Wednesday, May 4, 2011

Bersedialah kita dengan Himpunan Bersih 2

Sewaktu perasmian Pas Kawasan Bukit Gantang pada kali 45 Tuan Haji Mohamad Sabu menyentuh himpunan bersih pada bulan Jun ini.

Sementara itu Ustaz Idris Ahmad,Ketua Penerangan Pas, pula menerangkan perhimpunan BERSIH pada kali ini perlu mengumpulkan 300 ribu orang.

Himpunan Bersih ini untuk menuntut pilihanraya yang adil dan bersih.Bagi Ustaz Idris Ahmad ,perkara utama yang diminta dakwat jari selepas mengundi.Namun begitu UMNO tidak berani buat ,jika jari mempunyai dakwat UMNO akan kalah pilihanraya.

Dalam pada itu Ustaz Idris Ahmad menerangkan terdapat dua Pegawai SPR yang terlalu kuat sokong UMNO.Mereka Timbalan Pengerusi SPR dan Setiausaha SPR.

Pengerusi SPR agak lurus dan bertanggungjawab menurut pandangan Ustaz Idris Ahmad.

No comments:

Post a Comment