat sementara.

No comments:

Post a Comment