Tuesday, May 31, 2011

Video Seks itu malapetaka-Nizar

Simpang,31 Mei:-Sebentar tadi kita mengikuti tazkirah DS Nizar di Surau Almakmur ,Taman Mawar,Simpang, Taiping.

Beliau memberitahu malapetaka dahulu ,gempabumi,ribut ,banjir ,kebakaran tetapi kini pengedaran dan penayangan video lucah juga satu malapetaka.

Kini pengedaran video lucah mudah dan tidak menjadi kesalahan.Apabila mudah untuk menonton video lucah."Ini satu malapetaka"ujar Nizar.

Bagi Nizar video lucah sudah berada di rumah dan boleh ditontoni oleh semua orang tanpa mengira umur."Semuanya kerana Pertubuhan Kebangsaan Melayu"kata Nizar.

Nizar juga menegaskan orang Melayu ini tidak tahu tentang kejahatan UMNO.Jadi bagi Nizar ,kita kena nyatakan Pertubuhan Kebangsaan Melayu yang menyebab semua ini berlaku.

No comments:

Post a Comment