Thursday, May 12, 2011

PAS Bukit Gantang calon DS Nizar, Naib Presiden PAS

PAS Bukit Gantang dalam mesyuarat ahlijawatankuasanya baru-baru ini telah membuat pencalonan untuk jawatan utama Pas Pusat.

Pencalonan jawatan daripada Pengerusi Tetap,Timbalan Pengerusi Tetap,Pemeriksa Kira-kira sehinggalah Presiden ,Timbalan Presiden ,Naib Presiden dan Ahlijawatankuasa telah diluluskan dalam mesyuarat kali pertama.

Untuk salah satu jawatan Naib Presiden ,PAS Kawasan Bukit Gantang telah mencalonkan DS Mohamad Nizar Jamaluddin ,Ahli Parlimen Bukit Gantang merangkap Pengerusi Pakatan Rakyat Perak dan juga AJK Pas Malaysia.

Pas Bukit Gantang berkeyakinan DS Nizar berkemampuan menggalas tugas Naib Presiden untuk membantu Presiden dan Timbalan Presiden,khususnya menghadapi UMNO/BN dalam PRU 13 ini.

No comments:

Post a Comment